Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, January 29, 2022

Kenapa orang yang panas baran dan kurang sabar elok mati awal

  Mohd Shubhi       Saturday, January 29, 2022


Kalau anda jenis panas baran. Kurang penyabar pulak. Lebih elok mati awal. Jangan tunggu tua, lemah baru nak mati. Lagi lama dalam keadaan tua dan lemah, lagi terseksa hidup.

Memang saya jujur dengan pandangan di atas tu.

Dan jika dengan membaca kenyataan itupun anda terus marah, nak jadi keyboard warrior, nak letupkan kata-kata berapi dan pedih pada artikel ini, memang sah ada kaki panas baran, tak sabar dan elok mati awal juga.

Panas baran kurang sabar, ketika kuat

Orang kurang sabar dan panas baran ni jiwanya kental. Tahan lasak. Banyak masalah dapat diselesaikan dalam kadar segera.

Dia akan lahirkan anak-anak yang turut sama kental dan tahan lasak. Jenis segera buat kerja sebaik saja di berikan arahan oleh orang yang ada kuasa.

Anak-anak juga jenis tak mudah di buli. Malah akan jadi kaki buli jika tidak dikawal. Dia membesar dalam keadaan keras dan lebih bebas melayari kehidupannya.

Golongan panas baran juga sangat disukai oleh pemimpin politik.

Mereka senang sekali jadi aktivis jalanan. Duduk di barisan depan. Sanggup berhadapan dengan sebarang ancaman.

Kalau sertai organisasi perjuangan hak asasi juga akan duduk di barisan depan.

Banyak manfaatnya jika disalurkan secara positif.

Paling penting, ketika masih muda. Masih kuat bertenaga.

Panas baran ramai musuh

Ini perkara yang tak dapat dielak.

Bila ada orang suka, bila ada orang berebut nak pakai panas baran dan kurang sabar tu. Maka akan ada ramai orang juga yang tak suka. Yang akan jadi mangsa terhadap sifat baran dan kurang sabar yang ada.

Di mana saja anda berada pasti akan mudah bergesel perasaan.

Bagi yang lemah, hati tisu, tahan dan akur saja dengan baran anda tu. Apa nak buat. Muka bengis, tenaga pula kuat.

Yang dapat dilakukan ketika anda masih kuat bertenaga, hanya menyimpan perasaan benci dan marah di dalam hati sahaja.

Anak-anak juga sama.

Malah mereka paling lama bersama kerenaqh panas baran dan tak sabar tu. Disimpan pendam puluhan tahun tak terluah. Hanya perasaan atau nalusi semula jadi sebagai anak saja yang bertahan.

Jika anak-anak akur dan taat membantu, adalah atas dasar tanggung jawab yang ada di dalam jiwa mereka.

Malang baran tak sabar bila tua lemah

Bagi yang baran dan kurang sabar, wajib lah gunakan hayat yang ada untuk belajar dan cuba kuasa sifat baran, sifat tak sabar itu agar dapat dikawal dengan baik.

Jika dibiarkan liar bebas tanpa ada usaha mengawal dan kuasainya, tunggulah.

Bila datangnya masa tua. Ketika diri lemah. Nak tempik pun tak ada tenaga. Apatah lagi nak angkat tangan.

Bila semua kekuatan fizikal dah tak mampu membantu baran dan kurang sabar bertindak, alternatifnya adalah mulut.

Mulut mula jadi berbisa macam cabai. Akan banyak keluar perkataan cibai!

Menaikkan lagi tahap kebencian orang sekeliling.

Bayangkan mereka yang menjaga ketika anda tua lemah tdak bermaya. Mulut pula berbisa pedih bak laser. Masa muda orang mengalah, masa lemah, anda sengaja menempah masalah.

Jika yang menjaga itu tinggi tahap sabarnya, relaks saja teruskan membela dan mengurskan, anda masih tetap tersiksa.

Memandam perasaan marah, ingin bertindak menggunakan tangan, nak guna kaki, nak guna mulut. Tapi orang buat tak tahu saja .. itu keadaan paling tersiksa yang anda boleh rasa.

Makin lama makin terbakar dada, rasa terhimpit bila sudah tidak bebas agi mengertak orang memberikan apa yang anda minta. Yang marah dan tersiksa adalah anda sendiri. Orang hanya selihat anda sebagai sebuah sandiwara yang sedang menghabiskan sisa hidup menyiksa diri sendiri.

Oleh itu awaslah.

Jika panas baran. Tak reti sabar, semantara masih ada kesempatan, belajar kuasainya. Jangan terbawa-bawa dan hanyut dengan baran tu sampai ke tua. Nanti baran akan siksa diri sendiri.

Atau jika tak mampu, masih tidak sedar bahaya sedang menanti jika masih kekal baran sampai ketua, ketika lemah tak bermaya, elok mati awal sahaja.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa orang yang panas baran dan kurang sabar elok mati awal

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !