Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, January 15, 2022

Masalah ketagihan dadah dalam masyarakat adalah masalah semua orang

  Mohd Shubhi       Saturday, January 15, 2022


Dulu saya ada seorang abang saudara yang menagih dadah. Dia terjebak ketika berkhidmat dalam pasukan angkatan tentera. Saya dapat tahu banyak kes begitu satu ketika dahulu yang melibatkan askar. Prebet terutamanya.

Tamh berkhidmat, dia kekal menagih. Sampai satu tahap dibuang oleh kelarganya sendiri. 

Tapi Allah peliharanya bila dia duduk dengan salah seorang emak saudara di perkampungan.

Di situ dia berusaha pulihkan dirinya sendiri.

Dia tidur di bawah rumah sahaja. Setiap malam dia berulang mandi air telaga yang sejuk di kampung tu setiap kali datang ketagihan.

Begitulah usahanya sehingga dia berjaya pulihkan diri.

Bila pulih dia merantau lari ke daerah Pantai Timur. Dia mencari rezki di sana dengan berniaga dan mendirikan rumah tangga dan meninggal dengan baik mewarisi harta yang mencukupi untuk keluarganya.

Saya yakin ramai yang pernah lalui seperti mana abang saudara saya itu. Dikampung saya dulu juga ada ramai yang begitu. 

Ada yang berjaya selamatkan diri. Ada yang gagal.

Dalam setiap kehidupan, akan ada saja orang yang masih menerima, sanggup berikan peluang ke-2 atau ke-3 atau berpuluh peluang kepada mereka yang terlanjur, dan ada hasrat untuk kembali ke pangkal jalan.

Dar dulu hingga sekarang, cerita yang sama tetap akan berulang.

Cuma beza dahulu dan sekarang adalah media sosial sahaja. Dengan teknologi internet dan media sosial itu, semua cerita jadi sensasi nasional bila ditularkan. 

Nampak macam sekarang lebih teruk. Tapi hakikatnya sama sahaja. Semua watak yang saya gambarkan dalam cerita abang saudara saya sentiasa wujud dalam apa zaman sekalipun.

Ketagihan sukar untuk dipulihkan

Manusia sangat unik. Salah satu kekuatan manusia adalah keupayaan untuk menyerap amalan sehingga menjadi tabiat spontan automatik. Keupayaan itu sangat diperlukan untuk memudahkan kehidupan.

Di mana ada kekuatan, disitu juga ada kelemahan.

Dengan keupayaan menjadikan apa saja amalan sebagai tabiat, ada manusia yang terjebak menyerap amalan buruk dijadikan tabiat.

Bila tak terkawal, kita namakan ketagihan.

Hisap rokok bukannya sedap kat manapun. Tapi status cool yang kelihatan pada perokok di kalangan pelajar sekolah membuatkan amalan tak best itu dipaksa lalu melekat jadi tabiat.

Begitu juga hisap dadah. Bukan tak tahu ianya buruk jika disalah gunakan. Tapi bila diamalkan dengan jumlah yang mencukupi, ia juga melekat jadi tabiat.

Banyak lagi tabiat buruk yang sekarang jadi ketagihan.

Media sosial juga merupakan satu ketagihan. Ia hinggap kepada manusia di seluruh dunia sekarang. Paling terk adalah mereka yang dilahirkan ketika media sosial jadi perkara biasa.

Seribu satu macam ketagihan ada dalam penggunaan internet dan smart phone tu.

Satu masa nanti jika tidak ada usaha kawalan terhadap teknologi penggunaan tersebut, ia akan membawa mudarat yang besar kepada manusia.

Apa saja bab ketagihan, ia perlukan penglibatan semua untuk ditangani.

Saudara mara, keluarga, masyarakat, malah hingga ke peringkat pemerintah perlu mainkan peranan masing-masing. 

Paling penting untuk sediakan keadaan yang kondusif kepada mereka yang mahu buang tabiat buruk yang melekat dalam tubuh badan dan minda.

Hapuskan penjual dadah

Dalam cerita Godfather ada satu adengan di mana Don Vito Corleone menolak untuk terlibat dalam bisnes dadah.

Sejahat jahat dia, masih nampak bencana besar yang boleh diberikan oleh dadah kepada masyarakat. Dia lebih selesa kekal dengan bisnes judi sahaja.

Jika orang sejahat beliau nampak bencana dadah, nampak benar betapa jahatnya para pengedar dadah yang masih wujud berleluasa di kalangan masyarakat sekarang.

Dadah ada dalam berbagai bendtuk di zaman kita sekarang. Saya tak berapa tahu kesemua dadah baru yang ada dalam pasaran. Tapi yang saya tahu ia sentiasa wujud dan nampak seperti sukar untuk dihapuskan.

Saya pernah dengar laporan betapa remaja di tempat saya Bukit Mertajam majoriti besarnya terlibat dalam ketagihan dadah jenis baru ini. Ia amat merisaukan.

Kempen dadah musuh negara yang dilancarkan sejak zaman Tun Mahathir dulu nampaknya macam tidak berjaya. Tentu ada sebabnya yang memerlukan kajian serius dan dirancang semula strategi yang berkesan berdasarkan pengalaman yang dah ada.

Kerajaan perlu libatkan segenap kelompok masyarakat secara menyeluruh untuk agenda ini.

Tangkap mencuri yang di ketahui penagih kemudian dimandi jenazahkan bukanlah satu pendekatan yang baik untuk tangani masalah besar ini. Nampak sangat mereka tidak didedahkan kepada cara terbaik selesaikan masalah sedemikian.

Usaha untuk bebaskan pemuda yang bersalah itu juga tidak lengkap jika ianya tidak di selaraskan dalam agenda penyelesaian masalah tersebut. Lepas dibebaskan buat apa pulak?

Saya nampak usaha kutip duit untuk bebaskan beliau lebih kepada tindakan perli masyarakat dan kerajaan tangani jenayah belasah duit rakyat. Pencurinya masih bebas ke sana sini, digelar bossku dan masih dilayan sebagai VVIP. Itu sahaja.

Bukan usaha untuk tangani masalah ketagihan dadah atau seumpamanya.

Harap ada satu usaha yang lebih berkesan untuk hadapi masalah ketagihan di dalam masyarakat di seluruh negara.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masalah ketagihan dadah dalam masyarakat adalah masalah semua orang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !