Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 6, 2022

10 Kedai makan yang saya suka di sekitar Shah Alam, Puchong dan Subang Jaya

  Mohd Shubhi       Thursday, October 6, 2022


Dalam bab makan, setiap orang akan ada citarasanya yang tersendiri. Lidah dan tekak masing-masing tak sama. Biasanya bergantung kepada kebiasaan hidup selama dia membesar untuk membina citarasa itu.

Apa yang saya perasan, citarasa makanan akan lebih kurang sama untuk orang yang berasal dari satu negeri yang sama.

Kalau orang Terengganu, lidah dan tekaknya akan sama saja dengan kawan-kawan lain dari Terengganu juga.

Bagi orang Penang macam saya. Dibesarkan dari kecil sampai habis sekolah di Pulau Pinang, sudah tentu apa yang saya suka, yang boleh masuk melalui mulut dan tekak saya, turut sama akan disukai oleh anda yang juga berasal dari Penang.

Jadi, boleh dikatakan, apa yang saya nak kongsikan ni adalah lebih sesuai untuk orang dari Utara juga. Dan untuk anda yang bukan dari P Pinang, tapi memang menggemari makanan dari Pulau Pinang.

Berikut saya kongsikan 10 kedai makan yang kena dengan citarasa saya dan sering saya pergi samada untuk makan tengahari, malam atau sarapan pagi.

1. Restoran Pelita

Bagi orang Pulau Pinang, terutamanya dari Bukit Mertajam, kalau tak tahu Restoran Pelita ni, agak pelik la.

Saya kenal Pelita ni mulanya di Bukit Mertajam dekat dengan Padang Lalang. Sebelum simpang nak masuk ke jalan Kebun Sireh. Baru ni saya lalu, nampak Restoran Pelita Samudera tu masih ada lagi kat situ.

Kemudian Restoran Pelita yang saya biasa makan di Penang sana dahulu kala adalah di Seberang Jaya dan Taman Nagasari.

Tekak dah selesa dengan makanan Restoran Pelita ni. Nasib baik dia buka cawangan merata tempat. Jadi tak susah untuk saya cari makanan yang boleh masuk tekak di Lembah Kelang ni.

Kalau di Shah Alam, Restoran Pelita ni ada di Plaza Masalam. Salah satu tempat yang agak kerap saya makan tengahari di situ kalau ada nak jumpa kawan. Parkir mudah dan Shah Alam memang tempat yang selesa berbanding tempat lain di Lembah kelang.

Kalau waktu malam pula saya selesa makan di Restoran Pelita di Subang jaya. Tempat tu sentiasa ramai. Tapi disebabkan bangku dan mejanya sangat banyak, maka tak perlu risau untuk dapatkan tempat duduk.

Kalau saya keseorangan, tempat duduk dalam kedai tu jadi pilihan. Sebab memang tak ada orang nak berebut duduk dalam. Ramai yang lebih suka duduk di kawasan open air.

Satu lagi Restoran Pelita yang biasa saya makan adalah di Puchong bersebelahan IOI Mall. Satu lagi ada di Cyberjaya. Walau macam manapun, saya lebih suka Pelita di Subang Jaya dan Shah Alam berbanding yang lain.

2. Restoran Mahbub Bangsar

Ini satu lagi restoran yang masuk tekak saya. 

Mula sekali pekena nasi Briani di Restoran Mahbub ni lama dulu. Dalam tahun 1999 ketika saya baru sampai ke Lembah Kelang. Kawan bawa makan lewat petang dan saya hanya ikut apa yang dia minta.

Sejak itu kalau terasa nak makan nasi briani mamak, saya akan ke sana. Saya bawa anak-anak dan isteri, nampaknya mereka juga turut sama suka. Paling digemari adalah nasi briani bersama dengan ayam madu masak merah.

Tak lengkap makan nasi briani tu jika tak ada acar timun simple yang luar biasa sedap. Buah timun, tak ada benda lain lagi, di gaul bersama sambal cair merah. Saya tak tau sambal apa. Tapi kalau tak ada acar tu, memang tak sah makan birani di sana.

Satu lagi makanan waktu malam yang saya rasa tak ada restoran lain dapat lawan Restoran Mahbub adalah Roti Nun ayam Tandoori.

Roti Nun atau roti tempayan dia memang luar biasa lembut dan sedap. Dah banyak tempat saya cuba roti nun ni, tak bleh tandingi yang restoran mahbub punya.

Dulu roti nun dia agak besar. Kalau saya order dengan anak-anak, sebiji kongsikan denan 2 orang. Tapi sekarang makin lama makin mengecil pulak saiznya.

Satu lagi yang anda perlu ambil perhatian adalah tentang harganya. Agak tinggi kalau anda nak bandingkan dengan kedai nasi kandar di Pulau Pinang. Namun begitu masih mampu bayar. Sekali sekala apa salahnya kan!.

3. Restoran Syed Bistro Puchong

Masih lagi menu kedai mamak. Sabar sat, memang ada menu bukan mamak. Sat gi saya update di bawah. Bagi habis mamak taste dulu.

Paling kerap saya minum kat Kedai Syed Bistro ni. Sarapan bersama anak-anak dan isteri memang selalu sangat terutamanya sebelum meletusnya Covid 19. Sekarang agak jarang. 

Tapi kalau nak jumpa kawan-kawan minum lepak sembang berat, memang kat situlah tempatnya.

Apa makanan yang saya suka di situ?

Kalau sarapan, paling tak lepas adalah Tose Masala. Ini menu utama yang satu-satunya kedai yang saya cari kalau terasa nak makan sarapan berat.

Tose Masalah ni adalah Tose biasa dibungks dalamnya kentang masala. Memang sedap, kenyang dan lega bila dah habiskan satu talam tose masala ni.

Untuk tengahari atau malam tak semua lauk dia saya suka. Untuk nasi putih, saya hanya akan ambil lauk ikan goreng ketul dan masukkan kuah kari bersama bendi atau terung jika ada. Kemudian campur sikit kuah daging kicap dan ambil sayur kubis kuning.

Itu yang paling masuk ke dalam tekak saya. Kalau ikan ketul masak kari tu pun ok juga. Tapi saya jauh lebih suka ikan tenggiri goreng tadi.

Nasi Briani Bukhara one and the only Syed Bistro memang dah ramai tahu rasanya. Saya suka juga dan anak-anak pun suka. Tapi tidak sesuka nasi Briani Restoran Mahbub di atas tadi.

Acar buah Briani Syed adalah acar macam kebiasaan dalam hidangan nasi kenduri. Berbagai buah jeruk digaul pekat manis. Rindu nak makan acar kenduri, boleh pi makan nasi briani biasa atau bukhara Restoran Syed Bistro ni.

Syed Bistro ada di merata tempat juga seperti di Shah Alam yang kali pertama saya kenal tentang syed bistro tu di sinilah. Kemudian ada satu lagi di Subang Jaya. Tapi saya paling selesa yang di Puchong.

Untuk sarapan, ada satu lagi menu yang saya suka kalau malas nak makan tose. Saya akan order Idli. Sejenis makanan nampak macam rupa serabai tapi bahannya adalah sama dengan bahan buat tose juga. Bezanya dia di kukus. Ini pun makanan lazat dan sangat mengenyangkan buat saya.

4. Nasi Ayam Pak Mal

Yang duduk Shah Alam tentu kenal Nasi Ayam Pak Mal ni. Saya kenalpun masa mengaji di ITM dulu kawan bawa. Sejak tu terus melekat. Menu makanan bajet bagi saya.

Sekarang bukan lagi menu bajet buat saya, tapi menu tak tau nak makan apa.

Ada masa tekak ni rasa macam malas nak makan. Apapun tak boleh nak masuk mungkin dah jemu atau takleh nak fikir nak makan apa yang sedap.

Kalau jadi begitu, paling mudah saya akan ke gerai makan nasi ayam Pak Mal ni di Shah Alam seksyen 11. Ada banyak gerai kat situ da salah satunya adalah kedai nasi ayam pak mal ni.

Kalau ramai orang kat situ, majoritinya pi makan nasi ayam dia. Kedai yang lain tumpang jual air minum di kiri dan kanan kedai tu.

Apa yang best nasi ayam pak mal kat situ adalah, sebaik saj anda sampai dan berjaya dapatkan tempat duduk, terus ada pembantunya datang dan tanya berapa pinggan nasi ayam nak.

Kalau nak 5 nasi ayam, dia akan terus pergi dan tak lama kemudian datanglah nasi ayam yang anda kinta. Pantas sungguh dan tidak mengecewakan jika anda dah rasa lapar.

Nasi ayamnya simple saja. Tapi memang sangat masuk tekak saya setiap kalai tak tau nak makan apa di waktu tengahari.

Ada satu lagi nasi ayam pak mal dalam bentuk restoran di seksyen 10 tak jauh dari gerai makan tadi. Saya tak pasti samada masih restoran pak mal atau dah bertukar nama. Baru ni saya pergi makan mihun sup kat situ dan tak perasan pulak samada masih kekal dengan nama restoran pak mal.

5. Mihun Sup di Plaza Alam Central

Masa awal datang Shah Alam dulu kala, nak makan bihun sup, saya akan celapak ke Shah Alam Seksyen 24 tak jauh dari Mydin sana. Dah lama tak ke sana tak pasti samada masih ada restoran mihun sup tu.

Sekarang, kalau nak makan nasi rasa agak berat, saya akan cari mihun sup saja. Dan mihun sup kat Plaza Alam Sentral ni, bahagian bawah satu sebelah The Store tu jadi pilihan mudah. Tak ramai dan selesa makan kat situ.

6. Mihun Sup Daging Segenggam Puchong

Dah terlanjur cerita pasal mihun sup, saya kongsikan juga kedai yang agak baru di buka di simpang 3 taman puchong permai.

Dia buka waktu petang sampai malam. Saya dah cuba dan boleh masuk tekak. Sedap dan paling penting murah.

7. Restoran Alissara Puchong

Tak jauh naik ke atas sikit dari Restoran Mihun Sup daging satu genggam tu, ada satu restoran terkenal, Alissara.

Dia sediakan menu masakan Thailand yang autentik.

Kalau anda lalu di depan kedai itu bermula dari lewat petang sampai malam, sentiasa orang penuh. Ramai berpusu-pusu suka makan di kedai tu secara grup.

Kalau nak cuba pi buka posa waktu ramadan di sana, memang tak dapat la. Kena tempah dulu. Dan nak bungkus pun kena tempah awal kalau bulan puasa.

Orang suka sebab rasa masakannya lain dari restoran Tomyam yang bersepah banyak di segenap Lembah Kelang ni. Paling istimewa adalah menu yang banyak untuk apa saja masakan siam yang anda suka, ada di sana.

Kalau nasib baik Miang Kham pun dia ada buat. Saya bila kempunan nak makan Miang Kham akan pergi cari kat sana. Biasanya ada terutamanya di bulan puasa.

8. Bagus Tomyam

Sambung sikit lagi kedai masakan Thailand.

Satu lagi kedai Tomyam yang bagi saya berkualiti dari segi rasa dan kepantasannya. Nama dia Restoran Bagus Tomyam.

Lokasinya di Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong.

Kalau bukan orang yang biasa main area Puchong memang tak akan tahu restoran ni sebab dia masuk ke dalam tersorok sikit. Bukan jalan utama. Jalan kampung saja.

Ini juga restoran yang selalunya penuh terutamanya malam minggu. Kena pi awai kalau nak makan dan kalau ramai, tunggu lah sebentar.

Masakannya sedap berbanding kedai lain terutamanya Tomyam.

9. Kedai Nasi Kukus TTDI Jaya

Ini satu lagi kedai utama yang jadi pilihan. Samada nak makan di situ atau pergi beli bungkus dan bawa balik. Sama saja sebab kedai makan tu jenis tak bagi makan dalam pinggan.

Dia buat style nasi Kak Wok, jenis tak ada pinggan.

Kedai ni buka awal setiap hari dalam pukul 10:30 pagi tu dah ada kecuali hari Jumaat dia tutup. Dia buka sampai malam selagi masih ada lauk dan kuah.

Istimewanya adalah nasi kukus.

Tapi dia punya banyak pilihan lauk. Paling saya suka adalah Ayam goreng madu dan keduanya daging masak kerutut.

Sebenarnya kesemua lauk dia saya suka. Burung puyuh goreng madu, ikan jaket sumbat sambal, daging goreng, dan macam-macam lagi. Cuba lah bubuh apa saja, anda pasti bergembira.

Yang terpaling bagus adalah harganya sangat mampu milik. Sebab itu sejak dulu, pelajar politeknik sanggup datang awal beratur kat kedai tu. Dah lah sedap, murah pulak tu.

10. Nasi JJ

Di depan sikit dari Kedai nasi kukus di atas tu, ada kedai nasi JJ ni di lot korner. Dia lebih baru dari Nasi Kukus. Semenjak dia dibuka, nasi kukus punya Q dah tak berapa panjang sangat sebab dah ada pesaing agaknya.

Kelebihan kedai nasi JJ ni tak ada apa-apa sangat. Meu dia adalah menu Nasi Kak Wok. Nasi putih lembek, ayam goreng kunyit, gulai ayam, sambal bau melekat di tangan.

Kalau tak sedap, memang tak akan ramai orang sanggup beratur. Memang sedap lah bagi saya tapi kena makan dengan sudu dan garfu sebab bau sambal tu kuat santat melekat tak hilang dari tangan.

Kelebihan Nasi JJ ni hanyalah kemudahan yang dia berikan untuk tidak payah berfikir nak makan apa. Pergi beratur dan dia hanya akan tanya berapa bungkus .. kan senang macam tu.

Sekian kedai makan kegemaran saya sekitar Shah Alam, Subang jaya dan Puchong .. harap terhibur.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 Kedai makan yang saya suka di sekitar Shah Alam, Puchong dan Subang Jaya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !