Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 28, 2022

9 nasihat ringkas untuk usahawan - penulis jemputan Azad Jasmi

  Mohd Shubhi       Thursday, July 28, 2022


Nasihat Kecil Untuk Usahawan

Azad Jasmi l 26 Julai 2022

—————————————-

Perkongsian ini bukan bermakna saya pakar kerana saya juga masih sentiasa belajar. Namun, saya ingin kongsikan “pointers” ini untuk ingatkan diri saya sendiri serta pembaca, insyAllah

1. Pemilik Ingin Jadi CEO (Chief Everything Officer). Tuhan berikan kita skil dan kepandaian terhad dan tugas pemilik sebagai founder dan Leader perlu bijak mencari staf yang berkebolehan untuk bangunkan syarikat. Usah menjadi Chief Everything Officer.

Lihat kepada skop tugas dan pecahkan tugas mengikut parameter fungsi unit, jabatan atau aliran proses operasi.

2. Pelan Perniagaan Hanya Di Buat Untuk Pohon Pinjaman. Pelan Perniagaan yang dibuat hanyalah untuk memohon pinjaman sahaja dan bukan dibuat untuk bangunkan syarikat.

3. Pemilik harus “brainstorm” dan berbincang “Trajectory” pelan perniagaan untuk 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan dan 12 bulan.

4 Perlu dilaksanakan “Review” setiap 3 bulan dan perancangan ini perlu dilaksanakan dengan tujuan membangunkan syarikat.

Isu ini dimatapkan dengan mengambil kira “Ekologi” perniagaan dan “Stakeholders” di dalam ekologi perniagaan yakni vendor, “supplier”, pasaran samada B2C, B2B atau B2G untuk lokal atau antarabangsa kerana prospek berbeza akan menentukan strategi berbeza.

5. Pemilik Sering Ingat “I Want To Manage A Company”. Pemiliki sebenarnya perlu “Manage The People” dan “The People Will Manage The Company”.

Namun pemilik dan usahawan merasakan mereka ingin “Manage The Company” dan dengan itu pembangunan sumber manusia dan proses membangunakan “warga” syarikat tidak diambil kira.

6. Usahawan berpendapat mereka boleh buat semua dan mereka ego dengan kata-kata “Aku founder”, “aku yang bina syarikat ini” dan “Aku tahu dari mula lagi.”

7. Sebenarnya kita sebagai pemilik perlu letakkan ego di tepi. Usah sering berkata “I have been doing the business for 5 year or 20 years and I know everything about this company.”

8. Tuhan berikan manusia kelemahan. Adakala pelajar “Intern” staf baru atau juga seseorang yang kita jumpa dijalanan atau pelajar sekolah yang dihantar untuk menegur kita dan mempunyai pandangan yang lebih baik.

9. Ambil sikap mendengar dan usah tanamkan sikap bangga diri dan ego. Kekuatan syarikat ialah sekuat kukuhnya kekuatan staf dan jika tiada staf maka syarikat tidak dapat berfungsi dengan baik.

Yang baik dari Allah dan buruk itu pasti dari saya. Mohon ampun dah maaf.

Sekiranya tuan/puan memerlukan sebarang sesi ;

a) Business Transformation 

b) Proses Membangunan Perniagaan 

c) Business Health Diagnose

d) Penasihat Perniagaan

InsyaAllah boleh di email ke azad@taj.edu.my

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 9 nasihat ringkas untuk usahawan - penulis jemputan Azad Jasmi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !