Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, October 4, 2021

Bukan main punya cuba jaga kesihatan, tapi tahap kesihatan tak bagus juga

  Mohd Shubhi       Monday, October 4, 2021


Usaha untuk mula jaga kesihatan saya dah mulakan sejak masuk umur 30-an lagi. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan hasrat saya itu tanpa ada banyak rintangan. Dapat amalkan semuanya lancar saja.

Antara sebab yang tingkatkan motivasi berusaha untuk ubah amalan dan gaya hidup adalah faktor sejarah keluarga.

Saya dapat saksikan sendiri, arwah bapak meninggal ketika usianya baru 52 tahun. Sebelum meninggal pula, dia tersiksa setiap kali diserang masalah jantungnya itu. 

Saya syak dia rasa kesakitan pada bahagian dada. Mungkin saluran darah tersumbat. Masa itu mana ada kemudahan pasang stand macam sekarang. Kalau saluran darah tersumbat, tunggu saja masa untuk habis riwayat.

Selain dari itu, saya tahu dia ada darah tinggi. Kalau tak salah, kencing manis pun ada sikit.

Satu hari dia kena strok selepas kerja angkut pasir sungai di belakang rumah. Sakit dada dan kemudiannya rebah. Bawa ke hospital dan selepas itu koma tak sedarkan diri. 

Doktor dah tak dapat buat apa-apa lagi lalu nasihatkan untuk bawa balik ke rumah sahaja. Arwah bapak dah tak sedarkan diri ketika itu. Dan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di serambi rumah di satu pagi damai.

Moga Allah ampuni segala dosa bapak, rahmati rohnya dan tempatkan dia bersama orang-orang yang soleh!

Masalah jantung di keluarga belah bapak

Bukan bapak seorang dari kalangan adik beradiknya yang ada masalah jantung. Samada yang perempuan, mahupun lelaki, memang ketara ada masalah sama. 

Umur mereka semua tak lanjut macam sesetengah keluarga lain. Yang paling panjang usianya adalah Pak Cik Hassan. Masuk 70 tahun lebih baru dia mula ada masalah kesihatan. 

Mungkin sebab kerjayanya sebagai seorang polis hutan buat dia kekal sihat lebih lama berbanding abang dan adiknya yang lain.

Dengan sejarah keluarga yang begitu, ternyata saya sendiri ada risiko yang tinggi untuk menerima nasib sama macam mereka.

Belah mak memang tak ada apa-apa masalah. Malah dia dah lebih 86 tahun sekarang, masih sihat tak ada apa-apa masalah penyakit. Kalau nasib baik, genetiknya banyak pada saya, selamat lah.

Jika nasib tak berapa baik, genetik sebelah bapak yang banyak, alamat ditimpa berbagai cabaran kesihatan akan datang lambat atau cepat.

Maka, sebagai usaha untuk lewatkan lagi kemungkinan kena semua masalah darah tinggi, lemah jantung, kolestrol tinggi, kencing manis dan yang berkaitan, saya cuba ubah gaya hidup supaya lebih cergas dan sihat.

Amalan jaga kesihatan

Apa amalan yang saya terapkan?

Mulanya saya bersenam. Ini memang dah jadi kegemaran sejak sekolah. Main bola, main takraw, main ragbi. Itu semua sukan kegemaran. 

Bila dah masuk zaman kerja, apatah lagi datang duduk Lembah Kelang, saya paksa diri untuk berjogging. Akhirnya meresap juga jadi amalan untuk dilakukan hampir setiap hari samada pagi atau petang.

Tak cukup dengan bersukan atau bersenam, saya amalkan pula pusa sunat Isnin dan Khamis. Tak pernah gagal

Bermula dari awal 30-an umur saya, selepas selesai sebulan puasa ramadan, masuk raya ke-2 dah start puasa 6 terus selama 6 hari. 

Raya sehari dan kemudian saya akan mula puasa Isni dan Khamis setiap minggu sehinggalah datangnya bulan ramadan kembali pada tahun berikutnya dan semua itu diulang kembali.

Berpuluh tahun amalkan semua itu tanpa jemu.

Penyakit datang juga akhirnya

Sebaik saja umur melepasi 50-an, dah mula terasa tahap kesihatan ada perubahan. Badan rasa tak segar sekali sekala. Urat leher terasa tegang macam berbahang di dalam badan.

Kita dapat rasakan sendiri bezanya antara dahulu dengan sekarang. Dah boleh kesan bezanya antara rasa segar kuat dengan rasa lemah tak segar.

Angin menjadi-jadi. Belahak ni jangan nak sebut, memang sangat ketara.

Bila angin naik ke dada, mula rasa macam nak kena serangan jantung. Banyak kali cemas pergi jumpa doktor tapi jantung tak ada masalah. Saluran darah juga tak tersumbat.

Saya mulanya rasa lega.

Mungkin itulah hasil dari usaha jaga kesihatan selama ini. Masih tak ada apa-apa masalah dengan penyakit 3 serangkai tu.

Tapi terdetik juga pertanyaan kenapa adakalanya badan rasa tak segar. Sedangkan doktor kata semuanya ok.

Sehinggalah satu hari, pergi ambil darah dan buat semakan rapi.

Sah kolestrol tinggi sikit. Lebih dari 5.2, doktor surah ambil statin dan saya pun ambil. Walaupun ada terbaca statin ni ada kesan sampingan. namun kebaikannya menjauhi keburukan, elok ambil juga. 

Mula makan setiap malam. 

Bila kena PKP berantai, malas pulak sambung ambil ubat di farmasi. Saya henti makan statin 3 bulan. Rasa tak segar makin menjadi selepas itu. Pergi check lagi darah.

Sekarang, kolestrol dah naik sampai 7.4, bacaan LDL tinggi sampai 5.21 dan Triglyceride naik sampai 2.47

Kedua bacaan itu, adalah 2 kali ganda tinggi dari sepatutnya!

Itu bahana makan ubat kawal kolestrol kemudian stop sebentar. Bila berhenti, bacaannya naik mendadak lebih tinggi dari mula dahulu.

Bukannya saya ubah makan dan amalan senaman pun. Malah lebih giat jaga dan terutamanya dari segi makanan.

Urid asid juga naik tinggi. Kalau tak jaga, akan kena gout pulak nanti.

Paling tak seronok, bacaan tekanan darah juga asyik agak tinggi. Walaupun lebih sikit saja dari border, doktor kata kalau tak turun dan berterusan tinggi macam itu, kena mula makan ubat darah tinggi pulak!

Sudah!

Apa yang tak kena ni?

Saya tanya doktor apa cara nak atasi supaya semua bacaan itu terkawal?

Dia jawab macam yang semua doktor akan jawab. jaga makan, bersenam. Ubah gaya hidup, Kata mereka. 

Tapi saya dah buat kesemua itu doktor .. kata saya baru-baru ini pada doktor yang berikan saranan itu. Dia diam sebentar tak kata apa-apa. 

Lepas itu baru jawab, mungkin faktor keturunan ..

Nasihat para Ustaz juga saya buat. Lebih dari kebanyakan orang lain. Puasa Isnin dan Khamis tidak pernah gagal sejak berpuluh tahun yang lalu. Tapi masih ada masalah kesihatan juga.

Mulanya rasa nak gibab saja. Tak perlu lagi nak puasa, tak perlu lagi jaga makan dan tak perlu lagi nak konsisten puasa. Nikmati kesemua hidup santai, makan sedap, lepak maut dan semua aktiviti kononnya tak bagus tu .. tengok apa nak jadi.

Tapi sebab dah beramal puluhan tahun, semuanya masih tetap berjalan secara automatik. Tak boleh nak hentikan.

Makanya saya ambil jalan terbalik. 

Saya tingkatkan lagi regim senaman sekarang. Dari jalan kaki saja, terus tambah dengan lagi 2 kilometer punya larian .. Tengok nanti apa pula kesannya.

Tapi anak bagi tau pada pembaca. Bukan mudah nak jaga kesihatan ni. Dah jaga pun akan datang berbagai masalah juga.

Macam umur kita semua. Buatlah macam manapun, usia meningkat jua. Suntik lah segala botok, telan clorox ke apa, nampak muda tak bermakna sihat dan usia tang bertambah.

Akhirnya saya akur bahawa diri ini dah tua ..

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bukan main punya cuba jaga kesihatan, tapi tahap kesihatan tak bagus juga

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !