Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, July 29, 2022

Sakit belakang, sakit pinggang, sakit bahu, cara terbaik atasinya

  Mohd Shubhi       Friday, July 29, 2022


Bila umur meningkat masuk era 40-an, ada banyak perkara yang tiba-tiba muncul. Sebelum ini tak ada pun.

Ada juga perkara yang tiba-tiba hilang. Selama ini ada, tanpa disedari betapa besar nikmat memilikinya. Bila dah hilang baru perasan kepentingannya.

Contoh perkara yang tiba-tiba hilang adalah keupayaan melihat jarak dekat. Masalah mata yang rabun dekat membuatkan anda tidak dapat membaca. Semua huruf jadi kembang dan kelabu tak boleh nak lancar membaca seperti selalu.

Dari pengalaman, rabun dekat ni datang sebijik macam datangnya malaikat maut mencabut nyawa. Semalam semuanya tak ada masalah. Boleh saja baca majalah, baca e-book, makan nasi nampak jelas lauk dan kuah.

Selesai semua urusan, masuk tidur macam biasa.

Keesokkan harinya, bangun pagi, mandi manda bersiap. Jika anda jenis yang buka handphone dulu layari media sosial atau tengok maklumat terkini masuk dalam telefon tu, masa itu mula perasan kesukaran untuk melihat dengan tajam dan jelas.

Tarik ke depan, tolak ke belakang, 'awat tak berapa jelas nih?", mula timbul soalan. Rasa pelik. 

Anda mula tenyeh mata. Takut ada sisa taik mata yang masih melekat. Bersihkan dua tiga kali dan baca semula. Masih sama saja.

Ketika itu anda dah sedar bahawa nikmat melihat dengan terang tajam dan jelas semua benda yang dekat sudah ditarik balik tanpa amaran awal.

Ada juga yang terperasan hilangnya keupayaan melihat jarak depan ni ketika makan. Ramai kawan-kawan yang bagi tahu mereka sedar ketika makan. Saya juga begitu.

Biasanya mata akan perhatikan semua makanan yang ada dalam pinggan tu. Gaul nasi dengan kuah, campur lauk sikit dan masukkan ke dalam kuncupan tangan sebelum disuap ke mulut.

Masa itulah mula perasan perkara pelik. Rasa tak puas sebab tak berapa nak jelas penglihatan semua aktiviti di atas tu. Puas kepala turun ke depan, naik ke belakang cuba adjust untuk fokus. Tapi semuanya sia-sia.

Mata dah rabun.

Ada yang paginya ok, malamnya, tiba-tiba semua keupayaan melihat dekat hilang. 

Itulah saya kata tadi di atas. Sama macam malaikat maut datang ambil nyawa. Nasib baik Tuhan hanya ambil keupayaan melihat jarak depat saja. Dia masih izinkan nyawa tu melekat pada badan.

Nanti, bila tiba masanya. Nyawa akan jadi macam tu juga. Semalam sembang gelak ketawa elok dengan keluarga. Minum teh tarik di kedai mamak dengan kawan-kawan surau. Esoknya dapat mesej dari grup wasap dah pergi.

Sakit belakang, sakit pinggang, sakit bahu

Bab mata tak boleh nak buat apa-apa untuk reverse semua keadaan itu. Beli kaca mata rabun dekat saja. Selesai semua masalah walaupun tidak selesa sebagai mana melihat tanpa perlunya kaca mata.

Ada satu lagi masalah muncul bila dah mula masuk era umur 40-an. Sakit tulang belakang, sakit pinggang, sakit bahu dan sakit bermacam-macam tempat yang ada pada keseluruhan badan.

Bukannya sakit ketika muda remaja akibat hentakan atau kecederaan ketika bermain atau sebagainya. Tapi sakit yang datang tiba-tiba ikut suka dia nak datang.

Contoh mudah. Selama ini selamba rock saja angkat beras 10 kilo dari susunan beras di pasaraya untuk dimasukkan dalam troli. Tapi hari tu angkat macam biasa, tiba-tiba krekkk!.

Terus kiat!

Ramai yang sangkakan puncanya adalah sebab angkat beras 10 kilo tu.

Tapi fikir semula. Bukannya tak pernah angkat. Malah yang lebih berat dari itupun selamba saja dok angkat. Itu bukan masalah sebenar. Bukan sebab angkat. 

Memang masalah itu dok perhati sekian lama. Tunggu nak keluar saja. Dan masa itu dia putuskan untuk keluar.

Begitulah masalah sakit belakang, sakit pinggang dan sakit bahu atau yang seumpamanya sering berlaku bila dan masuk 40-an.

Makin lanjut usia itu naik, makin menjadi-jadi. Cangkul rumput sikit kat belakang rumah dan sengal habis segala urat dan lengan serta pinggang belakang. Sakit tu melekat lama pulak tak hilang-hilang. Puas sapu minyak panas atau tuam. Masih ada lagi.

Yang saya tulis di atas, itulah yang berlaku pada saya. Tentu anda juga alami perkara sama.

Kesan gaya hidup zaman moden.

Apa yang terjadi pada tubuh badan adalah kesan akibat dari gaya hidup zaman moden yang tidak sesuai untuk kejadian tubuh badan manusia.

Paling ketara adalah dalam bab bergerak.

Manusia sepatutnya melakukan banyak pergerakan. Memang itupun keadaan tubuh badan dengan segala otot sendi dan tulang yang ada dijadikan Tuhan.

Tapi malangnya manusia moden, majoriti besar darinya lebih banyak tak bergerak dari bergerak. Maka banyaklah fungsi yang dijadikan pada tubuh badan tidak digunakan.

Apa saja barang, jika dibiarkan tak guna, akan menemui kerosakkan hasil dari kikisan masa yang berlalu. Tambah pulak benda hidup.

Benda hidup sangat ajaib. Makin banyak digunakan, makin kuat, makin mantap, makin lasak. Bila tak guna, dia mengecil, menjadi lemah dan akhirnya pupus.

Bila banyak duduk, otot disesuaikan untuk keadaan duduk itu. lama kelamaan, ada otot yang lebih kuat terbina dan ada otot yang makin lama makin lemah. Keadaan itu membuatkan kedudukan tulang pulak akan berubah. 

Lama kelamaan, ia merebak sehingga kepada organ dalaman.

Itulah maklumat yang saya dapat hasil dari pembacaan. Terpaksa cari dan baca sebab nak cuba faham apa yang berlaku.

Tiada solusi segera

Dah lama saya cuba cari jalan mudah untuk selesaikan masalah. Setiap kali berlaku kesakitan samada pada pinggang, belakang atau bahu, terus nak ubati masalah itu dengan kadar segera.

Pergi jumpa doktor, dia bagi pain killer saja. Memang selesai masalah terus. Tapi anda sendiri tahu itu bukanlah cara terbaik hindari kejadian dari berulang. Malah lebih banyak kesan buruknya dari baik.

Saya juga pergi jumpa kiropraktik. Banyak sudah tempat saya pergi. Mereka buat perkara yang sama saja berulang-ulang. Kemudian dengan peralatan lengkap yang ada, mereka legakan keadaan otot yang sakit tu.

Sekejap saja, mungkin sehari dua, semuanya rasa macam ok semula.

Jika ada aksi regangan dan senaman lain yang perlu dibuat, akan dibuat ketika jumpa pakar kiropraktik tu saja. Balik rumah dah tak buat. Walaupun dipesan untuk terus lakukannya. Tapi tetap dihentikan saja. Sakit dah tiada. Nak buat apa lagi.

Kita boleh umpamakan situasi di mana saya tak ada duit dalam akaun bank. Habis, elek dibelanjakan tiada lagi baki.

Bila berjumpa kawan, ceritakan masalah. Dia keluarkan telefon untuk transfer RM200 ke akaun saya yang elek tu.

Memang selesai masalah terus.

Tapi apa jaminan perkara itu tak akan berulang?

Tentu tak ada.

Sebab punca utama nya bukan masalah duit tak ada dalam bank. Tapi amalan hidup dan cara cari duit serta berbelanja yang perlu dilihat. Kalau nak selesaikan masalah jangka panjang, itulah yang lebih mujarab.

Sama saja macam masalah sakit belakang, sakit pinggang dan sakit bahu serta semua sakit tubuh badan yang lain.

Perlu diselesaikan secara keseluruhan, betulkan amalan dan gaya hidup. Itu saja cara terbaik jika anda mahu atasi semua masalah sakit itu.

Berita baiknya, perkara itu memang boleh sangat dilakukan oleh semua orang yang normal tak ada masalah kesihatan yang perlukan bantuan doktor dan pakar. Jika anda tak ada masalah kronik, boleh lakukan sendiri saja.

Buat latihan, senaman dan regangan untuk kembalikan keadaan otot, sendi, dan semua tulang ke kedudukannya yang betul. Masalah akan hilang dan tiada berulang.

Untuk buat itu, anda hanya perlu amalkan senaman secara rutin setiap hari dalam 10 ke 20 minit sahaja untuk tempat-tempat yang penting.

Apa senamannya?

Ada banyak buku dalam pasaran. Beli dan baca serta amalkan secara konsisten.

Percayalah, jika anda yakin, terus buat, baru anda perasan bahawa tahap kesegaran makin lama makin baik dan kesakitan makin lama makin terkawal.

Ada satu buku yang saya jumpa sangat baik dari segi penerangan dan latihan yang ringkas dan sangat berkesan bertajuk 'End Everyday Pain for 50+'.

Dalam buku tersebut, dikongsikan semua latihan yang anda perlu amal dalam 10 minit saja sehari. Latihan mudah itu akan bantu anda dapatkan hasil jangka panjang yang hebat, mujarab dan ajaib.

Cari, baca dan sila amalkan ..

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sakit belakang, sakit pinggang, sakit bahu, cara terbaik atasinya

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Alhamdulillah, saya ni dah nak masuk 5 siri tahun ni, tapi sakit pinggang atau seperti yang dinyata diatas masih tak ada lagi, kunci dia senaman dan diet, senaman yang paling bagus nak masuk 5 siri ni, senaman angkat berat ini yg terbaik, saya hanya senaman brisk walking 2 3 seminggu 7 - 10kilo,dan 2 hari lagi saya senaman cardio gunakan berat badan, Garmin watch yang saya guna untuk senaman nyatakan umur 50 tapi fitness age 41, lagi satu stress kena jaga ini pun akan ada kesan pada body kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! terbaik amalan tu. Moga terus kekal begitu ..

      Delete
  2. Baiklah. Saya cuba ikut bab bersenam tu. Dah mula sakit pinggang ni. Terima kasih

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !