Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, April 10, 2023

Kanak-kanak tidak dikawal selia ketika datang bersolat tarawih di bulan Ramadan

  Mohd Shubhi       Monday, April 10, 2023


Ada sekali, seorang mufti di negara kita berikan pendapatnya tentang kanak-kanak dibiarkan saja bersolat jemaah di saf hadapan sekali dengan orang dewasa.

Kebetulan pula mufti itu ada kecenderungan terhadap fahaman muda.

Akibat dari itu, grup wasap di kampung saya penuh dengan perkongsian para agamawan muda menolak pendapat tuan mufti tersebut. Dipetik pendapat dari para ulamak terdahulu yang menghuraikan kedudukan saf kanak-kanak ketika bersolah jemaah.

Ada juga yang pro pendapat mufti, terutamanya mereka yang tidak mendapat pendidikan agama dari institusi pondok. Berlaku bahas membahas antara aliran pondok dengan mereka.

Kebanyakan para ustaz anak kampung saya adalah dari aliran pondok. Biasanya, mereka sangat kuat pertahankan fahaman tua.

Dalam keriuhan boleh atau tidak boleh kanak-kanak berada di saf depan bersama orang tua, keluar pertanyaan dari salah seorang ahli grup.

"Cara mana satu yang perlu diikuti kalau nak masuk syurga?"

Begitu bunyi soalannya. Ditujukan kepada ustaz yang panjang lebar huraikan hujah kenapa tak boleh biarkan kanak-kanak lepas bebas duduk di saf depan. Sepi sebentar setelah soalan itu keluar. 

Semua tunggu jawapan dari ustaz pondok.

"Nak masuk syurga kena pi sembahyang" jawab ustaz pondok.

Tidak menjawab soalan yang diutarakan. Semua orang tahu kalau nak masuk syurga kena dirikan solat. Tadi berhujah bab lain. Mana satu yang betul, kanak-kanak solat bersama dengan orang dewasa satu saf atau kanak-kanak baris belakang?

Oleh kerana tiada jawapan berdasarkan soalan, maka penanya membuat rumusannya sendiri.

"Jadi tak ada masalah samada nak ikut pendapat mufti atau nak ikut pendapat bertentangan?" itu rumusannya.

Dan ustaz pondok mengiyakan rumusan itu. Malah ustaz tambah ada banyak lagi pendapat lain yang berbeza dan semuanya boleh diguna pakai. 

Lalu penanya tambah lagi mesejnya dengan soalan, "Jadi kenapa nak bising-bising pertahankan pendapat yang satu dan salahkan pendapat yang berbeza?".

Dan perbahasan tentang isu tersebut tamat begitu saja.

Fokus pada hasil, bukan proses

Pertikaian pendapat yang berbeza sering berlaku sesama umat islam dari pelbagai aliran yang berbeza. Kalau nak disenaraikan isu-isu yang berulang-ulang digaduhkan sejak dulu sampai sekarang tak habis-habis memang ada banyak. Itu bab fekah saja. Belum lagi masuk bab akidah yang lagi berat kedudukannya.

Jika diperhatikan betul-betul, kesemuanya berbahas tentang proses atau kaedah yang sudah dirangka oleh para ulama terdahulu. 

Oleh kerana ada banyak versi proses/kaedah yang berbeza, sudah tentu anda yang sokong proses A tidak akan bersetuju dengan mereka yang sokong proses B. Ada yang kata cara A salah, yang betul adalah cara B.

Pertikaian itu tak akan habis sampai bila-bila selagi semua orang tidak bersetuju terlebih dahulu terhadap, apa hasil yang mahu dicapai.

Bila dah setuju nak capai apa, barulah bincang cara terbaik, atau proses/kaedah terbaik untuk mencapainya. Samada cara A atau cara B.

Kan mudah jika semua ambil pendekatan sebegitu?

Itu pendapat saya saja. Sudah pasti akan ada yang kata tak boleh buat begitu sebab akan keluarkan pula satu fatwa baru sedangkan semua fatwa sudah di berikan. Perlu ikut aliran mazhab mana yang dianuti. Bukan boleh main keluarkan pendapat sendiri jika bukan berstatus mujtahid mazhab sekurang-kurangnya. Tak boleh juga main pilih nak ikut pendapat mazhab mana .. bla bla tak habis habis.

Kanak-kanak saf belakang

Dalam bulan ramadan ini, pergi ke mana saja masjid atau surau, anda boleh lihat ramai kanak-kanak bertumpu di sana.

Suasana jadi meriah dalam bulan ramadan di waktu malam terutamanya selepas waktu insya. Kanak-kanaklah yang paling teruja menikmati suasana tersebut.

Beberapa surau yang saya singgah bersolat tarawih hanya membiarkan saja kanak-kanak dengan aktiviti diluar dan dalam masjid. Di luar, ada yang main mercun. Berbasikal ke sana-sini. Main kejar-kejar dan bergelak ketawa.

Di dalam pula mereka berbaris ramai-ramai di belakang sekali sesama mereka mengikuti solat tarawih. Ada satu surau tu, kanak-kanak berkumpul di sebelah ruang tepi surau sesama mereka sahaja bersolat tarawih.

Tiap kali berselawat, mereka menjerit macam nak pecah tekak menyambut selawat. Terang-terang mereka bersuka ria menjerit beramai-ramai macam nak pecah surau. Jelas, ada perlawanan siapa jerit paling kuat.

Nak tegurpun tak boleh juga sebab di dalam ruang orang dewasa, akan ada juga 2 atau 3 orang tua yang memang suka menjerit nyaring sambutan selawat tersebut. Tak nampak main-main. Tapi bunyinya memang bingit dan sangat jelas. Mungkin itu yang kanak-kanak tiru.

Tiada yang pantau

Ketika bersolat pula, kanak-kanak akan bergurau senda sesama mereka. Jatuhkan kopiah, tampar belakang dan macam-macam ragam dan aksi yang mereka pamerkan. Ada juga yang bersembang ketika berada dalam solat semasa sedang bersujud.

Tak ada siapa pantau. Mak bapak juga sedang sibuk tenggelam dalam keasyikan bersolat penuh syahdu merebut pahala yang dijanjikan.

Zaman saya kanak-kanak dulu, semua orang kenal saya anak siapa. Tak ada seorang kanak-kanak pun akan terlepas tanpa dikenali siapa bapaknya. Jadi perlu berhati-hati kalau nak nakal jangan sampai terlihat oleh orang tua. Masak kena rotan bila balik nanti jika ada aduan.

Sekarang anak siapa tidak dapat di kesan. Malah paling menyedihkan, bapaknya pun tak berapa nak kenal. Tambah jika muncul hanya setiap kali masuk ramadan. Kalau nak tegur perlu terus kepada kanak-kanak tersebut.

Ada orang tua yang prihatin menegur dan sekali sekala tunggu melihat gelagat kanak-kanak supaya tidak berlebihan bermain. Tapi bukannya selalu. Dia pun tak ada masa nak jadi guru disiplin la pulak untuk perhatikan semua kanak-kanak.

Bagi orang dewasa yang ada di saf belakang berdekatan dengan kanak-kanak memang terasa terganggu sangat. Tapi nak buat cam mana sebab mereka akan cergas nakal hanya ketika tengah solat. Selepas bagi salam bersopan pula mereka!

Cara kawal kanak-kanak

Dengan apa yang saya sebutkan di atas, nampaknya ada masalah yang perlu diselesaikan. Iaitu bagaiaman mana nak pastikan tidak berlaku gurau senda berlebihan pada kanak-kanak sehingga ganggu habis semua jemaah.

Mungkin inilah sebab utama mufti tersebut berikan pendapatnya. Mufti sarankan agar anak-anak berada di sebelah ayahnya ketika bersolat. Barulah tertib dia beribadah berbanding ketika solat sesama kawan-kawannya sahaja.

Saya lihat cara tersebut sangat berkesan.

Tapi bukan untuk kanak-kanak yang masih kecil 2 ke 3 tahun umurnya yang masih belum tahu apa-apa. Sebab anak kecil itu akan berikan gangguan hebat kepada ahli jemaah tepi depan dan belakang. Dia ganggu, jalan ke sana sini dan adakalanya menjerit menangis kuat. Bab anak kecil sebegitu perlu dibincangkan semula bermula dengan apa yang mahu dicapai. 

Berbalik kepada perbezaan pendapat yang saya sebut di atas tadi. Nampak jelas bahawa samada kanak-kanak perlu duduk sama saf dengan orang dewasa atau perlu dibiarkan bebas berada di belakang sesama mereka perlu dilihat kepada keadaan.

Proses yang disarankan oleh para ulama terdahulu tentu ada hujahnya dan bukan main hentam kromo.

Umat kemudian ambil proses itu, lalu jadikan ia satu ketetapan, bukanlah satu pendekatan yang terbaik. Walaupun hujah untuk mengesahkan proses tersebut diambil atas dasar berapa ramai ulama besar lain yang menyokokong proses yang sama. Sedangkan proses tersebut tidak selesaikan sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Pendekatan yang dipersetujui oleh semua ulama satu dunia sebagai betul sedangkan ia lansung tidak selesaikan masalah yang dihadapi umat tetap tidak memberi sebarang manfaat untuk diikuti.

Apa pendapat anda?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kanak-kanak tidak dikawal selia ketika datang bersolat tarawih di bulan Ramadan

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Org lama lama guna ilmu dan pengalaman. Org baru, kurang pengalaman, kdg kdg terburu buru. Ilmu pun kdg kdg belum meluas. Kbnykn kita dulu dulu masa muda muda dulu pun bnyknya begitu. Bila dah tua tua barulah nak faham kenapa org lama lama buat mcm tu.
    Apa pun cubalah elak perbalahan, kan Tuhan tak suka org yg suka berbalah. Bila org org balah, kita dah tua tua ni diam ajerlah.

    ReplyDelete
  2. sebaiknya..kanak kanak yg belum mumayiz itu tidak dibawa ke masjid atau surau..mereka ini bak kata tadi..akan pusing sana pusing sini..kemudian keluar saf sesuka hati...lebih buruk lagi..datang dr.belakang ..lalu dok bertenggek atas tengkok bapanya yg.rukuk..bising dan bersembang..usah ceritalah..kemudian gaduh ..inilah realiinya..setiap Ramadhan ..dan tarawikh.Anehnya...selesai Ramadan..semua musibah ini tidak berlaku.Org.dewasa yang semasa Ramadan memenuhi ruang solat..hilang...untukberjumpa lg.pd.ramadan mendatang..Kan aneh amalan ahlul masjid dan ahlul surau begini.Dalam hal ini..ada baiknya..pengerusi masjid atau surau MENGINGATKAN jemaah akan masalah kanak kanak ini..itu pun perlulah berhemah...kita tidak melarang kanak kanak hadir...tetapi mestilah di bawah kawalan bapa ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%. Pengerusi dan ajk perlu main peranan

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !