Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, January 16, 2022

Jantung babi menggantikan jantung manusia - Pesakit pertama berjaya di bedah

  Mohd Shubhi       Sunday, January 16, 2022


Bagi orang Islam, berita ini tentu satu kejutan. Tak dapat nak kata apa-apa. Samada nak rasa geli, rasa bersalah, rasa lega, atau tak rasa apa-apa.

Babi, lebih lembut dipanggil khinzir, adalah haiwan yang diharamkan dari di makan dagingnya.

Babi juga dikategorikan sebagai najis berat atau disebut najis mughallazah. Itu yang paling popular selama ini kita belajar semenjak kecil dahulu lagi. Dalam aliran mazhab Shafiee.

Pendapat berbeza kenajisan babi

Namun begitu, bab babi sebagai najis ini sebenarnya ada pendapat yang berbeza terutamanya dari mazhab Maliki. 

Pendapat yang tidak popular berbeza dari pendapat yang besar dalam bab babi sebagai najis. 

Dalam pendapat tersebut, babi dikategorikan sebagai mana binatang yang tak bleh dimakan lain seumpama harimau contohnya. Selagi ianya masih bernyawa, masih hidup, ia masih tidak diangap sebagai najis.

Dari situ juga membuatkan adanya perbezaan pendapat dalam penggunaan kulit atau bulu babi. 

Kalau nak maklumat lanjut boleh baca kat sini. Anda tentu akan dapat sesuatu yang baru dan menarik tentang kenajisan babi.

Manusia pakai jantung babi

Kita, masyarakat Melayu, dah terbiasa geli dan tak akan sanggup dikaitkan dalam apa saja penggunaan benda yang melibatkan babi. Apatah lagi jika ditawarkan untuk digantikan jantung yang ada, yang dah rosak, dengan jantung dari binatang babi!.

Tapi itulah yang sudah berjaya dilakukan baru-baru ini di Amerika.

Seorang pesakit jantung, yang memerlkan derma jantung, tapi tak dapat. Keadaan mendesak sehingga dia bersetuju untuk digantikan jantungnya itu dengan jantung babi.

Jantung babi yang dia dapat tu sudah diubah struktur genetiknya untuk membolehkan tubuh badan manusia tidak menolak organ tersebut bila di masukkan ke dalam tubuh badannya.

Anda boleh baca berita tentang kejayaan tukarkan jantung manusia dengan jantung babi di pautan sini.

Sebelum itu, sudah berlaku satu pembedahan menggantikan buah pinggan babi kepada manusia juga. Pembedahan itu berlaku pada bula oktober tahun 2021. Maklumatnya ada kat sini.

Sebelum itu juga, kulit babi sudah diguna pakai dengan jaya untuk merawat anggota tubuh badan manusia yang terbakar teruk. Baca laporan di sini.

Ramai tunggu organ derma

Untuk makluman, senarai pesakit yang menunggu derma jantung dan juga buah pinggan sangat panjang di Amerika sana. Dan jumlah jantung yang didermakan memang tak pernah mencukupi.

Berita pada tahun 2019 menyatakan seramai 21,018 pesakit sedang terlantar menunggu derma organ yang tak kunjung tiba. Tepoh masa menunggu di laporkan selama sekurang-kurangnya 20 tahun!

Alamat mati dulu lah, secara adatnya, kalau kena tunggu lama macam tu. Malaysia merupakan antara negara paling lama tempoh menunggu derma organ berbanding negara lain di Eropah atau Asia.

Potensi untuk menggunakan organ babi sebagai organ gantian kepada manusia dilihat sangat besar.

Sehingga satu syarikat bela babi terbesar dunia, Smithfield Foods, mencabangkan satu lagi bisnes mereka fokus kepada membekalkan organ gantian untuk manusia yang memerlukannya.

Lagipun organ seperti jantung dan hati tidak digunakan dalam bekalan makanan. Ini akan jadi satu sumber bisnes besar untuk mereka jika ianya digunakan secara meluas.

Teknologi ubah genetik yang maju sekarang telah melancarkan lagi proses penggunaan organ haiwan terutamanya babi untuk kegunaan manusia yang ada masalah kesihatan.

Apa jadi bila pakai organ babi

Saya ada terbaca kejadian pelik seorang pesakit yang menerima jantung dari penderma berubah perangainya jadi macam orang yang menderma.

Ada pendapat mengatakan bahawa banyak perkara yang melibatkan sifat atau identiti kita melekat pada jantung. Ia satu organ yang sangat penting pada tubuh badan. Dia membekalkan segala bekalan sumber yang diperlukan oleh semua sel di seluruh anggota tubuh badan.

Jadi jika jantung punya kaitan rapat menyimpan semua maklumat tubuh badan kita bukanlah satu yang pelik.

Yang menjadi tanda tanya adalah, apakah manusia yang menggunakan jantung babi akan berubah perangainya jadi macam babi yang menderma organ kepadanya?

Dan apakah sifat babi yang bakal melekat kepada orang tersebut?

Nota: Gambar hanya sebagai hiasan

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jantung babi menggantikan jantung manusia - Pesakit pertama berjaya di bedah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !