Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, March 7, 2022

Easelife Services Sdn Bhd syarikat pest control tempatan untuk penduduk Negeri Selangor

  Mohd Shubhi       Monday, March 7, 2022


 

"You punya servis ada buat di Melaka tak? Boleh datang hapuskan masalah Bed Bugs kami?"

Itu panggilan yang saya terima baru-baru ini. Membaca kepada idea nak tulis artikel kali ni. Saya cuba selesaikan masalah pelanggan itu dengan memberikan maklumat syarikat pest control lain yang ada di Melaka.

Sekarang ini, ada banyak syarikat pest control bi Malaysia. Sangat banyak berbanding ketika awal saya ceburkan diri dalam industri pest control dulu. 

Itu tandanya permintaan terhadap khidmat pest control telah meningkat naik. Juga petanda rakyat Malaysia sudah lebih peka terhadap persekitaran yang selamat dan aman.

Itulah matlamat utama syarikat pest control.

Paling penting adalah untuk elakkan masalah kesihatan yang berpunca dari serangga dan makhluk perosak seperti Lipas, Tikus dan Nyamuk.

Pest control juga penting untuk elakkan dari gangguan dan kerosakkan. Anai-anai terkenal dengan keupayaan merosakkan struktur kayu di bangunan. Semut gatal, semut merah, kalau gigit, berbiji merah jadinya.

Untuk pastikan keadaan anda dan ahli keluarga berada dalam keadaan selamat, panggillah syarikat pest control.

Bagi organisasi pula, untuk pastikan pekerja dan pelanggan anda berada dalam keadaan selamat sejahtera bebas dari gangguan serangga dan makhluk perosak, gunakanlah syarikat pest control.

Easelife Services untuk penduduk Selangor

Syarikat Easeife Services sejak ditubuhkan, beroperasi di Shah Alam, Selangor. Itulah tempatnya sejak tahun 1998 lagi.

Ada 2 masalah yang kami sering terima panggilan dari pelanggan luar dari Selangor. 

Pertamanya adalah masalah Pepijat.

Bila kami tawarkan khidmat hapuskan pepijat dnegan menggunakan teknik Haba, permintaan yang datang dari negeri lain masuk sama naik dengan Selangor. 

Penggunaan haba untuk selesaikan masalah Bed Bugs atau Pepijat ni, menarik minat mereka yang sukakan teknik kawalan serangga tanpa bahan kimia beracun. Tempat tidur dan tempat lepak di sofa, ramai yang tak mahu ada bahan kimia beracun melekat di situ.

Pemintaan kedua yang banyak datang dari luar Selangor adalah dalam permintaan untuk selesaikan masalah burung. Burung Merpati, terutamanya, jika dah jadikan bumbung rumah atau balkoni sebagai pusat penginapan, memang sangat terganggu pemandangan dan kehidupan.

Sebagai syarikat yang prihatin kepada masalah pelanggan, kami cuba sedaya upaya untuk membantu.

Tapi kalau jauh sangat, kami akan hantar produk dan ajarkan pelanggan bagaimana caranya untuk mereka melakukan sendiri aplikasi yang perlu.

Fokus kami sebenar-benarnya adalah untuk pendudk negeri Selangor.

Datang saja permintaan dari penduduk Selangor, apa cara sekalipun, akan kami berusaha tunaikan juga. 

Sebab kami, Easelife Services Sdn Bhd adalah syarikat tempatan khas untuk penduduk negeri Selangor.

Kedai runcit di Selangor

Bagi anda yang buka kedai runcit, samada tahap pasaraya atau sekadar kedai runcit kecil biasa. Tentu akan berhadapan dengan masalah tikus terutamanya.

Tikus boleh rosakkan stok barang di kedai runcit tu. Semut juga boleh rosakkan barang di kedai runcit. Lipas pun sama.

Yang paling tak best adalah imej kedai terjejas jika masuk saja kedai berbau lipas, dan tikus. Boleh rosak reputasi dan halau pelanggan macam tu.

Boleh dapatkan khidmat pest control dari kami, Easelife Services Sdn Bhd.

Pusat Perubatan di Selangor

Antara kelebihan kami adalah berkhidmat selesaikan masalah serangga dan makhluk perosak di pusat-pusat perubatan besar dan kecil.

Maklumlah tempat di mana ada orang sakit perlu di pelihara dari apa saja serangan serangga dan makhluk perosak.

Mana boleh ada semut di wad pesakit.

Tikus berkeliaran bukanlah keadaan yang baik untuk sebuah hospital.

Perlu jaga semua itu.

Jika anda menguruskan pusat perubatan atau apa saja premis berkaitan penjagaan kesihatan dan seumpamanya, bolehlah dapatkan maklumat tentang apa yang boleh kami bantu ada dlaam pest control.

Rumah di Selangor

Bagi anda yang tinggal di Selangor, tak ada masa untuk buat sendiri kawalan serangga dan makhluk perosak, boleh dapatkan khidmat kami.

Memang Easelife Services khas untuk anda yang tinggal di Selangor.

Lipas, semua insyallah tidak akan mengganggu lagi semua ahli keluarga anda.

Jika ada masalah anai-anai, segera dapatkan bantuan kami untuk diselesaikan dengan sistem pengumpanan yang sangat berkesan hapuskan seluruh koloni anai-anai.

Untuk anda penduduk Selangor yang perlukan pest control sila berhubung dengan kami di bawah:

Cik Athirah 010-2342542 (https://wa.me/60102342542)

Puan Siti 012-2067357 (https://wa.me/60122067357)

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Easelife Services Sdn Bhd syarikat pest control tempatan untuk penduduk Negeri Selangor

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !