Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, December 30, 2021

Pengalaman beli dapur gas Pensonic 3 Burners PGC-3201G dari Lazada - Berbaloi tak?

  Mohd Shubhi       Thursday, December 30, 2021


Ada satu dapur gas kat rumah tu dah sangat lama saya beli. Berbaloi memakainya. 

Semenjak dua menjak ni, orang rumah asyik komplen api dapur gas tu kuning. Masih boleh pakai untuk memasak. Tapi habis kotor hitam periuk setiap kali selesai memasak.

Teruk la dia nak tonyoh hilangkan semua kehitaman tu.

Cuba buka dan betulkan kat mana yang patut. Buang segala habuk dan serpihan. Adjust ruang udara masuk dan segalanya menemui jalan buntu.

"Beli dapur baru bang!", itu wasap yang isteri hantar satu petang ketika sedang beli barang dapur kat giant.

Buat perbandingan harga dapur gas di 3 tempat berbeza. Giant, Kedai Barang Letrik dan Lazada

Saya terus ke bahagian barang letrik dan peralatan rumah cari bahagian dapur gas. 

Setelah puas membelek, ada satu model tu yang nampak berkenan di hati dari segi rekabentuknya. Model Pensonic 2 burners. Boleh tahan juga harga dia. Lebih dari RM200.

Malas saya nak fikir panjang. Cari kotak untuk ambil yang baru. Tapi malangnya tak jumpa. Setelah pergi tanya, promoter tu beritahu barang tak ada stok.

Lega!

Ada alasan untuk tangguhkan dahulu beli dapur tu.

Selang beberapa hari, saya pergi ke kedai peralatan rumah dan barangan letrik di pekan. Terus ke bahagian dapur dan jumpa model sama macam yang dilihat di giant tempoh hari.

Tapi harganya jauh lebih mahal dari giant. Terus tak jadi beli. Buat apa beli mahal kalau yang murah ada?

Itu alasan untuk tangguhkan lagi pembelian.

Satu hari tu, setelah dapat sekali lagi mesej dari orang rumah ingatkan untuk beli dapur, kebetulan ada di pejabat. Saya terus buka Lazada taip perkataan dapur gas di portal belian online itu.

Tersembul berbagai jenis barang dapur gas dan berbagai jenama.

Tak sangak pulak ada dapur gas terjual kat situ. Saya cari dan tengok satu persatu. Terjumpa dapur sebijik yang dilihat kat Giant tempoh hari.

Harganya pulak jauh lebih murah dari giant!

Ingatkan yang giant tu dah murah! Rasanya lari lebih dari 30% kemurahannya jika saya beli terus dari Lazada. Bagusnya!. Kalau tahu dah awal lagi saya beli kat situ saja.

Macam biasa, bila masuk Lazada, mula gata cari dan bandingkan satu persatu pilihan yang ada. Dengan bajet yang ada, nampaknya boleh cari yang lebih menarik.

Akhirnya saya ambil dapur gas model Pensonic 3 Burners PGC-3201G. Ada pembakar yang ketiga di bahagian tengah dapur tu. Boleh buat panaskan lauk atau kuah semalam kat situ sebab apinya tak berapa besar.


Rumusannya, kalau nak beli apapun selepas ini, pergi buka kat samada Lazada atau Shopee dulu untuk buat perbandingan harga. Jika dah puas hati baru tentukan samada nak beli kat kedai atau secara online saja.

Biasanya dari segi harga, tak boleh lawan tawaran dari Lazada atau Shopee!

Dapur sampai ke rumah dari Lazada

Memang ada risiko beli barang seperti dapur tu secara online. 

Penghantaran dan cara barang dibungkus dapat berikan kesan besar terhadap keselamatan barang tersebut.

Saya nak cuba juga dan lihat samada ianya boleh pakai atau tidak. Itu pengalaman pertama beli barang besar dan boleh dikatakan agak sensitif mudah rosak kalau tak jaga betul-betul.

Ada dua masalah pada barang sebegitu.

Pertamanya permukaan dapur tu adalah kaca. Boleh pecah jika berlaku hentakan kuat.

Keduanya sambungan dan saluran pada dapur yang membawa gas dari tong ada risiko lari dari landasannya. Kalau berlaku apa-apa kebocoran, tentu bahaya.

Setelah menunggu lebih kurang seminggu tak sampai, akhirnya barang sampai di rumah.

Anak-anak terus buka dan mula buat proses pemasangan.

Saya biarkan saja depa buat kerja.

Bila ada masalah, pemasangan senget, mereka minta bantuan saya.

Bila pergi tengok, memang nampak ada yang tak kena. Saya suruh mereka buka semula dan angkat daput tu terbalikkannya untuk lihat di bahagian bawah.

Sebagai mana yang saya agak, semua saluran kat bawah tu dah lari. Saya terpaksa adjust pakai pemukul dan segala alat yang ada untuk letakkan semula ianya pada tempat yang betul.

Bila dah betulkan, pasang semula, baru elok. Gas pun dah masuk dengan baik dan tiada kebocoran.

Akhirnya semua selesai dengan baik.

Rumusannya, agak berbaloi untuk jimatkan duit yang agak banyak beli dapur Pensonic 3 Burners PGC-3201G dari Lazada.

Tak perlu risau ada risiko rosak sebab kalau anda jenis bertukang sikit, semua senget tu boleh dibetulkan sendiri.



logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pengalaman beli dapur gas Pensonic 3 Burners PGC-3201G dari Lazada - Berbaloi tak?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !