Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, January 12, 2022

Cabaran satu hari satu artikel untuk disiarkan di blog jasduit.com

  Mohd Shubhi       Wednesday, January 12, 2022


Bermula hari ini, saya nak usahakan cabaran ini. Untuk menulis satu artikel, dan siarkan setiap hari.

Menulis di blog dah jadi perkara biasa buat saya sejak memulakannya lebih kurang pada tahun 2008 dahulu, kalau tak silap.

Bermula dengan blog wartashubhi.blogspot.com

Waktu itu, topik paling disukai adalah politik. Pro pembangkang. BN masih kuat ketika itu tapi nampak dah ada potensi untuk jatuh di tewaskan pembangkang.

Menulis isu politik di blog ketika itu sangat menyeronokkan. Trafik sangat tinggi. Bukan seribu dua. Tapi puluhan ribu masuk membaca apa saja tulisan yang mengkritik atau mendedahkan keangkuhan kerajaan memerintah.

Pulun dengan bersemangat sehingga kemuncaknya pada pru ke-12, tetap tewas dek BN. Ternyata Anwar Ibrahim tidak mampu untuk suntikkan lagi tenaga sehingga ke tahap dapat tumbangkan BN.

Bermula dari situ saya jadi bosan. Buat keputusan jadi pemerhati saja sehinggalah pru 14 berjalan dan kemenangan berpihak kepada PH. 

Kerajaan ditubuhkan dengan Tun Mahathir jadi PM sekali lagi!

Suka atau tidak, terutamanya bagi pembenci Tun M, dia berikan bukti nyata depan hidung Anwar Ibrahim sendiri bahawa dia jauh lebih handal dan cekap dari Anwar atau sesiapa saja.

Dia yang masukkan Anwar ke dalam. Dia juga yang keluarkan. Dia yang bina BN atau Umno jadi sangat kuat dan dia juga yang tumbangkan sampai pecah berantakan.

Bila Tun M jadi PM kali ke-2, dia lepaskan peluang besar untuk uraikan semua system yang terbukti merosakkan, yang dibentuknya sendiri, selama 22 tahun berkuasa sebelum itu. 22 bulan saja PH tumbang!

Sejak pru 13 saya berikan tumpuan kepada urusan kerja. Banyak progress berlaku lebih menarik dari kecewa terhadap politik. Blog ini juga berubah jadi jasduit.com dan ada lagi 2 blog lain yang saya buka.

Selain dari itu, layan media sosial. FB, Twitter, IG. Lama kelamaan keadaan jadi melekakan tanpa ada apa-apa pergerakan yang berkualiti lagi. Blog jasduit ini sendir sudah tidak berjaya di kemas kinikan secara konsisten.

Sebab itulah saya buat cabaran satu hari satu artikel bermula hari ini. Untuk bina semula momentum kemas kini blog ini secara lebih konsisten. Di samping menajamkan lagi keupayaan menulis dan memerah otak mencari idea dan berfikir secara kritis.

Untuk mencapai tujuan itu saya terfkir bahawa format penulisan tidak perlu tersusun ikut cara lama lagi. Apa saja artikel sekalipun sangat pendek sudah memadai.

Hanya sekali sekala sahaja jika diperlukan, artikel panjang akan ditulis.

Harap pebaca yang sampai atau singgah di blog ini dapat berikan galakan dan sokongan untuk menjayakan cabaran ini. Komen apa saja amat membantu terutamanya dalam memberikan idea atau mencetuskan persoalan ..

Terima kasih,

Ikhlas,

Mohd Shubhi

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cabaran satu hari satu artikel untuk disiarkan di blog jasduit.com

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !