Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, January 8, 2022

Terima suntikan vaksin 'booster' kali ke-3 dengan AstraZeneca juga

  Mohd Shubhi       Saturday, January 8, 2022


Kali pertama saya dapat suntikan vaksin adalah pada bulan Jun 2020. Masa itu berpeluang ambil tawaran untuk terima vaksin AstraZeneca atau lebih dikenalai sebagai AZ.

Kerajaan buka tawaran bebas kepada sesiapa yang mahu. Sebelum itu ada perasaan risau orang ramai terhadap AZ. Macam-macam cerita dikongsikan sampai jadi takut.

Bila tawaran dibuka. ternyata orang lebih takutkan kesan terkena covid-19 tanpa vaksin berbanding AZ. Sekejap saja semua temujanji ditempah. Nasib baik saya sempat juga dan disuruh ambil suntikan di WTCKL.

Boleh baca artikel pengalaman pertama kali dapat vaksin tu di sini

Semuanya ok saja selepas kena suntikan. Cuma ada rasa tak sihat di malam hari pertama. Demam dan lenguh tangan berlarutan 2 atau 3 hari sebelum pulih seperti biasa.

Kali ke-2 pula saya dapat suntikan pada bulan Ogos 2021. Saya tuliskan pengalaman itu di sini.

Mulanya dikhabarkan perlu tunggu 6 bulan sebelum ambil suntikan ke-2. Tapi kemudiannya diputuskan untuk pendekkan saja kepada 3 bulan.

Sekali lagi saya pergi dan dapat sijil suntikan selepas itu.

Alhamdulillah!. Semuanya ok tak ada apa-apa masalah.

Perjalanan hidup seharian dipermudahkan bila dah ada sijil vaksin. Nak masuk sesetengah pusat beli belah atau pasaraya, ada yag semak sijil tu dengan ketat.

Begitu juga bila nak travel naik kapal terbang, polis semak status sijil tu. Dah jadi syarat untuk masuk dalam arus kesibukan awam perlu ikut arahan terima suntikan. Jadi tak ada pilihan untuk ikut perangai antivax.

Terima suntikan booster ke-3 AZ

Mulanya saya ingat semuanya dah berlalu. Tak perlu fikir pasal vaksin lagi. 

Tapi tetiba muncul pula ancaman Omicron. Virus itu saya tengok laporan adalah virus paling cepat merebak ke seluruh dunia. Hanya beberapa bulan saja habis satu globe dia pergi.

Omicron pelik sikit. Kena bagi booster pulak untuk pelihara diri dari kesan Omicron jika terkena.

Tak sampai 6 bulan dari terima sijil, saya dapat pula temujanji untuk booster.

Macam biasa, saya ambil saja. 

Kali ini temujanji di The Mines 2. Tempat yang saya tak pernah pergi. Memang malas nak ke area situ. Jalannya amat menyusahkan. Bersimpang siur. Sekali tersalah jalan, ambil jarak berkilo untuk patah balik.

Apa punya pembangunan entah lah!. Makin maju makin menyusahkan.

Tapi yang peliknya, kawasan itu tetap sesak. Orang berpusu-pusu pergi juga ke sana. Penempatan di sekitar kawasan itu yang sesak membuatkan orang tak dapat mengelak untuk hadapi segala masalah sesak itu.

Bagi saya, itu satu tempat yang lansung tidak mesra pengguna. Tidak mesra manusia. Mengheret manusia duduk dalam keadaan tertekan. Melekat dalam kenderaan berjam-jam hanya untuk ke satu tempat yang tak jauh pun.

Keadaan di sana tidak mesra pejalan kaki. Tidak mesra penunggang basikal. Tidak mesra pemandu kereta juga. Jadi apa tujuan adanya pembangunan sebegitu untuk kepentingan rakyat Malaysia entah lah!.

Saya jadi serabut bila memandu nak ke The Mines 2. Tersilap jalan berkali-kali hanya untuk ambil suntikan. Nasib baik ada Waze. Itupun masih tersilap juga bila keadaan simpang kiri kanan atas bawah melemaskan.

Setelah berpusing-pusing siap jalan akhirnya sampai juga ke tempat suntikan.

Hanya mereka yang ada temujanji saja dibenarkan masuk. Tak boleh walk in. Saya tunjukkan temujanji dari MySejahtera dan dibenarkan masuk.

Macam sebelum ini, kena isi borang setuju terima. 2 borang tanda tangan setuju. Saya ikut semua arahan dan sekejap saja dapat suntikan ke-3. 

Tunggu sekejap kalau-kalau ada masalah, kemdian nama saya dipanggil. Ambil kad suntikan dan selesai boleh balik.

Kesan dari suntikan AZ Booster

Masa pertama kali dapat suntikan, malamnya demam. Sunsikan ke-2 juga sama. Dan nampaknya suntikan ke-3 juga alami masalah sama.

Habis lenguh badan rasa macam nak demam. 

Itu kesan segera akibat dari suntikan. Saya sebenarnya tak tahu vaksin apa yang mereka nak berikan ketika dapat temujanji hari itu.

Tak ada maklumat dalam My Sejahtera.

Bila dah sampai, baru diberitahu saya akan diberi AZ.

Ada yang batalkan temujanji bila sampai dan tahu mereka akan dapat AZ. Tapi ada seorang dua saja. Yang lain, macam saya juga, terima seadanya.

Saya semak semua laporan 3 kali suntikan AZ mampu kawal kesan Omicron dengan baik. Tak ada masalah.

Cuma terfikirkan kesan jangka panjang. 5 atau 10 tahun. Adakah ia akan memberikan apa-apa kesan kepada diri saya nanti, jika masih hidup panjang umur.

Sudah tentu tak ada sesiapa yang tahu sebab semuanya benda baru. Tiada sebarang maklumat. hanya sekadar andaian berdasarkan apa yang saintis dah tahu sahaja.

Vaksin dan Tali Pinggan Keledar

Ada terdengar kawan-kawan yang tak faham merunggut. Kenapa selepas dah kena suntikan vaksin 2 kali masih kena covid-19 pulak!

Ini dah kena ambil suntikan ke-3.

Masih tak ada jaminan untuk tak kena covid 19.

Saya rasa ramai yang tak faham apa tujuan vaksin ni.

Nak mudah faham, boleh tengok apa tali pinggan keledar kat dalam kereta anda tu. Kalau memandu, wajib pakai tali tu.

Adakah kemalangan tak akan berlaku jika pakai?

Kalau nak jadi, tetap jadi juga samada anda pakai tali pinggang keledar atau tidak. Tak ada kena mengena dengan mengelak kemalangan.

Tapi jika anda tak pakai, kemungkinan parah dalam kemalangan adalah amat tinggi. Berbanding jika anda pakai tali keledar tu.

Macam tu lah juga vaksin.

Kalau nak kena covid 19, ada vaksin atau tidak ada mungkin saja kena. Tapi bagi yang tak ada vaksin, banyak masalah penyakit pula, kemungkinan untuk parah adalah tinggi.

Itulah tujuan vaksin!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Terima suntikan vaksin 'booster' kali ke-3 dengan AstraZeneca juga

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !