Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, November 9, 2022

Tak ada parti yang bakal berjaya tubuhkan kerajaan selepas PRU 15 nanti - Nak pangkah siapa?

  Mohd Shubhi       Wednesday, November 9, 2022


Pilihan Raya Umum ke 15 sudah hampir. Sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh semua parti politik di negara kita sejak kerajaan jatuh dan naik dan jatuh selepas PRU ke 14 yang lalu.

Kebejatan suasana politik yang merisaukan di negara kita nampak sukar untuk dielakkan. Perkara biasa yang berlaku kepada setiap pembangunan yang sampai ke puncak.

Kemuncaknya boleh dikatakan berlaku sepanjang pemerintahan Barisan Nasional dengan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang paling lama berkuasa. Dia yang bawa naik dan dia juga yang jatuhkannya semula.

Bila dah sampai ke puncak, tak ada arah lagi untuk pergi melainkan turun semula. 

Naik dan turun perkara biasa. Tapi masalah paling besar adalah penurunan tersebut akan sampai ke tahap mana. Di mana dasarnya akan berhenti dan mula naik balik, adalah satu persoalan besar.

Melihat keadaan para pemimpin dan parti yang ada sekarang, nampak masih tak ada lantai lagi untuk penurunan tersebut cecah. Lihat saja statistik parti dan jumlah calon yang bertanding pada PRU 15 nanti seperti bi bawah.

  • Jumlah parti bertanding termasuk bebas - 12
  • Jumlah calon yang bertanding - 945 di 222 kawasan Parlimen

Ini pula jumlah calon yang di hantar oleh setiap parti yang bertanding.

  1. Pakatan Harapan - 206 calon
  2. Barisan Nasional - 178 calon
  3. Perikatan Nasional - 149
  4. Pejuang - 116
  5. Bebas - 108
  6. Warisan - 52
  7. GPS - 31
  8. PAS - 22
  9. PRM - 16
  10. GRS - 13
  11. PSB - 10
  12. Muda - 6

Daripada analisa mereka yang pandai dalam memerhati keadaan politik negara, hampir semua merumuskan bahawa tak akan ada satu parti pun yang bakal menang majoriti kerusi bagi membolehkan sebuah kerajaan ditubuhkan.

Ertinya tak akan ada parti yang berjaya kumpulkan lebih dari 112 kerusi parlimen. Tak payah nak mimpi samada Anwar Ibrahim, Ismail Sabri, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir atau siapa saja akan jadi Perdana Menteri selepas habis PRU 15 nanti.

Bagus juga begitu. Sebab semua muka yang ada lansung tidak memberansangkan. Semua muka lama, muka tua dan tidak relevan lagi dalam suasana dunia yang kacau bilau sekarang dengan seribu satu masalah ekonomi. 

Kerajaan hanya akan dibentuk seandainya parti besar yang bertanding di atas dapat bekerjasama bergabung untuk tubuhkan kerajaan.

Itu juga satu cabaran besar. Jika berlaku gabungan 2 parti besar tersebut, masih tetap tak selesai masalah sebab akan berlaku kacau bilau dalaman parti yang ada pula.

Jika gabungan itu mampu dilakukan, sudah tentu sebelum penamaan calon hari tu dah dapat berpakat. 

Itu menunjukkan tiada seorang pemimpin pun yang ditonjolkan bakal jadi PM di atas mampu berunding dan mengetuai majoriti pemimpin politik yang ada sekarang. Lemah dan tak layak. Itu saja yang mampu saya rumuskan.

Tak payah nak cakap bab reformasi, revolusi ekonomi atau pendidikan negara jika tak akan wujud satu kerajaan yang stabil dan kuat!

Perbincangan hanya akan berjaya jika kebanyakan polisi yang bejat yang negara ada selama ini dikekalkan sebagai mana yang ada. Dengan polisi pendidikan yang tidak universal, polisi ekonomi yang penuh dengan sekatan yang tidak perlu.

Untuk buat transformasi, semua polisi yang ada perlu dirombak semula. Runtuh dan bina balik. Perlu seorang pemimpin yang nekad untuk robohkan kesemua polisi yang ada sekarang dan bina yang baru.

Saya lihat, semua itu tak akan berlaku. Kerajaan yang bakal ditubuhkan, jika berjaya nanti akan jadi kerajaan yang cuba pertahankan kuasa mereka dengan kompromi demi kompromi untuk jaga hati semua pihak. 

Akhirnya akan jadi pi mai pi mai tang tu juga. Meloyakan saja.

Nak pangkah siapa?

Dalam keadaan begitu, persoalannya nak pangkah siapa sekarang?

Saya nekad hanya untuk melhat calon. Asasnya pertama adalah melihat umur calon dan prestasi dan penonjolannya selama berkecimpung dalam politik.

Pilihan kepada calon muda perlu diutamakan. Itu sebagai permulaan untuk melhat berlakunya perubahan kepada suasana politik negara.

Pastikan calon yang tua dikalahkan. Jangan pangkah sesiapa saja yang berumur lebih dari 50 tahun. Bila tak ada lagi seorangpun kuda tua, maka satu kejayaan besar boleh diraikan oleh rakyat Malaysia. Itu tandanya berlaku satu titik mula ke arah perubahan.

Saya cadangkan semua calon PM di kalahkan. Jangan pangkah mereka. Tolong berikan perhatian ini jika anda mahu lihat berlaku perubahan kepada negara kita.

Kemudian baru lihat parti atau polisi yang mereka perjuangkan. Bagi yang overdose agama, jangan pangkah. Tambah lagi mereka yang lansung tidak ada pendedahan kepada budaya dan agama lain selain dari agamanya sahaja. Macam mana nak pimpin rakyat yang berbilang bangsa dan agama jika hanya faham ruang lingkup agamanya sendiri sahaja?

Untuk pengundi Parlimen Permatang Pauh, saya syorkan pilih Nurul Izzah. Bagi yang nak pangkah Cikgu Zaidi, pikir semula. Tak ada ketua yang panas baran mampu buat keputusan yang waras.

Kena usik sikit dah genggam penumbuk adalah ciri-ciri pemimpin yang akan mudah dijadikan lembu dan diperkotak katikkan untuk buat kesilapan besar dalam keputusan. Orang yang lekas marah adalah orang yang akan sentiasa jadi hamba kepada tuan yang lebih cool.

Maas nak tulis panjang sebab itu saja nak beritahu.

Pilih orang muda dan tamatkan riwayat ahli politik kuda tua yang ada di negara kita sekarang.!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tak ada parti yang bakal berjaya tubuhkan kerajaan selepas PRU 15 nanti - Nak pangkah siapa?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !