Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, March 2, 2022

Anak muda yang sedang cari kerja mahu bina kerjaya sebagai juruteknik pest control profesional

  Mohd Shubhi       Wednesday, March 2, 2022


Untuk anak muda!

Ini artikel untuk anda.

Anak muda di sini ertinya mereka yang bawah 30 tahun umurnya.

Saya tahu anda jenis tak suka baca artikel panjang-panjang berjela.

Lemas! Semak dada!. 

Ya! saya tahu!

Jadi saya tulis santai, ringkas dan padat saja untuk anda follow.

Anak muda sedang cari kerja

Zaman Ekonomi GIG ni, nak cari duit mudah sangat. Ada motosikal, boleh jadi rider hantar makanan.

Ada foodpanda, ada grab, ada macam-macam. 

Tak ada motosikal, basikal pun boleh. Selfie sikit post ke media sosial, akan ada yang sudi sumbangkan motosikal jika bernasib baik.

Tapi kalau anda, anak muda berpandangan jauh, tentu tahu yang cari duit dengan bina kerjaya, 2 perkara yang tak sama.

Jadi 'rider' hantar makanan bukan satu kerjaya. Kerjaya transit atau sementara waktu boleh la.

Melainkan anda Taukeh 'Syarikat Rider Food Delivery'. Itu kerjaya businessman. Bagus tu!

Tapi bukan semua orang mampu jadi businessman. Mereka lebih mudah masuk dalam apa-apa industri yang menawarkan pembinaan kerjaya.

Anak muda yang sedang cari kerja sebegitu yang saya maksudkan di sini. 

Sila teruskan membaca.

Kerjaya juruteknik pest control

Satu ketika dahulu, kerja juruteknik pest control tak ada orang pandang. Jadi macam kerja buruh kasar yang kerja berat di panas matahari terik. Begitulah sejak 1947, syarikat pest control pertama ditubuhkan di negara kita.

Sedangkan kerjaya juruteknik pest control perlukan ilmu biologi, kimia, mekanik dan paling penting, keupayaan berfikir selesaikan masalah.

Setelah diperjuangkan oleh Pest Control Association of Malaysia, dengan keperihatinan penjawat awam kerajaan juga, maka akhirnya di beri perhatian serius oleh semua pihak.

Maka, alhamdulillah, kerjaya juruteknik pest control telah dimartabatkan sebagai bidang profesional.

Maksudnya perlukan kelayakan.

Untuk layak perlu ada lesen.

Untuk dapatkan lesen, perlu ada sijil.

Kena duduk ambil peperiksaan yang dikawal selia oleh pihak berkewajipan Lembaga Racun Serangga dan Makhluk Perosak.

Bukan semua orang boleh main ambil bahan kimia dan pergi bunuh serangga dan makhluk perosak ikut suka hati. Buat kat rumah sendiri, takapa.

Kalau nak berkhidmat untuk selesaikan masalah orang lain, syarikat atau individu, hanya yang berlesen saja berkelayakan.

Jika tak ada lesen, syarikat pun tak ada lesen, adalah salah dari segi perundangan.

Maksudnya dan pro la tu.

Dah diiktiraf kerjaya anda sebagai juruteknik pest control bertauliah.

Bina kerjaya profesional

Ini yang mahu saya tawarkan pada anda.

Anak muda yang sedang cari kerja.

Yang bervisi jauh ke depan mahu membina kerjaya dalam bidang pest control secara profesional.

Saya sedang mencari anak-anak muda sedemikian untuk bersama syarikat pest control saya. Easelife Services Sdn Bhd.

Syarikat itu dah berada dalam pasaran sejak tahun 1998 lagi. Dah lama dan ada segala pengalaman, lesen, tauliah, kemahiran untuk membentuk kerjaya anak muda yang berpandangan jauh seperti anda.

Apa kelayakannya?

Tentu soalan itu ada dalam kepala!.

Bagi yang tak ada pencapaian akademik masa sekolah dulu, jangan risau. Anda masih ada peluang untuk pergi jauh seandainya ada keinginan.

Anda hanya perlu ada bersekolah, ada sijil samada tingkatan 3 atau tingkatan 5. Boleh saja kedua-duanya. Bagi yang lebih teruk lagi, ada sijil darjah 6 saja! pun boleh!

Kalau ada SPM lagi bagus sebab cepat sikit untuk bina kerjaya pro tu. Tapi jika tak ada masih boleh dan tak berapa lama sangat pun. 

Jangan risau!

Masuk dengan pengalaman zero, anda akan dibayar gaji minimum. Di syarikat saya, 'at least' akan dapat RM1,500 sebulan gaji asas. Ada OT ya, tak perlu risau.

Anda di bayar untuk saya bentuk sedikit demi sedikit kemahiran dalam dunia kawalan serangga dan makhluk perosak. 

Dilatih oleh abang-abang yang dah ada semua sijil dan kemahiran tersebut.

Lepas itu anda akan pergi belajar teori. Ilmu yang sangat menarik menyentuh apa yang memang dah dok buat setiap hari saja. 

Jadi tak akan bosan sebab nampak depan mata kenapa anda buat sebegitu sebegini.

Cuma kali ini diterangkan dalam bahasa yang lebih formal, itu saja.

Kemudian anda akan duduki peperiksaan.

Mudah untuk lulus jika memang itu yang anda dah buat setiap hari. Perlu tahu, faham dan mampu terangkan sahaja.

Lagipun soalan adalah objektif. Ramai yang cekap jawab soalan macam tu.

Jika tak lulus?

No problem!.

Ambil ulangan mana mana kertas yang tak lulus. Tapi kena bayar kosnya sendiri lah kali ni. Syarikat dah tanggung yang pertama tadi. Tak ada masalah sebab dah ada gaji maaa!

Mungkin masa yang kali pertama tadi anda gugup dan 'black-out!'. 

Kali kedua tentu dah selesa dan yakin sikit.

Insyaallah akan lulus.

Kemudian, bila dah lulus, syarikat saya akan proses buat permohonan lesen untuk anda. Akan dapat satu lesen yang di panggil PAL atau bawah sikit dari itu di panggil APAL.

PAL - Pesticide Applicator License

Yang APAL tu adalah pembantu kepada PAL di atas.

Dengan lesen itu saja anda dah boleh demand pergi kerja di mana-mana syarikat pest control lain yang ada.

Jika nasib baik, anda ditawarkan gaji jauh lebih lumayan, saya tak akan sekat rezki anda itu.

Asalkan dah menyumbang dan bantu syarikat saya berkembang sambil saya latih kerjaya anda sebelum itu, saya lepaskan anda pergi dengan rela. Rezki Tuhan yang bagi, tak ada ketakutan kepada mereka yang percaya perkara tersebut.

Latihan demi latihan

Dalam industri pest control ni, latihan tambahkan ilmu dengan maklumat dan teknologi terkini adalah keperluan.

Untuk pastikan anda tidak ketinggalan dalam menggunakan pendekatan paling baik dan paling penting selamat dan mesra alam. Perlu dedahkan kepada latihan berpanjangan.

Dari latihan ada ilmu baru dan perkara baru yang anda akan dapat dari masa ke masa. 

Peluang belajar lagi dan lagi, tambahkan kemahiran dan pengalaman.

Itu yang menbuatkan anda jadi makin lama makin bernilai tinggi.

Makin lama makin anda diburu oleh syarikat pest control lain yang jauh lebih besar dari syarikat saya.

Atau mungkin juga syarikat pembekal pest control. Mungkin juga syarikat pembuatan dalam industri pest control.

Jika anda jenis mulut manis, pandai menjual. Ada lesen dan kemahiran pulak tu, anda boleh masuk ke bidang sales. Jadi wakil jualan syarikat. Dengan gaji ditambah komisyen, takat nak dapat RM5 ribu adalah sangat mudah. Malah mampu lebih dari itu jika ada bakat dan rajin berusaha.

Terpulang kepada bagaimana anda membina segala kemahiran yang diperlukan untuk pergi jauh dan naik ke atas dan ke atas lagi.

Jalan ada!

Asalkan anda sendiri mahu ambil jalan itu, memang boleh pergi.

Ada lagi kelebihan lain yang anda akan dapat seperti lesen GDL, lesen NIOSH dalam urusan keselamatan. Kemahiran penyeliaan. Kemahiran komunikasi. Kemahiran membuat laporan. Kemahiran menggunakan komputer dan lain-lain lagi.

Bukankah semua itu menarik?

Anda tak perlu masuk Universiti, tak perlu ada pencapaian akademik yang baik. Sebab ini kerja amali yang segala pengetahuan dapat diserap dari melakukannya.

Saya pasti itulah yang anda cari selama ini.

Bukan teori bla bla bla!

Anda jenis yang sukakan aksi.

Jadi di sini tempatnya. Di Easelife Services Sdn Bhd.

Anda boleh Wasap saya jika berminat di nombor tertera kat bawah ni.

Klik DI SINI untuk terus whatsapp

Atau anda boleh scan QR Code di bawah untuk wasap terus ..


 

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Anak muda yang sedang cari kerja mahu bina kerjaya sebagai juruteknik pest control profesional

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !