Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, January 18, 2022

Beli barang eletrik secara online lebih baik dari beli di kedai barang letrik

  Mohd Shubhi       Tuesday, January 18, 2022


Selama ini, bila nak beli barangan eletrik hanya perlu pergi ke

  1. Kedai barangan eletrik seperti Seng Heng atau apa saja kedai berhampiran kawasan rumah.
  2. Beli di pasaraya membeli belah macam Giant atau AEON
Sekarang kedua-dua perniagaan di atas, diganggu oleh portal membeli belah online. Yang saya biasa pakai ada 2 saja
  • Lazada
  • Shopee
Ada banyak lagi sebenarnya. Malah semua kedai barangan letrik dah buka portal belian online mereka masing-masing.

Saya sering gunakan shopee kalau nak beli barangan letrik. Secara rambang, saya lihat shopee lebih murah berbanding Lazada.

Beli blender Toshiba di AEON


Baru ni blender yang ada di rumah rosak. Berasap hangit.

Berbaloi mesin tu saya beli dan guna. Dah melebihi 5 tahun. Pakai sampai berasap sebegitu memang terasa satu kepuasan nilai duit yang dikeluarkan untuknya. Barang tu beli kat kedai biasa.

Bila dah rosak, orang rumah minta beli yang baru. Perangai orang rumah bila nak sesuatu, dia nak kelmarin. Tak boleh nak tunggu-tunggu dah. 

Blender, bagi orang zaman sekarang dah wajib, terutamanya yang dah terbiasa pakai benda Allah tu. Tak ada blender, tak berasap dapur. Kena beli lauk kat luar. Macam itulah bencana yang menimpa suami sekarang bila blender kat rumah sorak.

Kalau ikut saya, nak beli secara online saja. Beli kat shopee saja. Saya dah buka tengok-tengok untuk buat pilihan.

Tapi dek tak sabar, orang rumah nak ada masa tu juga, maka mengalah bawa dia ke AEON tak jauh dari rumah. Kat situ memang ada banyak pilihan barang eletrik. Macam-macam ada.

Setelah belek apa yang ada, kami ambil blender Toshiba. Ada promosi dengan harga RM119 sahaja dari harga biasa RM149.

Saya tahu harga kat shopee lebih murah lagi. tapi pejam mata saja sebab nak layan kehendak orang rumah. Tak berbaloi hadapi masam muka sekadar nak jimat 30 atau 40 ringgit.

Macam biasa, bila membeli, dia akan angkut barang lebih. Di ambilnya blender khas untuk buat jus buah pula. Sekali lagi saya pejam mata saja sekalipun tahu kalau beli kat shopee jauh lebih murah.

Blender Toshiba pakai 2 hari rosak


Sebelum beli, mereka test dulu. Semua ok. Selepas itu kad warranty dikeluarkan. Kami ambil semua barang bawa balik.

Hari itu juga dah mula guna. Terutamanya blender jus buah.

Nasib malang, blender Toshiba tiba-tiba saja tak boleh guna. tekan puas tapi tak berfungsi. Entah apa rosak saya tak tau.

Orang rumah telefon ketika saya tengah meeting. Nak masalah tu saya yang selesaikan. Bila saya tak tau nak jawab apa, dia marah. Akhirnya, kita lah pulak yang bersalah.

Tak apalah. Saya suruh anak pergi hantar semula ke AEON.

Dia bawa hari itu juga.

Tak lama lepas tu, dapat satu lagi panggilan dari orang rumah. Marah-marah sebab mereka bukannya ganti yang baru. Barang itu diambil untuk dihantar ke kilang untuk diperiksa apa masalahnya.

Tempoh sebulan diperlukan!

Itu yang buatkan orang rumah mengamuk. Nak marah kat AEON, tak boleh. Jadi mudahnya marah laki dia saja. Biasalah orang lelaki. Kena sabar. Dia bukan sengajapun. Dia perlu lepaskan kemarahannya. Bila dia dapat marah, pertama sekali dapatlah mengelak masak. 

Itu pun tak ada masalah. Orang lelaki ni, makan dlaam longkang pun boleh. Tak ada hal.

Tapi yang lebih parah, dia nak belender tu semula hari itu juga!

Maka cara mudah adalah janji untuk beli sebuah lagi yang baru. Selesai masalah tu sementara.

Kali ni saya nak beli secara online. Pejam mata pekak telinga saja leterannya nakkan blender untuk buat kerja.

Dan saya terus buka shopee.

Macam biasa baca review blender mana yang terbaik berdasarkan website yang rajin buat perbandingan barangan letrik di Malaysia.

Setelah semak, saya buat rumusan barangan blender terbaik adalah jenama Media. Memang ada kat shopee tu dan harganya tak mahal sangat pun. Saya terus beli.

Untuk puaskan hati orang rumah, saya cari lagi belender Italy pulak. Jenis berbeza dari yang selalu digunakan. Harganya juga tak mahal. 

Jadi saya terus beli 2 blender sekali gus. Hari ini barang dah sampai jenis Media tu. yang Italy masih belum sampai. nanti sampai tentu dia lega (harap macam tulah). Tak akan ada alasan lagi tak boleh masak belender tak ada.

Nanti bila blender yang dihantar semula ke AEON tu siap, maka akan ada 3 blender kat rumah tu. Haaa padan muka.

Masalah kecil macam tu saja berakhir dengan saya habiskan lebih dari RM400 dalam tempoh tak sampai seminggu.

Beli online lagi bagus dari kedai


Berbalik kepada tajuk di atas.

nampak tak bahawa beli secara online adalah jauh lebih baik. Harganya lebih murah banyak. Kerenahnya juga lebih ringan. Jika barang rosak, mereka berikan jaminan komplen selama 15 hari.

Hantar balik dan duit dipulangkan.

Berbanding beli dari kedai, minta maaf nak pulangkan duit. Mereka ambil dan hantar kilang. tunggu dibaiki sebulan.

Jadi mana lebih baik?

Dah la mahal. Tak fleksibel pulak!

Kalau kedai letrik lepas ni pupus, jangan lah nak marah pulak.

Nota: Gambar di atas hanyalah hiasan

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Beli barang eletrik secara online lebih baik dari beli di kedai barang letrik

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !