Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, August 3, 2022

ServerFreak - Tempat terbaik untuk beli domain nama website yang anda nak buat di Malaysia

  Mohd Shubhi       Wednesday, August 3, 2022


Sebelum saya tulis apa yang nak ditulis, sila ambil maklum yang saya ni bukannya pandai pasal website, domain, hosting dan lain-lain terma yang seumpama dengannya. Memang buta IT.

Malah, sampai sekarang masih lagi keliru apa dia domain, apa dia website dan apa dia hosting. 

Hari ni baru sedar tentang kejahilan tu bila tergerak nak kongsikan tempat terbaik jika nak beli domain buat website anda dalam artikel ini.

Terfikir domain tu apa dia. Adakah domain tu bermaksud nama website?

Maka taip lah saya bertanyakan Google, 'apa itu domain?'.

Saya cuba kongsikan sikit apa yang saya belajar hari ni pasal domain tu. Tapi sebelum itu ..

Kenapa saya sebut awal-awal pasal kejahilan saya terhadap bab IT?

Ya! itulah sebab utamanya saya nak rekemen ServerFreak ni.

Saya yakin ramai yang sama jahil macam saya dalam bab IT dan segala yang berkaitan dengannya.

Kalau anda memang sangat mahir dalam bab IT, saya sarankan untuk tak payah teruskan baca artikel ni. Nanti takut tergelak atau rasa bosan pulak. 

Tapi kalau nak teruskan juga membaca, sudilah kiranya tegur seandainya berlaku kenyataan salah atau tersebar ilmu sesat dalam proses saya berkongsikan pengalaman saya di artikel ini.

KIta sambung bab apa dia domain yang saya nak cerita sikit apa ke bendanya.

Apa maksud 'Nama Domain'

Secara mudahnya, nama domain adalah nama website yang anda nak buat tu. Tak kisah apa tujuan website tu. Samada nak buat blog, nak buat portal jualan online, nak buat website syarikat atau apa saja yang memerlukan nama website.

Dunia internet tu seumpama satu alam luas yang berada di dalam satu alam lain yang bukan alam maya fizikal di mana kita duduk sekarang. Bukan atas muka bumi lah maksudnya.

Anda pun tahu ada bermacam-macam dalam dunia internet tu. Paling mudah yang semua orang tahu adalah website.

Website tu umpama satu lokasi kat dalam dunia internet.

Jadi bila anda nak pergi ke mana-mana website yang ada dalam internet tu, kenalah tahu alamatnya.

Kalau kita ambil contoh cara alamat kedai makan guna waze. Semua bacaan untuk kenal pasti lokasi kedai makan tu bermula dari kenal pasti kedudukannya di GPS. Perlu ada titik koordinat.

Tahu apa titik koordinat, maka dapatlah cari lokasinya sama nak pakai Google Map atau nak pakai Waze atau apa saja peralatan elektronik GPS.

Kita patah balik ke dunia internet pulak ..

Sama macam titik koordinate kat GPS tadi, lokasi website yang ada dalam dunia internet juga ada titik koordinatenya. Tapi kita tak panggil koordinate. Sebaliknya kita panggil IP.

Ia sebenarnya hanyalah satu set nombor. Anda tentu pernah terserempak nombor tu. Biasanya nombor tu macam contoh kat bawah ni.

216.23.24.126

Pernah nampak nombor macam tu kan?

Haaa! macam tulah nombor IP.

Ok. Cuba bayangkan kalau anda terpaksa hafal segala nombor jenis begitu untuk pergi mana-mana website yang anda cara.

Sama juga jika anda terpaksa hafal nombor koordinate jika nak pergi Pejabat E PestControl, syarikat pakar anai-anai di Shah Alam. 

Tentulah amat membebankan jika terpaksa hafal nombor. Banyak tu!

Maka di sinilah 'nama domain' masuk memainkan peranannya. Satu struktur dibuat yang dipanggil DNS ( Domain Name System). DNS ni kerjanya adalah untuk terjemahkan segala nombor tu kepada nama yang mudah untuk anda ingat.

Nama mudah ingat itulah yang kita panggil 'Nama Domain'.

Ringkasnya, nama domain adalah alamat website anda tu. Contohnya seperti google.com, jasduit.com, hidupringkas.com dan macam-macam lagi. Dah nampak kan!

Apa berlaku bila anda taip nama domain pada pelayar internet?

Sebaik saja nda taip dan tekan masuuuuuk, maklumat itu akan dihantar masuk ke server DNS untuk diterjemahkan kepada nombor IP. Kenal pasti, ambil semua data kat situ dan hantar balik kesemuany pada pelayar tersebut. Dan anda dah boleh lihat apa yang ada di website itu.

Semua proses itu berlaku sepantas kilat. Mungkin tak sama laju macam cahaya, tapi memang pantaslah. Bergantung kepada infrastruktur dan peralatan yang anda pakai.

Bagi yang buta IT, benda kat atas tupun dah agak pening. Apatah lagi jika tak pernah main buat website atau buat blog. Saya kebetulan dah ada blog dan website untuk tujuan berniaga, maka secara tak sengaja, dapatlah juga faham sebab memang dah terpaksa fahamkan juga.

Apa dia Hosting

Hosting tu benda apa pula?

Tentu ada yang tanya soalan tu. Saya bagi tahu secara ringkas saja. 

Bila anda dah ada idea nak bagi nama pada website idaman anda tadi, boleh terus beli dan booking nama tu dulu. Website tak ada lagi tak ada masalah.

Dalam keadaan itu, bila anda taip nama domain tu; contohnya anda beli satu domain bernama sekentoi.com, memang tak akan jumpa la website sekentoi tu sebab tak bina lagi.

Kenap bina terlebih dahulu sekentoi.com tu baru boleh isi segala mak nenek kat dalam tu. Maka disinilah peranan hosting. Ia merupakan tapak untuk anda bina website. Bila dah terbina website kat hosting tu, barulah boleh online. Barulah cari dan jumpa boleh masuk untuk lihat apa ada daam website tu.

Harap penerangan mudah dan agak bodo saya kat atas tu mencerahkan dan menambahkan sedikit pengetahuan anda terhadap apa makna domain dan apa dia hosting.

Kat mana nak beli domain & hosting

Ada banyak tempat yang anda boleh dapatkan domain dan hosting. Saya rasa yang selalu lalu depan skrin komputer saya bila buat carian adalah GoDaddy. Tentu anda pun pernah dengar nama tu kan.

Tawaran harganya lebih kurang sama saja semua pendaftar domain tu. Ada lagi yang sering dengar namanya seperti NameCheap, domain.com, Google Domains, dan lain-lain.

Tapi semua tu luar negara punya.

Saya hanya cadangkan bagi anda yang nak beli domain dan hosting bagi website tu pakai saja ServerFreak.

Itu syarikat yang base kat negara kita. Dia orang ada server sendiri dan paling saya puji adalah cara mereka memberikan respon terhadap segala tiket masalah yang dikemukakan.

Tanyalah apa saja berkenaan masalah yang anda hadapi pada website anda bila guna khidmat mereka. Respon pantas, tak kira masa. Siang atau malam akan respon sehingga masalah anda selesai. Tahap dewa punya servis.

Bayangkan orang yang buta IT, sangat cetek ilmu tak tahu apa yang berlaku, bila berhadapan dengan masalah. Kalau tak ada orang bantu, memang sangat buntu. Setakat mana nak korek dan cuba faham dengan google maklumat! Memang tak boleh pun.

Setiap kali saya ada masalah, apa yang saya perlu buat masuk ke serverfreak punya portal dan login dan kemukakan masalahnya. Tak lama kemudian, email akan masuk dan masalah anda mula diteliti.

Sekali lagi, saya rekemen, bagi yang tak berapa pandai bab teknikal pasal website, domain, hosting dan seumpamanya, gunakan khidmat ServerFreak.

Sekian wasalam ..

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, ServerFreak - Tempat terbaik untuk beli domain nama website yang anda nak buat di Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !