Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, January 4, 2022

Cara paling mudah selesaikan masalah Kelawar yang tinggal di dalam bumbung rumah

  Mohd Shubhi       Tuesday, January 4, 2022


Sebelum ini saya ada tulis satu artikel berkenaan masalah kelawar yang jadikan rumah anda sebagai tempat tinggalnya dan tempat dia membiak.

Dalam artikel itu, saya terangkan secara agak panjang berkenaan haiwan terbang bernama kelawar ini. Sila baca jika anda berminat nak tahu serba lanjut tentang Kelawar di sini

Ada pertanyaan dari pembaca yang berkunjung ke blog tersebut. Cara paling mudah untuk selesaikan masalah kelawar ni.

Bagi saya cara paling mudah adalah dengan mendapatkan khidmat pest control profesional, yang bertauliah dan berlesen.

Itulah yang paling mudah, bagi anda yang berduit.

Jika anda mahu syarikat pro selesaikan masalah kelawar, atau masalah serangga dan haiwan perosak lain dari rumah, boleh berhubung dengan syarikat pest control berlesen di bawah.

Easelife Services Sdn Bhd, Syarikat Pest Control Berlesen. Hubungi Puan Siti 012-206 7357 untuk selesaikan masalah pest anda. Atau terus WhatsApp

Risiko selesai masalah kelawar sendiri

Jika duit adalah satu masalah yang anda tidak dapat sediakan, maka terpaksalah buat sendiri langkah agar kelawar tidak pergi dan tidak lagi jadikan rumah anda sebagai pusat pembiakannya.

Untuk buat sendiri, anda perlu ambil sedikit risiko dan buat kerja lebih.

Pertamanya, perlu sediakan tangga yang mencukupi panjangnya untuk sampai ke tempat di mana kelawar bergayut tidur di siang hari.

Kedua, perlu beranikan diri untuk panjang ke bumbung melalui siling rumah anda untuk sampai ke tempat kelawar itu. Jika jenis gayat tempat tinggi, ini adalah kerja sukar.

Ketiga, anda perlu bersedia beranikan diri berada di kawasan gelap. Samada siang atau malam, atas bumbung, atas siling tu memang kawasan gelap.

Oleh itu, perlu ambil perhatian terhadap keselamatan diri anda. Jangan main-main bab panjat memanjat ni. Pastikan ada pembantu dalam semua aktiviti yang anda mahu lakukan sendiri selesaikan masalah kelawar ini.

Jika semua tersebut di atas bukan satu masalah, maka anda mampu selesaikan sendiri masalah kelawar tersebut.

Bahan yang diperlukan

Dalam artikel lalu saya tak beritahu cara mudah yang anda boleh cuba sendiri untuk atasi masalah kelawar di rumah.

Cara ini hanya menggunakan logik saja.

Saya sendiri dah cuba dan ternyata ianya berkesan selesaikan maslaah kelawar di banyak tempat.

Selain dari peralatan pemeriksaan untuk naik ke siling seperti lampu suluh, tangga, tali keselamatan, topi keselematan dan lain-lain seumpamanya, anda perlukan bahan utama untuk halang kelawar keluar dari rumah anda.

Anda hanya perlu sediakan Minyak Grease sahaja.

Ya!

Minyak grease yang selalu kita sapukan pada bahan bergerak untuk licinkan perjalanan. Minyak itu tujuannya untuk kurangkan geseran.

Pada takar, pada pintu, tayar basikal dan seumpamanya biasanya minyak grease ini dijadikan bahan pelincir.

Kalau tak tahu kat mana nak beli, boleh dapatkan secara online di Lazada sahaja. Saya berikan pautannya kat bawah ni kalau nak beli.



Harganya pun tak berapa mahal. Beli kat Lazada saya rasa lebih murah berbanding beli di kedai hardware. Cuma perlu tunggu sekejap sebelum barang itu sampai ke rumah anda.

Sapukan minyak grease

Apa yang anda perlu buat adalah kenal pasti di mana tempat kelawar tu selalunya bergayut.

Biasanya pada kayu atau batang mendatar yang mudah untuk kelawar cengkam kaki dan bergayut tidur di waktu siang.

Ertinya anda perlu periksa di waktu siang ketika mereka sedang tidur.

Jika masuk pada waktu malam, semua kelawar dah keluar cari makan. Biasanya masuk saja waktu magrib cam tu, mereka akan mula pergi cari makan.

Waktu malam ada masa yang sesuai untuk anda naik semula dan sapukan minyak grease pada tempat kesemua kelawar itu bergayut ketika waktu tidurnya.

Sapukan minyak grease pada kesemua tempat tersebut secukup rasa supaya ia mendatangkan kesukaran untuk kelawar cengkamkan kakinya.

Bila dia tak boleh cengkap bergayut, dia akan cuba cari tempat berdekatan. Bila kesemuanya disapu grease, maka terpaksalah dia cabut pergi cari kawasan lain pulak.

Biasanya cara ini paling mudah dilakukan terutamanya jika tempat kelawar tu bertenggek sukar untuk ditutup.

Bumbung rumah anda jika boleh, elok tutup saja laluan masuk yang membolehkan kelawar masuk ke dalam. Ini adalah cara pencegahan jangka panjang.

Jika menutup adalah sesuatu yang amat sukar, maka sapu grease pada semua tempat yang boleh digayut oleh kelawar adalah solusi terbaik.

Anda boleh cuba petua yang saya kongsikan di atas. Jika dah buat dan berkesan, sudi-sudilah kongsikannya kat sini.

Sekali lagi saya pesan, jaga keselamatan diri anda sendiri. Blog ini tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang masalah jika anda cuba lakukannya sendiri nanti. 

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara paling mudah selesaikan masalah Kelawar yang tinggal di dalam bumbung rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !