Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, September 26, 2022

4 warna yang menarik perhatian nyamuk untuk masuk ke dalam rumah anda

  Mohd Shubhi       Monday, September 26, 2022


Tahukah anda bahawa ada beberapa warna yang nyamuk sangat suka?

Warna-warna tersebut, lebih menarik untuk membawa nyamuk masuk ke dalam rumah anda jika ia digunakan sebagai warna atau cat rumah.

Samalah juga untuk warna pakaian yang anda pakai. Ada warna-warna tertentu yang lebih menarik untuk membawa nyamuk datang kepada tubuh badan anda.

Rasanya anda tentu perasan beza kekerapan kena gigit nyamuk apabila anda kenakan warna pakaian yang berbeza.

Nyamuk sepanjang tahun

Negara kita tak ada 4 musim seperti di Eropah sana. Tak ada musim sejuk dan musim panas pada waktu yang berbeza.

Di negara yang ada 4 musim, nyamuk hampir tak ada apabila menjelangnya musim sejuk. Musim panas baru ada banyak nyamuk.

Tapi di malaysia, sepanjang tahun ada panas dan lembab saja. Diselang seli dengan musim hujan dan musim kering.

Maknanya, sepanjang tahun akan ada saja nyamuk di negara kita. Jika musim hujan, akan ada lebih banyak nyamuk sebab terdapat banyak air bertakung untuk projek pembiakan nyamuk.

Tapi jika anda duduk sebelah hutan atau belukar. Ada sungai, tasik atau longkang yang sentiasa ada air. Samada musim panas atau hujan, ada saja nyamuk menerpa masuk ke dalam rumah bila matahari mula jatuh.

Jika dah tahu negara kita sentiasa banyak nyamuk, maka sangat bijak untuk tahu warna apa yang sesuai untuk digunakan bila nak cat rumah.

Anda boleh ambil panduan warna yang saya nyamuk suka ini untuk pastikan warna-warna tersebut dielakkan untuk dijadikan sebagai warna pilihan.

Jika perlukan khidmat fogging (Kawalan Nyamuk) dan larvaciding (Kawalan Jentik-Jentik) untuk premis anda, hubungi Easelife Services Sdn Bhd, syarikat Pest Control berlesen dan berpengalaman dalam industri sejak 1998. Call Puan Siti 012-206 7357

Warna nyamuk suka

Sebelum kita lihat warna apa yang nyamuk suka, elok terlebih dulu anda tahu bahawa penglihatan nyamuk tak sama macam mata manusia. Kita dapat tengok bentuk dan warna dengan amat jelas dan terang.

Tapi nyamuk hanya ada gambaran blur saja terhadap warna dan bentuk.

Oleh itu, nyamuk lebih bergantung kepada faktor lain dalam pergerakan mereka. Faktor tersebut antaranya adalah CO2, haba, pergerakan dan bau. Dari situ datangnya kenapa ada warna yang nyamuk suka dan ada yang mereka tak suka.

Ok. Cukup goreng mukadimah. KIta terus ke warna yang nyamuk tak gemar.

1. Hitam

Memang agak pelik jika rumah atau kedai di warnakan dengan warna hitam. Tapi pelik ke tidak, zaman kemunculan kedai hypes ni, ada saja yang pilih warna hitam sebagai warna kedai mereka.

Rumah juga ada yang pilih warna hitam. Terutamanya bahagian dalaman rumah. Nak nampak cool santai dan ada kelainan.

Malangnya, warna hitam juga merupakan warna pilihan nyamuk.

Sebabnya mudah saja. Nyamuk akan sentiasa hindari cahaya atau warna cerah. Macam mana mereka tak keluar disiang hari dan mula berterbangan di malam hari, macam itulah juga kegemaran mereka menerpa ke tempat yang berwarna gelap hitam.

Jadi, kalau tak suka nyamuk, hindari gunakan warna hitam sebagai warna pilihan untuk rumah atau pakaian anda di waktu malam.

2. Biru Gelap

Sama seperti warna hitam juga, nyamuk suka sangat warna Biru Gelap atau yang seumpama dengannya.

Kebanyakan warna seluar, lelaki terutamanya suka sangat pakai warna biru gelap ni. Saya juga suka warna ni. Boleh dikatakan hampir kesemua warna seluar saya adalah biru gelap atau hitam

Elok stand by warna lain sama. Warna yang nyamuk tak suka, akan saya senaraikan di akhir artikel ini nanti, khas untuk digunakan jika keluar waktu malam.

Warna rumah juga ada yang suka biru gelap. Ada ruang dalam rumah yang orang cat warna ni. Memang cantik, damai dan redupkan mata. Tapi kalau nyamuk banyak, terutamanya jika duduk di kawasan yang ada banyak tumbuhan hijau dan pokok-pokok, elok tak payahlah kot!

3. Merah

Kajian ada menunjukkan bahawa nyamuk akan terpa ke arah tempat yang berwarna merah apabila di dedahkan bersama kepada bau tertentu atau jika adanya gas CO2.

Bukan sebab warna tu sama dengan warna darah. Mungkin ada sensor haba tertentu yang ada pada nyamuk untuk dapat kenal pasti keadaan sesuatu tempat.

Rasanya tak ada orang yang akan cat warna merah pada rumahnya. Lebih-lebih lagi pada keseluruhan kawasan luar rumah. Biasanya hanya ada bahagian tertentu di sudut rumah yang sesetengah orang suka bermain dengan warna akan menggunakan warna merah.

Bagi yang dah guna warna merah kat dalam rumah tu, boleh cuba perhatikan kewujudan nyamuk dan bandingkan antara sudut rumah yang berbeza warnanya.

4. Orange

Warna orange sama macam dengan warna merah di atas tadi. Gelombang warna ini juga menjadi tarikan untuk nyamuk datang.

Warna orange ni lebih banyak digunakan dalam projek hiasan rumah berbanding merah. Terutamanya hiasan dalaman. Jadi fikir terlebih dahulu kesesuaiannya untuk rumah anda sebelum memilih warna ini.

Kombinasi beberapa faktor

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa daya tarikan nyamuk bukanlah atas sebab satu faktor saja. Ia merupakan kombinasi beberapa faktor lain yang akan menjadi daya tarikan nyamuk.

Kewujudan bau, warna, keadaan suhu da sebagainya memainkan peranannya samada untuk menghalau atau menarik kedatangan nyamuk.

Untuk warna-warna yang nyamuk tak suka pula, anda boleh gunakan warna seperti warna putih, hijau, biru cerah dan ungu cerah. 

Bukan sebab warna tu, tapi lebih kepada jarak gelombang dan haba yang ada pada warna-warna tersebut.

Jika perlukan khidmat Kawalan Nyamuk dan Jentik-Jentik untuk premis anda, hubungi Easelife Services Sdn Bhd, syarikat Pest Control berlesen dan berpengalaman dalam industri sejak 1998. Call Puan Siti 012-206 7357

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 warna yang menarik perhatian nyamuk untuk masuk ke dalam rumah anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !