Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, January 10, 2022

Pengalaman beli dan guna mesin pemotong rambut WAHL Pro Basic Corded Clipper

  Mohd Shubhi       Monday, January 10, 2022


Mesin pemotong rambut paling awal yang saya lihat masa kecik dulu adalah yang seperti dalam gambar kat atas tu.

Saya pernah ada satu dalam simpanan dulu masa duduk kat kampung dengan orang tua. Mesin yang saya simpan tu dah tak ada spring untuk membolehkan dia membidas balik semula ke kedudukan asal selepas memotong.

Puas saya usahakan dengan cara budak-budak sekreatif mungkin untuk pulihkannya semula. Tapi hampa. Otak saya tak cukup cekap. Mesin tu hanya ada satu dan saya tak dapat cari sample untuk membolehkan bahan gantinya di ubah suai.

Mana ada internet lagi masa tu. Tak dapat nak google cari cara mesin tersebut berfungsi. Kalau sekarang, tentu saya dapat selamatkan mesin tu.

Walau macam manapun, dah tak tahu kat mana alat tu sekarang. Simpan dalam kotak barang lama. Letakkan dalam stor pulak. Dilanda banjir berkali-kali. Akhirnya ia sudah tidak jadi barang penting lagi.

Saya cuba cari alat pemotong rambut manual tu dalam shopee. Rupanya masih ada terjual di China. Harganya pulak murah saja. Kurang dari RM20.

Rekabentuknya saja yang tak sama macam alat antik yang pernah saya simpan dulu. Tapi kalau nak merasa cara penggunaannya, boleh cuba beli dan pakai.



Mesin potong rambut WAHL

Untuk anda yang ada anak-anak lelaki, saya syorkan untuk beli dan simpan mesin potong rambut letrik ni. Sangat berbaloi!

Saya memang beli untuk digunakan sendiri setiap kali nak potong rambut.

Jenis potong rambut pendek hampir botak macam yang saya sering amalkan sejak muda lagi, memang berbaloi untuk beli dan simpan satu mesin jenis ni. 

Dapat jimatkan duit berlambak kalau buat sendiri tanpa perlu ke kedai mamak.

Apatah lagi jika anda suka ke barber shop yang ada banyak sekarang ni. Harganya bukan murah. Tak boleh lawan harga yang mamak gunting rambut tawarkan. Apa yang best, saya pun tak tahu.

Ada banyak juga pengalaman beli mesin potong rambut letrik ni. Ada yang saya beli kat pasar malam. Jenis WAHL juga. Lama dulu. Harganya sangat murah. Kalau tak silap, dalam lingkungan RM20 sahaja.

Mesin tu saya pakai bertahun-tahun tanpa ada masalah. Saya syak penjual tu mungkin silap berikan harga pada saya ketika itu. Sejak itu nama WAHL saya simpan untuk pembelian seterusnya.

Ada juga yang saya beli dari kedai gadjet di pasaraya. Harganya dah mahal masa tu. Saya ambil juga sebab memang diperlukan. Kalau tak salah, lebih kurang RM70 masa tu.

Saya guna mesin tu lama juga sampai rosak sebab tak berapa nak jaga. Lagipun masa tu dah digunakan dengan berleluasa oleh semua orang. Anak-anak pula dah pandai guna. Jadi akhirnya ternoda juga.

WAHL Pro Basic Corded Clipper

Mesin yang masih ada dan masih elok berkilat, berfungsi dengan sempurna sampai sekarang saya beli beberapa tahun lalu secara online. Harganya boleh tahan lebih kurang RM100 juga masa tu.

Saya beli jenis WAHL Pro Basic Corded Clipper 8256-056.

Kononnya nak up grade sikit la.

Sebab utama yang menarik minat saya beli jenis itu adalah jaminan penggunaan berkali-kali dalam tempoh masa lama tanpa perlu risau mesin tu jadi panas.

Masalah mesin panas adalah perkara utama yang saya risau dengan mesin lama sebelum ini. Cukup sekali pakai untuk saya saja. Kena tunggu mesin sejuk sikit untuk orang pain guna pula.

Kalau tidak panas juga rasa kulit kepala tu.

Saya tak kisah bayar mahal sikit untuk kemudahan dan keselesaan. Lagipun pengalaman masa lalu pakai mesin jenama tu meng meyakinkan.

Bila dah beli dan guna, ternyata sangat berbaloi.



Entah dah berapa ratus kali saya ulang guna sejak beli. Bukan saya saja. Anak-anak semua guna. Adik ipar juga pinjam dan pakai bila perlu.

Keadaannya masih tetap utuh sempurna.

Hanya stopper plastik hitam level #1 saya yang dah longgar. Tapi itu bukanlah satu masalah. Boleh beli stopper tu saja di shopee dengan harga yang sangat murah.



Saya baru beli, harga murah tapi kualitinya jauh lebih baik dari yang original saya terima dahulu. 

Kalau anda tanya saya sama da berbaloi atau tidak .. dengan yakin saya syorkan untuk tak perlu fikir panjang.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pengalaman beli dan guna mesin pemotong rambut WAHL Pro Basic Corded Clipper

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !