Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, July 16, 2021

Bahan yang dapat sejuk dan turunkan suhu dalam rumah anda tanpa perlu pasang aircond

  Mohd Shubhi       Friday, July 16, 2021

Saya download satu aplikasi ke dalam iphone untuk ukur suhu tempat saya berada sekarang. Ada banyak aplikasi tersedia. Tapi saya pilih Digital Temperature. Dia berikan suhu sekali dengan tahap kelembapan tempat anda berada.

Duduk dalam bilik, buka tingkap, buka pintu, untuk bagi angin masuk. Buka kipas angin juga. Cuma tak pasang aircond saja. Kena jimatkan letrik waktu siang, walapupun panas, tahan la sikit basakan diri tu.

Bacaan suhu dalam bilik saya sekarang adalah 33 Celcius. Kelembapan adalah 56%. Dia berikan anggaran rasa panas adalah lebih kurang dalam40 darjah. Mungkin setelah dipertimbangkan suhu dan kelembapan dan lain-lain, itulah apa yang anda akan rasa.

Hebat sekarang. Bab nak mengukur ni, tak payah nak pergi beli peralatan. Banyak yang anda cuma perlu download dan terus boleh pakai.

Semua orang pasang aircond


Satu ketika dahulu, aircond adalah benda mewah. 

Masa kat kampung sekitar tahun 70-an hingga 90-an, tak ada satu rumahpun yang ada pasang aircond. Sekolah menengah dan rendah yang ada di atas dan bawah kampung juga tak pasang aircond.

Semua main kipas saja.

Malah kipas angin juga kira benda mewah. Rumah saya tak ada kipas angin pun. Kipas yang dibuat dari daun parma adalah. Sendiri kipas kalau rana nak berangin.

Di bandar sekarang, terpaksa pasang aircond juga sebab tak tahan dengan bahang panas. Itupun hanya buka waktu malam dan set timer untuk tutup sendiri sekitar pukul 3 pagi.

Lama saya pertahankan tak mau pasang aircond tapi akhirnya mengalah juga. Kesian kat anak-anak merungut asyik panas berkuap dalam bilik mereka.

Masalah utama pasang aircond ni adalah kos letrik naik melambung 3 ke 4 kali ganda. Kalau sebelum ni, tanpa aircond, bila pasang dan pakai terimalah hadiah bil jadi lebih dari RM300 sebulan!.

Itu dalam keadaan berjimat tak pasang macam rumah kawan India di sebelah. Dia pasang 24 jam tak henti. Kalat tak pasang tu, tahula tak ada orang kat dalam rumah dia.

Sampai bila nak tahan semua ni?

Bahan bumbung ganti aircond


Baru-baru ni terbaca satu hasil ciptaan seorang associate professor untuk subjek mekanikal dan kejuruteraan industri, Yi Zheng dari Northeastern University di Boston.

Dia reka satu bahan pakai recycle punya barang saja yang dapat dijadikan sebagai pengganti kepada aircond.

Memang sungguh satu berita baik penemuan itu.

Baik sebab pertamanya dia hanya perlu pakai barang kitar semula sahaja. Pakai kertas recycle macam projek buat patung muka orang zaman sekolah rendah dulu dengan kertas surat khabar.

Kedianya, bila pakai bahan buang macam tu, dah tentu kosnya adalah murah dan tidak membebankan.

Bahan yang dia reka tu, bila dipasang kat bumbung, boleh biar balik cahaya panas dari matahari. Kemudian bahang panas dari dalam bangunan pula akan diserapnya dan diuraikan keluar.

Kalau anda pasang kat bumbung rumah, suhu boleh dikurangkan sehingga 10 darjah Ferenheit. Mungkin and atak berapa biasa pakai ukuran ferenheit tu. Tak pa saya berikan gambarannya kat bawah ni.

Ukuran suhu bilik saya sekarang adalah 33 celcius. Dalam Ferenheit lebih kurang 92 darjah Ferenheit.

Bila pasang bahan kertas tu, suhu akan turun 10 darjah menjadikannya 82 darjah ferenheit. Bila di bawa dalam celcius, adalah lebih kurang 28 darjah celcius.

Bacaan suhu serendah tu adalah sangat nyaman sebenarnya. Kalau ditambah pulak dengan alat kurangkan kelembapan, rasa sejuk akan lebih terasa lagi dan jadi tak melekit.

Idea bahan ganti aircond


Yi Zheng dapat idea tu bila saban hari dok tengok kertas terbuang setelah print disumbat dalam tong sampah.

Dia terfikir apa yang boleh dibuat dengan bahan kerta yang terbuang tu?

Balik rumah, dia ambil kertas tu, blend bagi hancur kemudian dicampurkan dengan bahan Teflon.

Selepas itu dia buat bagi jadi cecair untuk disapukan pada dinding atau mana-mana permukaan. Dia panggil 'cooling paper'.

Selepas bahan tu digunakan, boleh ambil balik dan kitar semula dan pakai semula tanpa hilangkan sedikitpun keupayaan nya untuk kawal dan rendahkan suhu macam awal tadi.

Moga bahan ini terus dikaji dan perbaiki dan dikeluarkan secara komersial untuk semua orang pakai kat rumah atau bangunan pejabat mereka. 

Dapat jimatkan letrik sebab tak perlu lagi pasang aircond.

Baca laporan sumbernya dari sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bahan yang dapat sejuk dan turunkan suhu dalam rumah anda tanpa perlu pasang aircond

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !