Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 1, 2022

Betul kah merokok tu bahaya sangat kepada manusia?

  Mohd Shubhi       Thursday, September 1, 2022


Sama seperti hampir kesemua maklumat yang selama ini disuap kepada kita, yang terus diambil pakai tanpa sedikitpun rasa ragu-ragu, begitulah juga maklumat tentang merokok.

Tiada kesangsian lansung terhadap segala fakta yang dihidangkan kepada kita tentang bahayanya amalan merokok.

Tapi betulkah begitu?

Mampu kah kita mencabar semua kepercayaan itu beserta hujah yang lebih meyakinkan. 

Ada siapa yang rajin luangkan masa dalam hidupnya untuk membuat cerapan maklumat bagi mengumpulkan segala data yang diperlukan buat mencabar segala dakyah yang diterima pakai selama ini?

Jawabnya dah tentu tak ada.

Macam bab ilmu kosmologi juga. Apa saja teori berkenaan alam semesta, sehingga kejadian dan keadaan bumi dan segala planet yang ada, kita terima bulat-bulat saja dari NASA.

Siapa mampu cabar NASA?

Paling ketara, siapa yang dapat buat kapal angkasa untuk terjah keluar dari ruang udara bumi dan melihat keadaan sebenar planet bumi ini?

Segala pelajaran, pengiraan, teori, undang-undang fizik, kimia, dan segala yang berkaitan dengannya, dihidangkan kepada semua manusia dan terus diterima pakai. 

Siapa yang mampu mencabarnya?

Katakanlah, NASA tu sebenarnya satu organisasi yang kerjanya sebijik macam scammer. Fokus utama adalah untuk belasah duit , bermewah dan berfoya buat apa saja yang terlintas dalam kepala.

Dana diberikan oleh kerajaan Amerika, ambil duit dari rakyatnya juga. Dana juga mereka belasah dari sumbangan syarikat besar dunia yang kaya raya. Semua itu cukup untuk mereka susun semua cerdik pandai buat mencipta apa saja teori yang nampak sangat meyakinkan kepada seluruh manusia.

Siapa mampu mencabarnya?

Itu semua hanya mukadimah untuk memberikan idea kepada anda yang sudi baca artikel ini bahawa manusia marhaen seperti anda dan saya berada dalam keadaan yang sangat lemah. 

Kita bergantung hampir 100% kepada para penguasa, pihak atasan, lokal atau antarabangsa, yang jumlahnya beberapa kerat saja. Jadi binatang peliharaan yang ikut saja kiri kanan ke mana saja dibawa.

Tak ada sesiapa yang dapat kita ambil percaya segala kata-kata mereka secara asasnya. Kesemuanya meragukan. Sebab susah untuk dibuktikan samada benar atau salah.

Tapi masih ada satu lagi sumber yang menjadi satu-satunya maklumat yang boleh kita pegang. Al-Quran adalah sumber yang datang terus dari Tuhan. Dia sendiri memberi jaminan bahawa semua manusia mampu memahaminya dan tak ada sesiapa yang dapat merosakkan apa yang ada di dalamnya.

Tapi satu-satunya sumber yang ada itu pulak, kita outsource kepada semua para ustaz alim ulama tanpa sedikitpun ada kesangsian. 

Sama macam kesemua perkara lain di atas tadi. Apa yang mereka beritahu, itulah yang kita percaya sepenuhnya tanpa ragu. Malah tak ada siapa yang berani cabar. Gila nak cabar fatwa mufti .. !

Apa yang dia kata semua dianggap betul.

Akhir sekali, kita hanyut jadi pak turut dari awal dilahrkan sampai mati dimandi, kafan dan dikebumikan. Tak ada satupun benda yang kita buat keputusan berdasarkan usaha mengkaji dan mendalaminya sampai yakin. Semua outsource.

Rokok penyebab kanser

Balik semula kepada fakta merokok itu bahaya untuk manusia. Jom lihat fakta kanser dulu. Sebab itulah yang ditampal pada semua kotak rokok.

Kalau buka statistik perokok yang kena barah, anda mungkin akan terkejut skit. Ia berbeza dari apa yang kita faham selama ini.

Dalam majalah sains yang saya baca, dia tulis, kemungkinan untuk kondom pecah adalah jauh lebih tinggi daripada kemungkinan untuk anda kena barah sebab merokok.

Datanya adalah kurang dari 10% perokok yang hisap dari muda sampai tua dan mati akan terkena kanser paru-paru. Jauh lebih rendah lagi untuk kanser mulut, kerongkong, hati atau apa saja lah!.

Mati sebab merokok

Adakah semua yang merokok akan mati sebab mereka merokok tu?

Jawapannya, memang ada ramai yang mati disebabkan perangai merokok tu. Yang menggalakkan kejadian masalah jantung. Arteri jadi keras sikit dan mudah tersumbat dan seumpamanya.

Itu memang betul.

Tapi dalam semua keadaan itu, data menunjukkan lebih kurang 50% dari mereka yang merokok akan mati disebabkan penyakit berkaitan amalan merokok tu juga.

Dan separuh dari mereka yang mati tu pergi awal sebelum masuk umur 50 tahun.

Data dari kajian terhadap kesihatan jururawat pula mendapati 64% dari nurse yang merokok mati akibat dari penyakit yang berkaitan amalan merokok. Tinggi la juga tu.

Apa yang boleh dirumuskan dalam bab merokok ni adalah, lebih kurang separuh dari mereka yang kaki merokok, masih panjang usianya hidup sampai tua sebelum mati.

Tapi biasalah ada kesan gigi kuning, nafas berbau, hilang sikit deria rasa dan lain-lain lagi kesan sampingan akibat merokok.

Cuma bab kena kanser tu yang tak berapa tepat. Itu yang lebih kuat digunakan untuk menggertak perokok sedangkan masalah utama adalah bab masalah kesihatan jantung tu.

Walau macam manapun, jika anda tak merokok, dalam masa yang sama tak banyak bergerak, kurang bersenam, kesan masalah kesihatannya lebih teruk dari merokok.

Mati awal macam tu juga.

Tapi masih tetap orang dok kalut dengan isu merokok tu juga. Kenapa? tak tau lah!


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Betul kah merokok tu bahaya sangat kepada manusia?

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Assalamualaikum, secara jujurnya saya berkongsi pengalaman, orang yang paling rapat dalam hidup saya, semasa hidupnya telah mula hisap rokok bila umur dalam lingkungan 30 tahun ke atas...

    Tahap kronik beliau hisap rokok saya perhatikan boleh menghabiskan 3 kotak x 20 batang dalam 24 jam. Ini pengamatan saya dikala masa kami balik bercuti raya atau cuti cuti biasa. Selalunya bila kita balik kampung jumpa orang yang kita sayang pastinya kurang tidur dan banyak bercerita/bersembang. Setiap anak-anak yang balik sama akan beli rokok dalam beberapa bungkus atau kartun untuk bekalan dan "mengembirakan" beliau, hendak buat macam mana itulah kesukaan dia...

    Sehingga suatu masa lebih kurang dia berumur hampir ke 80 tahun dengan sendirinya beliau tidak mahu merokok lagi melainkan ambil sebatang, dua dari kami dan tidak lagi mahu kami beli rokok kepada dia.

    Dia meninggal dunia kerana sakit tua dalam umur 84 tahun lebih, Allah maha berkuasa sepanjang hayatnya dengan tabiat merokoknya begitu kronik, tidak pernah sekali pun beliau dimasukkan hospital... serta tiada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan lain-lain, dia pulang ke rahmahtullah kerana sakit tua... Alhamdulillah... Al Fatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian tu. Arwah masuk dalam kumpulan 50% dari mereka yang hisap rokok tanpa ada masalah seperti yg sensasikan dengan hebat melebihi bahaya mati kemalangan atas jalanraya .. itu yg sepatutnya diberikan perhatian jauh lebih besar untuk kurangkan kematian dan kecacatan manusia ..

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !