Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 15, 2021

Aduan tak puas hati Internet unifi kat rumah slow nak mampus - Ini apa yang TM buat

  Mohd Shubhi       Thursday, July 15, 2021


Cuba taip carian kat google tentang masalah internet unifi TM yang terlalu perlahan. Anda akan jumpa banyak rungutan.

Ramai mengeluh tak puas hati.

Saya pun sama lah juga. Tak puas hati terutamanya semenjak awal tahun 2020. Masa tu PKP diperkenalkan sebagai satu amalan gaya hidup baru.

Rakyat diberitahu bahawa mereka berkhidmat kepada negara, dianggap wira hanya dengan duduk dirumah saja tak payah keluar mana-mana. 

Apa lagi, semua orang gumbira. Kecuali para penagih teh tarik di kedai mamak atau kaki lepak main dam di kedai kopi kampung.

Siapa yang tak teruja. Dok saja dapat jadi wira dan dianggap buat kebaikan!

Pegawai kerajaan, pekerja syarikat GLC, separa kerajaan dan seumpamanya lagi lah suka. Arahan tu adalah too good to be true, kata orang putih. But memang it's true!.

Duk rumah, gaji buta, dapat moratorium sekalipun tak ada kena mengena dengan masalah ekonomi. 

Dapat habuan duit percuma dan banyak lagi pemberian. Para pekerja saya kerja macam biasa, gaji dibayar macam biasa, ot pun masih ada, dan on top of that, dapat kesemua habuan lagi yang kerajaan berikan.

Ringkasnya, semua orang raya dan duduk rumah, main internet.

Sejak dari itu, line internet jadi slow macam siput babi.

Internet 100Mbps slow macam siput

Anak-anak terpaksa belajar dari rumah sekarang. Masing-masing samada pakai telefon pintar, atau pakai komputer, kena masuk kelas secara online.

Semua itu perlukan internet.

Anak yang masuk universiti pula pilih untuk tak pergi ke kampus. Belajar dari rumah saja secara online setiap hari pagi sampai petang.

Ada yang ambil kursus teknikal seperti interior design, perlu masuk kelas online juga. Lebih mudah ikuti kursus sedemikian dengan adanya tunjuk ajar. Kalau tak dapat bersemuka, online dah boleh tahan.

Tak ada rotan, akarpun berguna.

Tapi bila line kejap ada kejap tak ada. Asyik kejang tiba-tiba terpelanting keluar dari zoom atau platform lain yag pensyarah gunakan. Macam mana nak belajar.

Isteri komplen, anak-anak komplen. Semua komplen tu hari-hari masuk ke telinga suruh saya tengokkan. Manalah saya tahu nak buat macam mana? 

Komplen lah kat TM Unifi!

Dan mereka, alhamdulillah hantar technician untuk datang tengokkan. 

Apa yang dia buat?

Komplen internet slow, apa TM buat

Budak tu datang siap dengan segala komputer bagai. Entah apa dia buat. Tapi, rumusannya semua peralatan ok tak ada masalah. Sambungan padu no problem katanya. 

Cadangan terbaiknya adalah .. kena pasang Mesh Wifi.

Masa technician tu datang saya tak ada. hanya anak-anak dan isteri yang layan. Rasanya lebih kepada kejahilan anak-anak dan isteri yang zero darjah kelvin terhadap perkara berkaitan IT.

Semuanya hanya pandai main internet, browse media sosial, main game. Tapi malas susahkan diri sikit untuk layari maklumat dan cuba faham isu berkaitan IT dan telekomunikasi.

Memang betul-betul dah jadi manusia pengguna 100%. Otak berlemak menitik sebab tak pakai sangat untuk dalami perkara baru.

Bila balik rumah, tanya apa TM punya technician tu buat, jawapan mereka adalah sebab ada dinding, rumah dua tingkat dan kekuatan tak sampai. Jadi internet slow.

Saya kata pada mereka cuba duduk sampai hidung terkena kat router tu dan tengok kat situ perlahan juga atau laju. Kat situ pun slow kenapa tak tanya bila technician tu berikan solusi.

Macam biasa .. semuanya diam seribu bahasa. Macam tiada soalan keluar dari mulut saya.

TM Telefon offer 300Mbps

Minggu ini, nak jadi cerita staff bahagian sales TM telefon.

Macam biasa orang sales ni rasanya diajar untuk mulakan perbualan dulu. Dia kononnya tanya macam mana dengan komplen hari itu, dah diselesaikan dan ok ke tak ok.

Soalan itu memang sangat saya nantikan.

Dia sebenarnya telefon bukan nak buat follow up masalah tersebut. Tapi nak tawarkan supaya saya ambil pakej 300Mbps yang katanya lebih bagus.

Apa lagi, saya kata bagi 100Mbps yang saya pakai ni betul-betul adalah 100Mbps dahulu barulah mai cakap upgrade ke 300Mbps.

Dia terkejut. Minta saya buat test speed dan saya buat masa tu juga. Gunakan yang TM punya software ujian tu pada pautan ini TM Speed Test.

Kalau anda nak semak speed internet, boleh pergi ke pautan itu dan tekan GO.

Bacaan yang saya dapat hanyalah dalam 10 Mbps saja untuk download dan lebih rendah lagi untuk upload.

10 kali ganda lebih rendah dari yang sepatutnya. Mahu lah tak slow macam keldai.

Hantar team lain yang lebih ganas

Pemanggil itu akhirnya akur, tak jadi nak promote suruh saya ambil pakej 300 Mbps. Percumapun saya tak mahu, tegas saya pagi tu. Selesaikan masalah slow ni dulu atau saya ubah services provider.

Dia hantar team lain pulak. Katanya second level, lebih ganas pandainya berbanding yang pertama sebelum ini. Mereka akan call saya dan buat temujanji.

Memang pantas. Mereka call terus keesokkan harinya. Dan pagi ni mereka datang terus ke rumah.

Alhamdulillah, team ni memang ganas.

Mereka buat semakan biasa segala peralatan hardware dan software, sambungan dan lain-lain kesemuanya ok.

Lepas itu mereka semak pakai wire pulak dari router tu dan buat speed test. Ternyata tak ada masalah. Memang kelajuannya adalah 100Mbps.

Kemudian mereka semak kelajuan wifi pulak.

Dari situ barulah saya perasan rupanya ada 2 akses wifi. Satu yang biasa punya iaitu 2.4 GHz dan satu lagi 5 GHz.

Selama ini saya dok pakai yang 2.4 sahaja sebab tak pernah diberitahu adanya 5 Ghz. Budak technician yang datang pun tak ada beritahu perkara tersebut.

Bila test speed yang 5GHz, ternyata sangat kuat, memang dia berikan 100Mbps.

Masalahnya adalah bila saya naik ke tas rumah, akses 5GHz tu dah tak keluar. Turun bawah duduk tepi Router baru dia keluar.

Patut la selama ini saya tak pernah dapat akses tu sebab sentiasa dok buat kerja atas rumah sahaja.

Anak-anak juga tak tahu menahu antara 2.4 dengan 5GHz. 

Beza antara 2.4GHz dan 5GHz

Bila technician tu terangkan pada saya apa beza antara kedua akses tu barulah saya faham.

Yang 2.4 tu memang slow sikit sebab ramai pakai dan gangguan tindanan antara kesemua yang pakai akses tu menyebabkan kelajuannya jadi sangat lembab.

Dia buka software yang tunjukkan imej akses 2.4 di kawasan saya sekarang. nampak jelas banyak orang pakai dan masing-masing berindan antara satu sama lain.

2.4 juga mudah diganggu oleh peralatan elektronik lain. Memang kat bawah tu ada TV, oven, kipas angin, repote control, akuarium ikan ...

Cuma kelebihan 2.4 GHz ni adalah dia punya coverage adalah luas. Jadi naik atas atau turun bawah boleh terima signalnya.

Untuk 5GHz pulak, dia macam highway yang tak ada gangguan. Bila saya tengok carta dalam komputer technician tu, dia saja satu-satu singal dan tiada tindanan lain. Malahan yang lebih penting, hampir kesemua jiran kat situ tak pakai 5GHz tu!

Kelemahan 5GHz ni pulak adalah kena duduk dekat dengan Router baru dapat. Dia punya coverage tidak luas. Sebab itu bila saya naik atas rumah dah tak dapat.

Makanya ... jeng jeng jeng !

Kenalah pasang Mesh Wifi.

Dia akan bantu untuk luaskan lagi coverage tu.

Pasang Mesh Wifi

Setelah diterangkan macam itu, barulah saya faham duduk perkara sebenar. Kenapa dan apa kelebihan antara kedua akses tu dan kenapa kena pasang Mesh Wifi supaya dapat gunakan 5GHz.

Satu lagi masalah 5GHz adalah, kalau anda pakai telefon lama lebih dari 2 tahun, mungkin tak dapat akses 5GHz tu.

Begitu juga kalau pakai komputer lama lebih dari 4 ke 5 tahun. Tak ada akses 5GHz tu. Jadi untuk gadget lama macam tu, sabor saja lah. pakai lah 2.4GHz saja.

Tanpa fikir panjang saya suruh mereka pasang terus.

Memang nak kena ada untuk pastikan anak-anak dapat belajar dengan baik. Saya perlu buat kerja saya berikan mereka apa yang diperlukan supaya tiada lagi alasan untuk salahkan bapak mereka jika tak boleh belajar dengan baik.

Harga mesh wifi yang saya pasang dalam lingkungan RM479 untuk satu pack. Kena ada sekurangnya 2 pack sebab nak pasang satu kat bawah dan satu lagi kat atas rumah.

Kalau beli kat Lazada, saya tengok produk yang mereka pasang bernama Deco M9 Plus, harganya adalah RM899 untuk 2 pack.

Pasang AC2200 Deco M9 Plus

Hari ini juga mereka pasang sebab saya nak tengok samada betul atau tidak kelajuan wifi akan kembali kepada sepatutnya.

Tak payah sangat untuk pasang. 

Kena download satu aplikasi untunk setting mudah Mesh Wifi tu.

Plihan tempat memainkan peranannya untuk pastikan pack kat atas dapat signal yang kuat dari pack kat bawah berdekatan router tu.

Bila semua dah siap dipasang, plug and play saya bila dah buat simple setting. Saya buka laptop, barulah ada akses untuk 5GHz.

Pakai akses tu dan sata terus buat speed test.

Alhamdulillah, memang betul. Sekarang barulah betul kelajuannya adalah 100Mbps untuk downdoad dan 50Mbps untuk upload.

Terima kasih TM sebaeb selesaikan masalah saya dan bagi faham hari ini.

Paling penting, melayang lagi duit saya terpaksa bayar secara ansuran selama 2 tahun sebanyak RM35. Tambahan dari jumlah bil Unifi dan TV yang saya langgan sebelum ini sebanyak lebih kurang RM168.

Kos benda tu saja dah jadi lebih dari RM200 sekarang.

Kalaulah semua kemajuan ni boleh dinikmati tanpa perlu keluarkan duit?

Sepatutnya kesemua perkara asas macam internet sekarang dah jadi keperluan asas macam air bersih dari paip. Tak boleh tinggi sangat harganya. Sama macam eletrik. tak perlu tinggi sangat harganya.

Tapi ada depa nak dengar cadangan mulia macam tu? sorry la ..


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Aduan tak puas hati Internet unifi kat rumah slow nak mampus - Ini apa yang TM buat

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !