Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, March 29, 2022

33 contoh Kertas kerja Rancangan Perniagaan boleh edit untuk anda yang ada hasrat berniaga

  Mohd Shubhi       Tuesday, March 29, 2022

Bagi anda yang belum ada pengalaman jalankan perniagaan, adalah baik seandainya mula masuk ke dunia perniagaan dengan menyediakan kertas kerja perniagaan terlebih dahulu.

Dengan belajar sediakan kertas kerja perniagaan anda boleh belajar banyak perkara yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan.

Walaupun hakikatnya dengan hanya mencuba sediakan rancangan perniagaan, anda sudah tentu tidak mampu memahami selok belok dunia perniagaan secara jelas dan mendalam, sekurang-kurangnya anda memberikan pendedahan awal terhadap perkara-perkara penting yang perlu difikirkan untuk mula berniaga.

Kebiasaannya, untuk mendapatkan dana mula berniaga samada dari pihak bank, dari institusi bantuan kewangan kerajaan, atau dari pelabur individu, anda perlu persembahkan segala idea niaga anda melalui kertas kerja perniagaan yang baik.

Panduan kertas kerja perniagaan boleh edit

Oleh itu, saya kongsikan kat sini sumber yang anda boleh pergi untuk dapatkan contoh kertas kerja perniagaan yang lengkap.

Di situ, anda boleh pilih beberapa kertas kerja perniagaan yang sudah disediakan yang boleh di-edit berdasarkan keperluan anda sendiri.

Jika anda tak sabar nak tengok apa yang ada dalam panduan serta contoh menyediakan kertas kerja perniagaan, anda boleh pergi sekarang ke link 33 Contoh Kertas Kerja.

33 contoh kertas kerja perniagaan

Mungkin anda nak tahu terlebih dahulu, apakah contoh-contoh perniagaan yang ada di sediakan dalam panduan yang saya nyatakan di atas.

Untuk makluman, ada 33 jenis perniagaan yang disediakan di dalamnya. Berikut adalah jenis-jenis perniagaan yang ada di dalam panduan tersebut:

  1. Cybercafe
  2. Pengurusan penanaman kelapa sawit (100 ekar)
  3. Salon kecantikan
  4. Penternakan ikan air tawar
  5. Penternakan kambing
  6. Penternakan lembu ‘fidlot’
  7. Kedai computer
  8. Kedai bakeri
  9. Perusahaan cendawan
  10. Pemprosesan makanan (keropok) – pembelian mesin pemprosesan makanan
  11. Perusahaan textile – pembelian mesin jahit berkomputer
  12. Kedai koperasi- perniagaan peruncitan, pemborong & perkhidmatan
  13. Francais
  14. Coffeehouse
  15. Kedai Dobi (1) : MARA
  16. Kedai Dobi (2) : Loan RM 25,000
  17. Penanaman buah naga
  18. Tanaman sayuran
  19. Frozen food
  20. Perniagaan coklat
  21. Katering
  22. Burung Puyuh
  23. Restoran
  24. Kedai handphone – handphone, aksesori handphone, reload
  25. Perusahan telur
  26. Perniagaan pencetakan
  27. Penternakan ikan keli
  28. Cybercafe 2 – kelas komputer, alat komputer
  29. Cake shop
  30. Butik kecantikan
  31. Kedai jahitan
  32. Penternakan cacing
  33. Butik pakaian – pakaian & aksesori wanita

Kesemua contoh kertas kerja tersenarai di atas adalah milik anda jika anda dapatkannya dari link yang saya berikan.

Mungkin tak ada satupun jenis perniagaan yang ada dalam kepala anda sekarang. Jika jadi begitu, anda boleh lihat contoh jenis perniagaan yang paling hampir dengan jenis perniagaan yang nak dijalankan.

Yang pentingnya adalah kerangka dan topik serta susunannya yang perlu anda ikuti.

Ianya sudah tentu lebih mudah untuk anda sediakan kertas kerja perniagaan anda daripada meraba-raba mencari idea dan memikirkan apa nak tulis tanpa adanya panduan atau contoh.

Jika berminat, sila terus ke link 33 Contoh Kertas Kerja.

Selamat menjadi usahawan berjaya ! 

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 33 contoh Kertas kerja Rancangan Perniagaan boleh edit untuk anda yang ada hasrat berniaga

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Terima kasih diatas perkongsian ini, semoga menjadi asbab untuk ilmu yg bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Tak dapat bukak la tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah rujuk kpd pemiliknya. Masih tunggu jawapan. Kalau dapat saya update nanti. Terima kasih

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !