Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, April 14, 2023

Bagaimana kebaikan anda selama 10 tahun dimusnahkan oleh 1 kesilapan anda 5 minit sahaja

  Mohd Shubhi       Friday, April 14, 2023


Ada satu kontrak perkhidmatan yang syarikat saya buat selama beberapa tahun sejak sebelum wabak covid 19 melanda lagi. Selepas selesai wabak, kontrak kami dilanjutkan lagi. Alhamdulillah!

Dalam melaksanakan perkhidmatan tersebut, kami berusaha buat yang terbaik menyelesaikan masalah pelanggan setiap hari. Memang kerja perkhidmatan ni bukannya senang. Perlu buat kerja pencegahan rutin dan dalam masa yang sama perlu bersedia menerima masuk aduan dan bertindak segera selesaikannya dari pagi sampai petang.

Semua usaha itu nampak berhasil dan dihargai apabila setiap tahun, pelanggan akan buat penilaian terhadap servis yang telah kami berikan. Markah yang kami dapat sentiasa tinggi dan memuaskan. Malah kali terakhir sebelum kontrak tamat, markah yang kami dapat adalah yang paling tinggi di antara semua kontraktor yang ada.

Saya rasa bangga dan amat berterima kasih kepada semua staff yang ditugaskan untuk melaksanakan projek tersebut.

Sebulan terakhir kontrak

Tempoh kontrak akan tamat lebih kurang sebulan. Itu amat merisaukan saya.

Bukan risau sebab kontrak tu akan tamat. Tapi lebih kepada takut kepada kesan yang syarikat akan dapat seandainya dalam tempoh sebulan terakhir itu ada sesuatu yang buruk berlaku. 

Setiap hari berlalu dalam keadaan mendebarkan. Jika terjadi sesuatu yang buruk, sudah tiada lagi kesempatan untuk perbaiki.

Dalam tempoh akhir itu juga staff buat hal. Berlaku ketidak sefahaman dan salah seorang staff terpaksa dihentikan. Ada baik dan ada buruknya staff tersebut berhenti. Baik sebab kos berkurang seiring dengan akan berkurangnya pendapatan selesainya kontrak itu. Buruk pula sebab takut kekurangan staff akan berikan kesan terhadap prestasi.

Semuanya masih ok sehinggalah satu pagi sebelum subuh, grup wasap projek itu meletup dengan aduan pengguna yang buat aduan buruk. Kerja penting ditangguhkan dengan alasan diberikan oleh staff saya tak ada kelengkapan.

Satu alasan bodoh yang tak sepatutnya berlaku. Bila saya semak dengan staff itu, apa yang dia cakap berbeza dari apa yang dilaporkan.

Walau apapun yang berlaku sebenarnya, semuanya sudah terlewat. Tiada peluang betulkan lagi. Benda dah berlaku dan kesan buruknya yang saya takut itu benar-benar terjadi. Walaupun hari cuti, saya kerahkan isu tersebut diselesaikan segera.

Tapi sudah terlewat.

Hanya seminggu saja lagi semuanya akan berakhir dan malapetaka berlaku!

Laporan prestasi akhir

Minggu itu juga laporan prestasi keseluruhan akhir dikeluarkan oleh jabatan procurement dan sebagaimana yang saya jangkakan, markah kami merudum ke tahap paling rendah.

Saya dah agak yang prestasi keseluruhan kami hanya dinilai berdasarkan apa yang berlaku pada minggu terakhir tersebut. Bukan berdasarkan keseluruhan tempoh kami berkhidmat.

Buktinya adalah kiraan yang tidak logik dari segi peratusan prestasi.

Bayangkan setiap tahun markah kami melebihi 80%. Markah tahun akhir pula paling tinggi. Melebihi 87%. Tapi markah keseluruhan hanya dalam 70% sahaja.

Sangat tidak logik cara kiraan dibuat. Tapi apa boleh saya buat. Nasi sudah jadi bubur. Mereka durian kami mentimun. Emosi digunakan dalam membuat penilaian dan lansung tidak profesional.

Saya buat aduan formal pertikaikan cara kiraan dibuat yang tidak logik dan jawapan yang diberikan macam budak-budak sekolah tadika. Lansung tidak melambangkan jenama hebat pelanggan tersebut. Jika begitu cara kiraan dalam penilaian di buat, memang ternyata mereka sama saja levelnya dengan organisasi bawah pokok cheri!

Cara penilaian emosi

Apa yang berlaku memang sudah ada banyak kajian di lakukan untuk membuktikan bahawa cara manusia berfikir dan bertindak adalah tidak rasional.

Ia berkaitan dengan cara manusia menyimpan memori terhadap pengalaman yang telah dilalui. 

Kajian menunjukkan, tempoh lama atau sekejap tidak diambil kita dalam membentuk memori atau kenangan dalam kotak akal manusia. Yang di ambil kira hanya perkara berikut.

Pertamanya, kejadian paling baik atau paling buruk yang dialami dalam tempoh pengalaman dilalui. Keduanya adalah bagaimana pengalaman itu berakhir.

Kejadian akhir paling kuat membentuk ingatan dalam kepala manusia. Anda boleh saja berkahwin dengan pasangan selama 20 tahun. Akhirnya bercerai atas sebab tertentu. Dan apa yang anda dan pasangan akan ingat adalah kejadian terakhir yang berlaku sebelum berpisah. Itulah yang diceritakan sebagai rumusan perkahwinan anda selama 20 tahun tersebut.

Baik macam mana sekalipun sepanjang 20 tahun anda berkahwin, terpadam dari ingatan. Segala usaha dan susah payah anda selama ini tidak ada nilai sedikitpun dalam kenangan kepala otak pasangan anda.

Semua manusia jadi macam tu. Anda juga tidak terlepas dari perangkap penilaian tidak rasional sebegitu. Memang macam itu memori kita bekerja. 

Sebab itu sistem penilaian yang dirangka secara profesional akan dibuat secara sistematik dan berkaitan. Contoh mudah adalah dalam akademik. Anda dinilai berdasarkan markah, prestasi yang dikira secara konsisten dan di bawa ke hadapan sehinggalah tamat pengajian.

Jika dibiarkan para guru memberi penilaian ikut kepala otak mereka, pelajar yang macam setan dari tingkatan 1 sampai 5, kemudian berlakon baik 2 atau 3 bulan terakhir sebelum tamat akan mendapat markah baik. 

Manakala pelajar yang bagus dari tingkatan 1 sampai 5 dan pada 2 atau 3 bulan akhir alpa dan tersilap langkah tanpa sengaja mengguris hati guru akan tamat pengajian dengan rekod yang sangat buruk.

Macam yang say alami di atas tadi juga .. apabila emosi di guna pakai dalam membuat penilaian. Itu juga menjawab tajuk artikel ini di atas tadi, bagaimana kebaikan anda selama 10 tahun dimusnahkan oleh kesilapan tanpa sengaja 5 minit saja di saat akhir.

Berhati-hati!

Bagi saya, pasrah dan menerimanya dengan redho. Jika begitu sudah takdir Tuhan, tiada satu bendapun yang dapat merubahnya. Tentu ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana kebaikan anda selama 10 tahun dimusnahkan oleh 1 kesilapan anda 5 minit sahaja

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !