Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, January 19, 2022

6 perkara yang beri daya tarikan kepada tikus untuk datang ke rumah anda

  Mohd Shubhi       Wednesday, January 19, 2022


Jika anda duduk di bandar sudah pasti terpaksa berhadapan dengan tikus.

Puncanya utamanya hanya satu saja.

Tikus dah bertahun-tahun, sejak dahulu lagi berkongsikan makanan dan tempat perlindungan dengan manusia. Apa yang kita makan tikus makan dan kat mana kita tinggal dia ada.

Dalam Bahasa Inggeris, tikus biasa di panggil 'rodent'

Tahu tak apa makna rodent?

Ia berasal dari perkataan Latin, 'rodere' yang membawa maksud 'gigit'.

Itu satu lagi masalah yang dibawa oleh tikus. Perangainya yang suka menggigit di sana sini.

Ada banyak penyakit bawaan tikus. Tapi itu bukanlah sangat jadi sebab utama orang dapatkan khidmat kawalan serangga. Sepatutnya, itulah perkara paling penting yang memerlukan usaha kawalan tikus.

Orang ramai tak mahu tikus ada dalam rumah mereka paling utama disebabkan masalah suka menggigit yang saya sebutkan di atas tadi. 

Juga sebab tikus suka curi dan rosakkan makanan kita di rumah.

Kalau tikus banyak kat belakang rumah anda, di celah-celah longkang tu, baunya juga, perghhhh!, tak tahan.

Untuk ringkaskan artikel ini, kita tak fokus kepada mengenali tikus secara terperinci. Cukup sekadar tahu 6 sebab kenapa tikus suka masuk ke dalam rumah saja.

Jom kita lihat sebabnya satu persatu.

1. Teduh dan selesa

Tikus adalah haiwan berdarah panas. Sebab itu dia secara semula jadi akan cari mana saja tempat yang dia dapat berteduh dan selesakan diri untuk dijadikan tempat berkampungnya.

Tempat sebegitu memang ada terlalu banyak di sekitar kawasan perumahan tempat manusia bandar tinggal.

Dia akan kerja kuat untuk korek lubang tepi longkang, pecah masuk stor, naik atas siling dan seumpamanya untuk buat tempat melepak melepaskan lelah seharian. Kat situ dia timbulkan bermacam-macam masalah pada kita.

2. Ada makanan

Setakat tempat teduh selsa, tapi tak ada makanan, bukan saja manusia tak mahu. Tikuspun sama juga tak mahu duduk tempat sebegitu.

Rumah tempat kita tinggal sudah tentu ada makanan. Sebab itu kawasan perumahan punya daya penarik yang sangat tinggi untuk tikus.

Kawasan sekitar tong sampah jadi tempat tumpuan utamanya. Biasanya kita suka longgok sampah kat depan rumah sementara menunggu lori sampah datang ambil. Tak hairanlah tikus ada banyak kat situ.

Satu lagi di belakang rumah. Biasanya rumah taman, dapur kat belakang. Kita masak, basuh pinggan, periuk belanga kat situ. Selalu juga curah sisa makanan kat sinki terus jatuh  masuk ke longkang depan dapur rumah.

Jika anda ada masalah tikus, samada di rumah atau kedai, sila dapatkan khidmat pest control berlesen dan berpengalaman sejak tahun 1998, Easelife Services Sdn Bhd. Call Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut atau wasap saja dengan tekan link di sini

Itu satu lagi tempat tumpuan para tikus.

Anda pun tahu kat longkang belakang rumah tu ada banyak lubang. Tikus dah korek habis jadikan rumah mereka di situ.

Jika anda pelihara binatang kat rumah, itu satu lagi jadi tarikan tikus. Apa yang binatang pelharaan seperti kucing atau anjing makan, tikus juga suka makan.

Jika makanan pets berteburan tak terurus, maka lebih seronoklah tikus.

3. Bahan buangan binatang peliharaan

Tikus tak reti rasa geli. Bahan buangan binatang peliharaan juga boleh jadi sumber makanannya.

Anda bela kucing, kumpul berak kucing dan buang kat depan rumah atau kat belakang rumah. Itu juga daya penarik tikus.

4. Paip bocor

Tikus juga dahaga. Dia sentiasa perlukan air.

Kalau kawasan tu kering kontang susah nak dapatkan air, memang tikus tak mahu tinggal di situ.

Tapi kat rumah, terutamanya ada kawasan paip yang suka menitis air, tidak di atasi. Ia menjadi sumber keperluan air untuk tikus.

Paip utama kita ada kat depan dan belakang rumah. Sentiasa basah dan lembab kawasan tersebut. Ini menarik dan menggembirakan tikus.

Kat belakang rumah kat dapur tu. Lagilah banyak air. Itu menjadikan kawasan tu syurga bagi tikus. Sama dapur atau bilik air kat belakang rumah anda.

5. Senang masuk

Di taman perumahan, memang tak dapat mengelak tikus berkampung di longkang depan atau belakang rumah kita.

Jika dia hanya bermain cari makan kat luar saja masih ok lagi.

Tapi jika kat rumah anda ada lubang kecil yang dia dapat menyelinap masuk. Maka anda akan pening kepala dengan kerenah tikus serang masuk dalam rumah.

Berlari dan bermain atas siling.

Lepas berak merata. Dalam almari dalam stor. Rosakkan habis makanan dan lain-lain lagi.

Lubang pada semua rumah di taman perumahan ada banyak samada kat depan atau kat belakang. Kiri dan kanan rumah ada dinding jiran sahaja. Jadi tak perlu risau.

Paling banyak ada lubang di belakang rumah. Lubang tandas dari dalam terus keluar longkang belakang. Bahagian pintu dan tingap dapur. Corong asap dapur dan lain-lain lagi menyediakan lubang yang lebih dari cukup untuk tikus masuk ke dalam rumah.

6. Pokok dan tumbuhan

Bagi anda yang suka berkebun, suka tanam pokok besar dan kecil, ambil perhatian.

Ini juga jadi daya penarik buat tikus. Tambah lagi jika anda pokok buah kayu. Ada makanan kat situ dan ada jambatan untuk memudahkan tikus masuk terus ke dalam rumah.

Jika ada pokok tinggu sampai cecah bumbung, lagilah seronok tikus tu semua!

Cara kawal tikus

Anda dah tahu kesemua 6 perkara yang manarik tikus ke rumah. Jadi anda dah tahu cara macam mana nak kawal masalah tikus.

Mencegah adalah jauh lebih baik dari membunuh tikus.

Anda boleh kejar, panah atau tembak tikus tu sampai mati. Tapi lepas itu ada tikus lain pula datang masuk. Semuanya tak akan habis.

Sentiasa periksa jika ada kebocoran di rumah. Pastikan rumah sentiasa kering sebaik mungkin terutamanya di dalam rumah.

Gunakan bekas yang kuat dari plastik untuk simpan makanan mentah atau basah.

Paling penting, jangan biarkan ada bukaan yang memudahkan tikus masuk. Terutamanya pada lubang air keluar dari tandas ke longkang belakang tu, perlu ditutup dengan bahan yang kuat.

Tindan penutup lubang tu dengan batu sungai suaya berat dan tikus tak dapat tolak masuk ke dalam tandas.

Jika anda bela kucing atau haiwan lain, jangan biarkan makanan berterabur. Elok beri makan secara berjadual supaya dia makan habis. Jangan bermewah biar makanan tertinggal banyak pada sangkar haiwan peliharaan anda tu.

Ada bajet boleh usahakan supaya semua bahagian belakang longkang depan dan belakang rumah bersimen dan susah tikus nak korek jadikan lubang tempat dia menginap.

Jika anda ada masalah tikus, samada di rumah atau kedai, sila dapatkan khidmat pest control berlesen dan berpengalaman sejak tahun 1998, Easelife Services Sdn Bhd. Call Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut atau wasap saja dengan tekan link di sini

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 6 perkara yang beri daya tarikan kepada tikus untuk datang ke rumah anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !