Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, July 20, 2021

4 sebab kenapa anda perlu beri perhatian terhadap tanda-tanda adanya serangan pepijat di rumah

  Mohd Shubhi       Tuesday, July 20, 2021

Bagi yang dah biasa dengan masalah pepijat tentu dah ambil initiatif untuk kenali dan fahami serangga pepijat ni.

Orang yang biasa kerja di hotel. Terutamanya bahagian House Keeping, lagi lah peka dengan masalah dan tanda-tanda pepijat. 

Serangga itu kalau tidak diberikan perhatian oleh pihak hotel, memang sengaja cari pasal tak mahu berniaga. Cantik macam mana pun hotel, kalau ada bed bugs, memang sangat mengecewakan.

Orang nak tidur selesa rehatkan diri dah kena gigit pula. 

Kemudian, potensi untuk bawa balik pepijat yang ada dalam bilik, atas katil hotel tu adalah sangat tinggi. Dari hotel, dah merebak pula ke rumah!.

"Rawatan Haba dari Easelife Services Kill Bed Bugs Team benar-benar berkesan membantu pelanggan hapuskan pepijat! WhatsApp kami untuk maklumat lanjut https://ekillbedbugs.wasap.my"

Ada 4 sebab utama yang anda perlu tahu agar tanda-tanda pepijat itu diberikan perhatian. Jika tidak, biasanya anda akan abaikan saja sebab pepijat kat katil, pada tilam contohnya, akan dilupakan sebab ditutup dengan cadar yang cantik.

Bila ditutup, maka tak nampak semua tanda-tanda adanya pepijat. lalu diabaikan sehinggalah keadaan menjadi parah dan menimbilkan banyak masalah yang tak diingini.

Kita lihat 4 sebab utama kenapa anda perlu ambil tahu pasal pepijat kat rumah.

1. Masalah alahan kepada gigitan pepijat


Ada orang yang hadapi masalah alahan teruk terhadap bahan kimia yang dikeluarkan oleh pepijat.

Bahan kimia tersebut dikeluarkan pepijat ketika nak hisap darah anda.

Bagi yang ada masalah alahan, bekas gigitan mula menjadi merah kemudian membengkak. Semua tanda keradangan pada bahagian kulit yang kena gigit itu akan berlaku pada anda yang tak tahan.

Tapi bukan semua orang ada alahan. Sebab itu ada timbul sangkaan kononnya orang tertentu saja yang pepijat pilih nak gigit dan hisap darah. Ada orang yang pepijat tak mahu gigit.

Bukan tak mau, tapi sebab mereka lansung tak ada alahan. Jadi selepas darah anda yang tiada alahan dihisap, pepijat pergi rehat dan tak ada apa-apa kesan berlaku pada anda.

Samada dah kena gigit atau belum kena, pastikan anda sentiasa berikan perhatian pada tanda-tanda adanya serangan pepijat kat rumah tu.

2. Pepijat bawa kuman dan bakteria


Dari kajian yang dilakukan oleh saintis, pepijat ni memang ada padanya bakteria dan kuman. Tapi berita baiknya adalah, masih tiada apa-apa bukti yang kuat yang pepijat ada jangkitkan kuman dan bakteria itu kepada manusia yang dia gigit.

Walau bagaimanapun, dari kajian yang dibuat pada tahun 2014 di University of Pennsylvania, School of Medicine. Pepijat gigit tikus yang ada masalah parasit Trypansoma cruzi, akan turut ada juga parasit itu.

Bila pepijat yang sama pergi gigit tikus lain pula yang tak ada masalah, parasit itu akan dipindahkan pula kepada tikus tersebut.

Parasit Trypansoma cruzi ni boleh bawa penyakit Chagas.

Saintis masih buat kajian susulan untuk pastikan samada pepijat boleh jangkitkan parasit ini kepada manusia yang digigitnya. Jadi eloklah berhati-hati.

3. Kacau mental


Setakat ni, memang tak ada masalah jangkitan penyakit lagi berlaku pada manusia di bawa oleh pepijat.

Tapi jangan buat main-main dengan kesan daripada kena gigit pepijat ni. Kajian yang dilakukan oleh University of Montreal di Quebec pada tahun 2012, mendapati pepijat mampu memberikan kesan mental rasa cemas dan risau pada manusia yang digigitnya.

Pepijat juga boleh buatkan manusia hadapi masalah Insomnia, susah nak tidur.

Kesan ni akan ada pada semua orang termasuklah mereka yang tiada sejarah masalah cemas dan risau sebelum ini. Rujuk maklumat kajian di sini.

Pada tahun 2013, di Kanada, seorang wanita yang ada masalah gangguan mental, kemudiannya kena gigit dengan pepijat pulak jadi lebih parah dan tak tahan. Dia akhirnya bunuh diri!.

Jika rumah ada orang tua, orang yang lemah dan seumpamanya, berikan perhatian serius terhadap tanda-tanda adanya seranga pepijat ni. Manalah tahu takut berlaku perkara tak diingini.

4. Pepijat tak hilang pergi pindah sendiri


Ini adalah sebab yang paliiiing penting!

Kalau anda tak buat apa-apa, pepijat tak akan keluar atau hilangkan diri begitu saja. Mereka tak akan pindah keluar dari rumah anda. Sekalipun tak ada darah nak hisap dalam tempoh yang lama. Sebab mungkin katil yang ada pepijat itu tak ada orang pakai.

Pepijat ni kalau tak hiasap darah berbulan-bulan pun dia masih boleh hidup. Hanya tunggu saja kat celah tilam dan katil tu. Bila ada saja orang malang pi tidur kat situ, dia akan hisap darah.

Takut-takut kalau orang itu adalah anda ..

Rawatan Haba hapuskan pepijat


Jika anda hadapi masalah pepijat kat rumah. boleh dapatkan khidmat rawatan hapuskan pepijat dengan menggunakan haba yang sangat berkesan.

Kenapa rawatan haba berkesan berbanding penggunaan bahan kimia?

Sebab utamanya adalah haba wap panas dapat masuk ke semua celahan yang sukar untuk dicapai dengan bahan kimia.

Jadi kat manapun pepijat menyorok, haba panas itu akan pergi membunuh mereka.

Haba panas juga akan turut sama hapuskan sekali dfengan telur pepijat yang melekat banyak pada tempat pembiakannya di tilam, katil atau celahan kayu di rumah anda.

Semua itu dapat pastikan keseluruhan pepijat di rumah anda akan dapat dihapuskan. Tanpa pepijat, tidur nyenyak, minda sihat tubuh badan cergas.

"Rawatan Haba dari Easelife Services Kill Bed Bugs Team benar-benar berkesan membantu pelanggan hapuskan pepijat! WhatsApp kami untuk maklumat lanjut https://ekillbedbugs.wasap.my"

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 sebab kenapa anda perlu beri perhatian terhadap tanda-tanda adanya serangan pepijat di rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !