Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, January 30, 2022

Bila waktu yang sesuai untuk bersenam. Pagi, tengahari atau petang?

  Mohd Shubhi       Sunday, January 30, 2022


Banyak kali juga saya terserempak orang bersenam, jogging di waktu tengahari. Paling kerap, saya lihat di Langkawi. 

Mat Saleh, lengkap berseluar pendek, t-shirt, kaca mata hitam dan tak pernah tinggal terselit earbud pada telinganya, kelihatan basah kuyup berpeluh jogging.

Di sekitar bandar juga pernah jumpa. kalau bukan Mat Saleh, lelaki berbangsa Cina. Jogging laju di waktu tengahari.

Masa mula tengok dulu memang nampak janggal. Sebab persepsi sejak kecil dulu tentang masa bersenam adalah di waktu petang. Bila besar sikit, terbuka pula pemandangan orang Cina, apeq tua selalunya, yang sering bersenam di awal pagi.

Duduk di bandar, yang ada expatriate ramai, nampak pula amalan baru lari tengah rembang.

Rumusan yang boleh dibuat adalah, kalau nak bersenam, tak ada waktu mana pun yang boleh atau tak boleh.

Rumusan dari mereka yang buat kajian juga simpulkan perkara sama.

Kesan kebaikan dari bersenam adalah terlalu banyak, terlalu bermanfaat untuk kesihatan anda.

Oleh itu, yang paling utama adalah sediakan masa, luangkan waktu untuk buat amalan baik itu.

Untuk pilih waktu yang elok supaya ianya dapat diamalkan bergantung kepada masa yang anda boleh luangkan. Tak kisah pagi, tengahri atau petang. bahkan, malam sekalipun. Jika hanya waktu itu anda dapat luangkan masa.

Yang penting bersenam!

Waktu berbeza, kesan berbeza

Dalam keadaan biasapun kita akan rasa keadaannya antara pagi petang dan tengahari. Menunjukkan respon tubuh badan tak sama bergantung kepada di waktu mana anda berada.

Jika bersenam, sudah tentu akan ada pengaruh dan perbezaan terhadap kesan dari bersenam pada waktu yang berbeza. Itulah yang saintis nak tahu.

Bersenam di waktu pagi

Mampukah anda bangun pukul 5 pagi, turun ke taman dan mula bersenam. Jogging atau masuk gym angkat besi?

Kebanyakan orang, terutamanya yang masih belum biasakan amalan bersenam, ia umpama satu siksaan.

Keenakkan bantal dan tilam jadi batu penghalang besar.

Tapi bersenam di pagi hari memang ada kelebihannya. Paling besar adalah terhadap rembesan endorphines yang membuatkan anda jadi lebih segar, ceria, menikus dan lebih bertenaga bila pergi kerja selepas itu. Daya tumpuan juga adalah lebih tinggi.

Bagi yang ada maslaah susah nak tidur, bersenam di waktu pagi, akan betulkan semula perjalanan jam dalam tubuh badan anda tu. Kita panggil 'circadian rhythms', jam biologi yang susun atur dalam pusingan 24 jam bagi menentukan waktu jaga dan waktu tidur anda.

Bagi mereka yang jenis burung hantu, suka berjaga waktu malam dan pangsan di siang hari, bersenam di waktu pagi akan pulihkan semula susunan waktu jaga dan tidur anda. Sekurangnya, membuatkan anda wujud dalam dunia sedar di pagi hari.

Rujukan 1

Bersenam waktu tengahari

Ini memang masih agak pelik lagi walaupun dah selalu juga tengok orang buat.

Sekalipun agak pelik, bersenam waktu tengahari ni memang ada manfaatnya.

Jika anda bersenam waktu pagi, otot masih ketat, masih kejang dan tak berapa nak fleksibel lagi. Jadi untuk dapatkan prestasi maksimum agak sukar di kala pagi.

Anda lebih mampu mencapai prestasi yang lebih baik kalau bersenam di kala tengahari. 

Bagi yang nak bina badan, angkat besi lebih berat sikit supaya otot lebih cepat besar, waktu tengahari akan lebih mudah tambahkan berat besi yang diangkat.

Begitu juga latihan untuk para athlete, waktu lebih mantap adalah antara 1 petang ke 6 petang. Bukannya di waktu pagi.

Kajian dibuat kepada mereka yang kayuh basikal di tengahari mendapati dapat buat ekstra 20% lebih jauh jika disuruh kayuh sampai ke tahap paling letih.

Kekuatan otot dan yang seumpamanya adalah lebih baik antara 3% ke 20% di waktu tengahari berbanding di waktu pagi Itu keputusan kajian.

Rujukan 2

Bersenam waktu malam

Inipun ada juga orang yang amalkan. 

Nak buat cam mana bila terlalu sibuk sampai tak ada masa bersenam kecuali selepas balik dari kerja.

Persoalannya adakah ia ganggu waktu rehat anda di malam hari. Apakah tidur jadi kacau jika senam di malam hari?

Kajian menunjukkan tak ada masalah. Boleh tidur macam biasa tanpa gangguan. Malah kualiti tidru akan jadi lebih baik.

Tapi perlu ingat, jangan sesekali bersenam sejam sebelum waktu tidur. Anda akan hadapi masalah sukar tidur jika buat begitu.

Tempoh terbaik adalah 90 minit dari jadual tidur anda.

Katakan waktu tidur biasanya pkup 11 malam. Anda perlu selesaikan senaman sebelum pukul 9:30 malam.

Rujukan 3

Konsisten paling penting

Samada anda nak bersenam pagi, tengahari, petang atau malam, yang paling penting adalah konsisten pada waktu yang sama.

Kesan terhadap konsisten waktu itu adalah jauh lebih tinggi.

Jika anda pelari marathon umpamanya, pertandingan selalunya dibuat pagi hari. Maka pastikan waktu senaman anda juga adalah dipagi hari. Itu akan lonjakkan lagi prestasi dan keupayaan anda.

Yang paling penting adalah buat dan amalkan sebagai satu rutin dalam kehidupan anda. Jangan sampai rasa tertekan sebab senaman. Jadikan senaman sebagai ubat untuk hindari tekanan.

Selamat bersenam!


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bila waktu yang sesuai untuk bersenam. Pagi, tengahari atau petang?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !