Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, July 26, 2021

Dalam keadaan kepimpinan yang ada, kalau pilihanraya dibuat nanti nak pangkah siapa

  Mohd Shubhi       Monday, July 26, 2021


Pagi semalam tengah bersenam, mendagu di palang besi tengah padang permainan, jiran setaman, berdarah India kacukan, kelihatan laju datang menghampiri. Ditinggalkan jauh anjing kecil comel peliharaannya di belakang.

Ada benda yang nak dibincangkan lah tu. 

Memang begitu, setiap kali bersenam. Lalu depan rumahnya, kalau dia kebetulan ada depan pintu pagar, kami akan bersembang. Biasanya kalau bukan isu taman, isu negara, khususnya politik.

Saya tengok dia selalu ada di rumah saja. Sekali sekala, naik motosikal keluar ke kedai. Masa zaman bebas covid-19 dulu, dia akan keluar sarapan di kedai dengan isterinya.

Dia yang beragama kristian, duduk bersebelahan dengan rumah ibunya. Sekali tengok nampak macam orang portugis. Dia pernah kata mereka asal dulu tinggal di Melaka. Tak pernah pula saya tanya sama da dia Portugis atau tidak.

Yang saya tahu, dia ada mengusahakan sebuah kilang peralatan atau lebih tepat lagi, kilang precision tools customize. Bila ada order baru production jalan. kalau tak ada dia relaks aja kat rumah.

Orangnya jenis yang tinggi amalan siviknya. Sambil jalan kat taman bawa anjing, dia bawa beg plastik. Bila jumpa sampah atau najis anjing, diambilnya masukkan ke dalam beg tersebut. Lepas tu buang pada tempat yang sesuai.

Kalau kat taman penuh dengan sampah botol, kertas dan macam-macam lagi. Dibuang oleh remaja nakal. Jika dia lalu, semuanya akan jadi bersih selepas itu.

Memang saya kagum dengan kesedaran siviknya yang sangat tinggi.

Pangkah siapa jika pilihanraya

Sebaik saja dia sampai depan, terus dia tanya.

"Kalau esok pilihanraya, kamu akan pangkah siapa?", itu soalannya. 

Dia tanya dalam bahasa inggeris campur melayu. Itu bahasa pertuturan biasa yang kami pakai setiap kali bersembang.

Mukanya serius. Merenung saya sabil tunggu apa yang nak saya jawab.

Saya terdiam. Tak tau nak jawab apa. Cuba fikir sebentar apa berlaku jika pilihanraya diadakan. Saya akan balik mengundi di Permatang Pauh. Entah siapa akan bertanding kali ini.

Semuanya tak ada jawapan yang pasti. Politik negara kita sekarang amat kucar kacir.

Bila lihat saya diam, dia terangkan apa yang dirasanya sekarang. Bagi dia, tak ada sesiapa yang layak untuk diberikan undi. Semua kepimpinan yang ada sekarang dua kali lima sahaja.

Bila PH diberikan kuasa sebelum ini, jelas dan terang mereka gagal teruk. Hanya mampu bertahan selama 22 bulan sahaja. Tak boleh nak berikan kerjasama padu sesama mereka. Akhirnya hancur.

Barisan Nasional tak payah cakap lagi. Semua orang tahu apa yang berlaku pada mereka. Semua pimpinan besar Umno, tongak kuat BN ada kes berat. Najib, Zahid, masih tak selamat kedudukan mereka sebagai warga bebas. Tunggu masa saja.

Dan malangnya, orang begitu masih kekal pegang pimpinan tertinggi dalam parti. Itu sesuatu yang tak dapat saya fahami. Betapa malangnya pengikut, malangnya negara punya warga yang tak serius dan tak gentleman dalam hidup mereka.

Salah atau tidak, itu hal yang lain. Tapi seeloknya bila ada isu, berundur sekejap. Selesaikan semua kes peribadi kamu supaya parti tak terpalit bersama. Bila terbukti tak bersalah nanti, (kalau), aktifi semula.

Perdana Menteri sekarang, atau Bersatu, melaqng tak ada apa-apa harapan yang boleh diberikan kepada mereka. Langsung tak ada akar umbi. Masih hidup sekarang sebab ada bantuan pernafasa udara macam pesakit koma dalam ICU saja.

Kalau cabut bantuan pernafasan itu, boleh diuruskan terus jenazah mereka.

Bagi jiran saya itu, dia tak nampak ada seorang pun yang layak untuk diberikan undi. Macam mana nak tentukan siapa yang bakl menjadi pilihannya?

Dia pening?

Saya juga pening. Setuju dengan semua yang dia kata. Kalau berlaku pilihan raya sekarang, sudah pasti saya akan hanya melihat calon sahaja. Kelayakan calon tanpa perlu ambil kira dia dari parti mana.

Bagi saya, tak ada parti yang boleh diharapkan sekarang. Mereka tidak pernah cakap pasal polisi kedepan. Tak ada keazaman untuk buat satu perubahan besar yang meyakinkan.

Perdana Menteri sekarang nampak sangat lebih sibuk mencaturkan kedudukan politiknya sahaja berbanding mencaturkan kedudukan negara dan kebajikan rakyat untuk jangka panjang.

Overhaul keseluruhan sistem

Selepas balik bersenam. Soalan sama melekat dalam kepala. Siapa akan saya berikan harapan untuk menjadi wakil saya di Parlimen dan DUN nanti?

Untuk DUN, saya tak berapa nak fikir sangat sebab DAP di Pulau Pinang sangat kuat. Saya yakin mereka akan menang besar lagi jika berlaku pilihanraya. Tak ada sesiapa yang dapat gugat mereka daripada terus berkuasa di Pulau Pinang.

Aktiviti memburukkan Cina DAP melalui wasap masih berlaku sekali sekala. tapi semuanya dah basi. Tak ada yang berminat lagi untuk ambil serius kecuali peminat politik tempatan yang ketinggaan zaman teruk di belakang.

Setiap kali ada kawan sewel yang forward cerita dongeng DAP nak kristiankan Malaysia umpamanya, akan kena bash dengan kawan-kawan lain di grup wasap. Semua itu dah basi dan tak ada sesiapa nak layan sangat.

Buka youtube kemudian masa melepak kat rumah, saya terjumpa temubual bertajuk Reset Malaysia. Perbincangan antara Datuk Wong Chun Wai, Tan Sri Johan Jaafar dan Dato' Sri Nazir Razak.

Anda boleh nonton temubual tersebut kat atas tu. Sangat menarik dan saya amat setuju dengan apa yang Nazir katakan.

Negara kita perlu di-overhaul secara total untuk membawa satu halatuju dan membentuk sistem baru yang lebih sesuai untuk mengharungi masa depan.

Sistem yang ada sekarang sebenarnya sudah rosak teruk dan semua yang kerajaan buat, tak kira siapa saja yang jadi kerajaan, tidak membawa apa-apa kesan.

Orang Penang kata, pi ma pi mai tang tu jugak!

uma persoalannya adakah para pemimpin politik kita yang ada sekarang punya jiwa yang cukup besar untuk duduk semeja dan berbincang segala-galanya dengan tulus dan ikhlas demi kebiakan anak dan cucu kita?



logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Dalam keadaan kepimpinan yang ada, kalau pilihanraya dibuat nanti nak pangkah siapa

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !