Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, December 29, 2021

Ada orang ambil upah untuk dapatkan suntikan vaksin berkali-kali mewakili geng antivax

  Mohd Shubhi       Wednesday, December 29, 2021


Berita menarik yang tak terlintas masuk dalam otak saya sebelum ini!

Ada orang sanggup ambil upah untuk serahkan bahunya disuntik vaksin sebanyak 14 kali. Suntikan 2 kali awal mungkin untuk dirinya sendiri.

Kemudian 12 kali lagi tambahan adalah mewakili orang yang membayar kepadanya untuk mendapatkan suntikan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Indonesia.

Baca laporannya di sini untuk maklumat lanjut.

Bukan saja berlaku di negara jiran kita. Tapi ada dilaporkan sama di New Zealand. Cuba baca laporannya kat sini. Dikatakan lelaki itu menerima 10 suntikan dalam satu hari untuk mewakili orang lain.

Semua punca pendapatan di atas tercetus bila ada orang yang tak mahu dapatkan suntikan vaksin cegah covid-19.

Oleh sebab kebanyakan kerajaan sekarang kenakan syarat banyak aktiviti perlukan sijil vaksinasi, maka kumpulan antivax dapatkan solusi untuk itu.

Bayar saja pada orang yang memerlukan duit pergi ambil suntikan. Masa daftar gunakan saja nama orang yang membayar itu. Dah selesai masalah untuk dapatkan sijil vaksin.

Bijak .. bijak .. !

Hantar wakil ambil suntikan

Kat negara kita tak kurang juga jumlah pengamal antivax ni.

Saya terfikir samada mereka turut sama buat helah tersebut untuk dapatkan sijil vaksinasi?

Dalam kes di negara jiran di atas, setiap suntikan lelaki itu mendapat upah antara RM29 hingga RM235.

Lumayan juga tu!

Dadah pun depa boleh suntik sendiri masuk dalam badan, inikan pula vaksin!. Tentu jika ada tawaran, ada saja yang sanggup hulurkan bahu.

Setakat ini, tak ada dengar lagi berita ada orang ambil upah disuntik.

Biasanya di Malaysia, kerja hebat macam tu, jika di lakukan oleh mereka yang tak berapa cerdik, akan dikongsikan dalam media sosial.

Benda hebat macam tu, susah nak diamkan.

Dari situ akan tersebar seantero dunia cyber lalu jadi tular dinaikkan oleh media massa popular pula.

Tapi masih tak ada yang muncul kongsikan lagi, harap memang tak ada la kot!

Apa berlaku jika disuntik lebih dari 10 kali

Itu satu lagi persoalan. Apa agaknya yang berlaku pada orang yang menerima suntikan terlalu banyak macam tu?

Dari cerita di atas, nampaknya orang tu tak jadi apa-apa pun. Kalau tidak macam mana dia nak kongsikan apa yang berlaku padanya dalam media sosial.

Ada dengar pandangan dari seorang doktor hari itu kat BFM Radio. Dia kata suntikan 2 kali sudah mencukupi dan lebih afdal. Ini jika dibandingkan manfaat menghadapi serangan covid 19 jika tidak disuntik.

Tetapi, jika masuk ke dos yang ke-3, manfaat itu boleh dipertikaikan samada lebih bahaya kepada orang yang menerimanya disebabkan suntikan itu sendiri atau lebih mendatangkan manfaat dalam usaha melawan covid 19.

Dia punya nasihat, untuk wajib, elok hanya kepada warga berumur di atas 60 tahun sahaja. Selain dari tak perlu diwajibkan.

Saya tak pasti samada pendapatnya di sertai oleh kajian atau sekadar pandangan logiknya sahaja.

Yang pastinya, kerajaan dah teruskan aktiviti memberikan suntikan ke-3 secara meluas. Tentu kajian terperinci dah dilakukan. Kita perlu berikan kepercayaan kepada mereka yang diamanahkan terutamanya para pegawai profesional dari kementerian kesihatan.

Bukannya percaya kepada menteri atau ahli politik yang jaga kementerian tersebut. Zaman sekarang, susah nak percaya menteri. Mata duitan ramai sangat.

Itulah pentingnya untuk pastikan pegawai profesional yang dilantik adalah telus dan bukan atas dasar politik kepartian. Jika sistem naik pangkat ada prosedur yang telus dan berkesan, insyallah naik pangkat secara ekspress langgar habis bendul tak akan berlaku.

Malangnya, ada juga kes langar bendul di negara kita berlaku. Pegawai naik pangkat secara ekspress apabila ada kaitan dengan para menteri dan kerajaan yang berkuasa.

Memang susah untuk buat pertimbangan sekarang ni. Kalau malas nak siasat, cuba dapatkan maklumat dan hadam semua maklumat dengan baik, bertambah lah susah hidup terus diperbodohkan sampai mampus.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ada orang ambil upah untuk dapatkan suntikan vaksin berkali-kali mewakili geng antivax

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !