Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, August 18, 2022

Budaya buat kerja yang rosak lagi merosakkan dalam masyarakat kita - Budaya penduduk neraka

  Mohd Shubhi       Thursday, August 18, 2022


Ada satu panduan mudah yang saya sampaikan kepada semua anak-anak apabila mereka mula bersekolah.

Untuk ambil manfaat dari masa yang dihabiskan selama bersekolah dari darjah satu ke tingkatan 5, mereka ada 2 pilihan utama.

Samada ..

  • Cemerlang dalam Akademik, atau
  • Cemerlang dalam sukan / kokurikulum

Salah satu wajib dipilih. Tiada kompromi!

Jika malas belajar, rasa susah nak masuk kepala, jangan paksa diri. Asalkan tahu membaca, menulis dan mengira, saya anggap matlamat persekolahan dah tercapai. Tapi tumpuan perlu beralih kepada aktiviti sukan dan kokurikulum. Wajib aktif di situ.

Idea tu saya copy dari apa yang diamalkan oleh Gurubesar Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (HSBC) satu masa dahulu, sebagaimana yang diceritakan oleh abang-abang senior di zaman itu.

HSBC sangat cemerlang dalam arena sukan ketika itu. Pelajaran juga tak kalah. Pasukan Bolasepak dan Pasukan Ragbi mereka bukan calang-calang pasukan. Habis piala mereka sapu. Sekolah Sains Bukit Mertajam pun tak leh lawan mereka.

Gurubesar masa tu Naidu akan terima hanya 2 perkara saja. Samada cemerlang dalam sukan, atau cemerlang dalam akademik.

Bila keputusan peperiksaan di rekodkan, setiap pelajar terpaksa berjumpa dengan dia seorang demi seorang. Satu merah sama dengan satu rotan pada tangan.

Jika buku rekod penuh dengan warna merah, tapi pelajar handal dalam sukan, dia tak akan kenakan apa-apa hukuman. Gurubesar yakin sangat yang pelajar itu akan jadi orang berguna juga bila dewasa nanti.

Dan ternyata apa yang beliau percaya itu benar-benar berlaku pada bekas pelajar senior di sekolah tersebut. Ramai orang hebat-hebat berjaya dilahirkan oleh Naidu ketika dia jadi Gurubesar.

Masa rehat, jika pelajar main sukan, dia akan ronda pergi tengok. Dia tak kisah, malah digalakkannya lagi. Ada pelajar yang dia lihat main sepak takraw dengan kasut yang koyak rabak.

Di panggilnya untuk tanya kenapa pakai kasut macam tu. Pelajar beritahu keluarga miskin tak ada duit nak beli. Koyakpun sebab dia suka main takraw setiap kali rehat.

Keesokkannya, Naidu datang bersama dengan sepasang kasut baru. Diberikannya kepada pelajar itu suruh pakai dan pergi sambung main.

Itu principal tahap dewa!

Dari situlah saya dapat idea untuk diguna pakai kepada anak-anak sendiri. Sebab risau tengok mereka tak berapa cemerlang dalam pelajaran. Ibu mereka pula suka halang anak-anak aktif berkawan, bersukan dan ber kokurikulum.

Jadi saya mula pesan kepada setiap orang. Tak pandai akademik tak apa, asalkan kuat sukan kuat berkawan dalam aktiviti kokurikulum. 

Apa lagi, seronoklah mereka terutamanya anak-anak jantan. Pantang ada apa saja sukan dan aktiviti koko, mereka nak masuk. Ada yang fokus pada acara balapan dan ada yang suka pada acara berpasukan. Mereka aktif sampai di luar waktu sekolah. Pagi petang main bola kalau cuti.

Yang menariknya, semenjak mereka aktif dengan kesemua aktiviti tersebut, secara tiba-tiba prestasi pelajaran juga turut sama naik. Sudah tak merisaukan lagi. Lega rasanya bila tengok semua jadi macam tu.

Pilih kroni masuk pasukan

Panjang mukaddimah saya kat atas tu.

Sebenarnya nak ceritakan pasal bab kroni pilih ahli pasukan. Tapi kena mulakan dengan cerita di atas tu untuk faham duduk perkara yang mahu disampaikan.

Anak yang pertama dan kedua dan selamat masuk pusat pengajian tinggi. Buat jurusan yang mereka minat. Selesai bab depa.

Anak yang ke-3 dan ke-4 masih di sekolah menengah. Masih lagi teruskan saranan saya supaya aktif sukan, berkawan dan koko. Macam abang mereka, pantang ada pemilihan untuk mewakili pasukan sekolah, bersungguh-sungguh mereka nak masuk.

Saya cerita kes anak lelaki yang ke-4 dulu.

Dia memang minat sukan lari, khasnya jarak jauh. Selalu ada dalam top 5 kalau masuk marathon atau merentas desa.

Dia pulun rentas desa sekolah dan menang. Terpilih masuk lawan antara sekolah pulak. Punya lah seronok. Saya berikan galakan dan tumpang seronok untuknya.

Pertandingan dibuat di Taman Botani Shah Alam dan hari berlansungnya larian rentas desa itu dia dah terpacak siap sejak pukul 6 pagi lagi. Memang bab bersedia awal anak saya yang itu paling cemerlang.

Ibunya hantar ke sekolah dan hanya tunggu kemas kita dalam grup wasap sekolah. Sunyi saja ..

Malam tu ketika makan satu keluarga, dia ceritakan kisah malang pergi nak bertanding tapi sia-sia saja sebab cikgu tak buat pendaftaran dengan betul. Jadi semua mereka pergi nga-nga dan kecewa.

Kesian anak saya. Nampak muka frust dia tak dapat lari dan cuba yang terbaik untuk menang.

Saya tak pasti samada dia boleh menang atau tidak. Tapi bayangkan jika dia benar-benar bagus. Sia-sia saja bakatnya tak dapat sesiapa kesan di peringkat antara sekolah. 

Ada yang tak kena dengan cara kerja dan pengurusan pertandingan antara sekolah itu. Samada salah cikgu yang bertanggung jawab, atau salah pihak penganjur yang tidak permudahkan dan pastikan semua lancar.

Punah budaya kerja kita!

Cerita anak ke-3 pulak.

Dia pulun nak main bola. Pergi berlatih, tapi tak ada pemantauan dan bukan secara sistematikpun. Pergi pemilihan dan tunggu, tiba-tiba dapat maklumat batal sebab padang orang guna.

Apa punya pengurusan sehingga ke tahap itu?

Ini bukan geng main guli kampung. Sekolah Kebangsaan tu! bawah Kementerian Pendidikan!

Kemudian tiba hari pemilihan dan dia pergi dengan perasaan teruja. Tapi tak terpilih pun. 

Malam tu masa makan, saya korek pengalaman tak terpilih. Dia dengan sedih cerita yang buat pemilihan bukannya cikgu. Budak sekolah juga, bekas pelajar. Budak sekitar situ juga. Jadi dah tentu semua yang dipilih adalah kawan-kawannya sahaja.

Yang lain hanya tumpang ramaikan majlis. Sedih air muka anak saya tu. Tiada kesungguhan nampaknya dalam membuat pemilihan team sekolah.

Benda tak penting. Itu yang dapat saya katakan pada anak saya tu. Tak penting bagi cikgu dan seluruh sekolah termasuklah kepada gurubesar sekolah. Sebab itu buat kerja sekadar lepaskan batuk di tangga.

Dan budaya kerja itu melarat ke segenap masyarakat naik dari bawah ke atas di mana saja.

Saya mulanya tak ambil pot sangat bab kroni tu. Mungkin anak saya bukanlah pemain sukan handal pun. Semangat saja tinggi.

Tapi bila tengok ada lagi ibubapa lain, di sekolah lain di negara kita yang tak puas hati share di media sosial, baru tersedar yang memang itulah amalan di sekolah lain juga.

Harga tak munasabah buat kerja

Dalam dunia perniagaan juga tak lepas dengan masalah budaya kerja yang rosak tidak pentingkan kualiti kerja dan kesungguhan buat yang terbaik.

Contoh mudah adalah bila masuk sebut harga.

Disebabkan dah lama dalam industri pest control saya boleh tahu kos kerja dalam kebanyakan tempat. Tak perlu nak gebang sangat dengan pengalaman lebih dari 20 tahun dan pernah jadi presiden persatuan pest control Malaysia dan ajk pun.

Bayangkan satu-satu kerja yang sepatutnya kos adalah dalam lingkungan RM seribu. Tapi akhirnya diberikan kepada syarikat yang tawarkan harga gila tak sampai RM200.

Lansung tak logik dengan skop kerja. Tapi komitee bagi juga tanpa fikir panjang. Asalkan buat saja. Tanpa fikirkan keberkesanan dan kerja sia-sia buang duit begitu mereka tak kisah.

Syarikat yang dapat dah tentu 100% akan mengular dan tak tunaikan apa yang sepatutnya dalam menyelesaikan masalah pest. Samada jangka pendek apatah lagi jangka panjang. Tapi apa nak kisah. Tak ada siapa nak kerja elok-elok. Cukup bulan dapat gaji juga.

Ternyata hampir semua kerja adalah wayang sahaja. Tiada minat, tiada penerapan budaya kualiti dan penambah baikan.

Berlaku di segenap lapisan masyarakat, segenap industri .. kehancuran yang sudah pasti akan melanda negara kita ke tahap yang sangat hina jika semua ini tidak difikirkan oleh para pemimpin kita.

Semua budaya menuju kehancuran yang saya sebut itu adalah budaya bakal penduduk neraka. Jangan rasa selamat sangat mentang-mentang dah mengucap 2 kalimah syahadah akan masuk syurga juga sekalipun hidup di dunia rosak dan merosakkan.

Burung kakak tuapun boleh mengucap.

Takut sama tak faham manusia yang mengucapkannya sebijik seperti tak fahamnya burung kakat tua tu.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Budaya buat kerja yang rosak lagi merosakkan dalam masyarakat kita - Budaya penduduk neraka

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !