Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 7, 2021

Makin ramai dewasa umur 24 ke 54 tahun yang kahwin pun tak, pasangan pun tak ada

  Mohd Shubhi       Thursday, October 7, 2021

Peratusan orang dewasa yang berumur antara 24 ke 54 tahun yang berkahwin pada tahun 1990 adalah sebanyak 67%

Bancian serupa di buat pada tahun 2019, jumlah itu menurun kepada 53% sahaja.

Adakah mereka duduk sekali berpasangan tapi tak kahwin?

Tak.

Peratusan mereka yang duduk sekali tanpa ikatan perkahwinan hanya meningkat dari 4% pada tahun 1990 kepada 9% pada tahun 2019.

Yang paling ketara adalah jumlah mereka yang bukan sahaja tak berkahwin. Malah pasangan pun tak ada. Single dalam bahawa orang kampung.

Peratusan mereka yang 'single' begitu pada tahun 1990 adalah sebanyak 29%. Dan pada tahun 2019, jumlahnya naik sehingga ke 38%

Semua itu memberikan kesan ekonomi yang ketara kepada masyarakat. Kebanyakan yang tak kahwin dan tak ada pasangan, terutamanya yang lelaki, punya pendapatan yang teruk.

Ini data bancian tahun 2019 yang dilakukan di Amerika. Bukan kat negara kita Malaysia. Lepas ini saya berikan apa yang berlaku di negara kita pula.

Untuk baca kajian yang saya sebutkan kat atas tu, boleh pergi ke pautan di sini.

Perkahwinan di Malaysia


Bila baca laporan di atas, saya terus terfikir apa pula yang berlaku di Malaysia. Dan saya dapat laporan berikut.

Untuk penduduk yang berumur lebih dari 18 tahun, peratusan yang berkahwin adalah sebanyak 50.1%

Itu data tahun 2019. Jabatan statistik berkata jumlah itu menurun sikit dari tahun sebelumnya iaitu 50.7%

Maklumat itu dikeluarkan setiap tahun kat negara kita sebab semua urusan kahwin nikah di uruskan dengan baik di negara kita. Duduk sekali tapi tak bernikah memang bukan budaya kita walaupun memang ada.

Negara Amerika yang saya ingat tentu lebih terbuka dan bebas dalam amalan duduk sekali tanpa berkahwin pun nampaknya bukanlah tinggi sangat peratusannya. Mereka masih pegang amalan berumah tangga dalam membina struktur kekeluargaan juga di sana.

Baca laporan dari sini untuk maklumat perkahwinan negara kita.

Cara berfikir saya tengok sama saja samada di barat atau di sini. Dalam bab keupayaan bawa balik duit untuk orang lelaki masih dianggap penting untuk membolehkan mereka berumah tangga.

Orang pompuan, baik mat saleh mahupun Melayu, Cina atau India, masih kekal mahu lelaki ambil tugasan tersebut.

Kat negara kita, kadar orang perempuan yang kahwin awal menurun sikit. Puncanya sebab proses pembandaran. Orang perempuan mula bekerjaya.

Kes cerai pula meningkat sikit. Tapi masih kekal tak banyak.

yang menarik adalah ada kes orang lelaki tua lebih dari 65 tahun berkahwin dengan wanita berumur 24 tahun kebawah. Jumlahnya adalah sebanyak 0.3% dari keseluruhan 56,975 perkahwinan yang berlaku pada tahun 2019.

Ertinya ada seramai 171 orang lelaki tuan yang kahwin perempuan muda!.

Lagi hebat adalah peratusan wanita tua berumur 65 tahun ke atas yang berkahwin dengan lelaki berumur 24 tahun ke bawah. Jumlahnya adalah seramai 114 orang!

Wow! power juga aktiviti kahwin nikah di kalangan orang tua negara kita baik lelaki mahupun perempuan.

Kesan covid-19 kepada perkahwinan


Menarik untuk ketahui apa yang berlaku kepada aktiviti perkahwinan negara kita lanjutan dari wabak covid-19 sekarang.

Yang sering saya dengar adala bertambahnya kes cerai berai berlaku. Ini disebabkan semua duduk lama serumah laki bini dan anak-anak, stress tak ada kerja dan kurang pendapatan, lalu bergaduh.

Bukan saja kes cerai berlaku, kes dera juga berlaku sepanjang proses PKP yang panjang sejak tahun lepas lagi.

Saya tengok anak-anak muda buat promosi iklan mencari pasangan melalui media sosial terutamanya di twitter. Ramai yang risau masih belum kahwin dan berusaha cari partner di situ.

Dalam keadaan tak boleh beraktiviti, tentu agak sukar untuk berjumpa pasangan. 

Nak harapkan orang tua tolong carikan dah tak berapa diamalkan lagi. Orang tua juga kurang berinteraksi dan kurang bermasyarakat. Jadi tak berapa tahu kat mana ada anak dara kat mana ada anak teruna.

Makin kita sibukkan diri dengan urusan kerja cari makan dan kekayaan di dunia sekarang, makin berubah budaya dan amalan hidup kita. Sampai ke tahap mana semua ini akan berantakan, kita tunggu dan lihat sajalah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Makin ramai dewasa umur 24 ke 54 tahun yang kahwin pun tak, pasangan pun tak ada

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !