Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, April 15, 2023

Orang baca nyaring kuat di sebelah ketika solat berjemaah - Apa perlu dilakukan?

  Mohd Shubhi       Saturday, April 15, 2023


Solat taraweh di surau kali ini sangat selesa. Sebab utamanya adalah udara sejuk yang keluar dari pendingin hawa yang dipasang pada dinding surau. Bagus ajk surau tidak kedekut begitu.

Dengan keadaan cuaca yang panas luar biasa dalam bulan puasa kali ini, solat di surau jadi jauh lebih diingini dari solat seorang diri di rumah.

Pelajar tahfiz memenuhi hampir separuh dari ahli jemaah, semuanya berpakaian jubah putih nampak comel saja. Separuh lagi adalah kawan-kawan satu taman. Gabungan semua ahli jemaah memenuhi setiap saf dari saf imam sampai saf belakang.

Saya biasanya solat pada saf belakang sekali. Selesa begitu dari dulu sampai sekarang. Saya tahu itu tak bagus sebagaimana yang para ustaz selalu sebut. Orang yang beriman akan sentiasa berebut untuk duduk bersolat pada saf depan. Barang kali iman saya masih sangat lemah. Tak apa lah ..

Sejak hari pertama solat insya dan solat taraweh, selain dari bunyi kanak-kanak bersembang ketika bersolat, ada satu lagi bunyi pelik. 

Puas saya perembang, tapi masih tak dapat rumuskan apa bunyi pelik itu. Dengarnya macam bunyi radio berdengun-dengung. 

Mulanya saya ingat sistem pembesar suara surau tertangkap gelombang radio dan membuatkan bunyi itu kedengaran. Pernah jadi begitu satu ketika dulu. Tapi ternyata kali ini, itu bukan gelombang radio.

Jemaah baca nyaring

Tak lama kemudian baru saya dapat tahu dari mana bunyi berdengung begitu. Ada seorang jemaah yang dah veteran, ahli tetap surau yang keluarkan bunyi tersebut.

Memang saya tahu dia sering baca agak kuat sekali sekala. Macam orang gagap yang berusaha berikan sebutan terbaik ayat-ayat yang dia baca.

Sekarang nampaknya dia hampir setiap masa membaca agak kuat tapi dalam keadaan berdengung. Saya pasti dia sendiri tdak sedar. Melihat dari cara dia membaca, saya nampak dia tak sengaja dan semua itu berlaku secara spontan.

Dalam keadaan jemaah penuh surau, bunyi dia seorang dari jauh kedengaran berdengung-dengun seperti radio tak tepat siaran.

Sepanjang yang saya ingat, hanya dia sorang saja yang keluarkan bunyi agak ketara setiap kali bersolat jemaah di surau.

Di satu masjid yang saya sering solat di Shah Alam, ada beberapa ahli jemaah yang akan saya elakkan diri dari bersolat di sebelah mereka.

Bila masuk baris, akan saya perhatikan dulu siapa di kiri dan kanan depan dan belakang. Malah kalau ada dua atau tidak dari orang sebalah saya juga akan saya pindah pergi jauh.

Ringkasnya, jika orang yang saya dah chop baca kuat ada di sebelah kanan saf, sengaja saya akan lari ke saf sebelah kiri.

Samada mereka sedar atau tidak, saya tak tahu. Tapi kebiasaan baca kuat yang mereka amalkan amat mengganggu ketenangan saya bersolat di masjid.

Apa nak buat?

Teringin sangat nak tegur dan bertanya samada mereka sedar atau tidak dengan amalan membaca kuat mereka sehingga berikan gangguan pada jemaah lain. Tapi rasa tak sanggup untuk cari pasal dan berada dalam suasana tidak selesa. Jadi biarkan saja begitu dari dulu sampai sekarang.

Jika anda berada dalam keadaan sama, apa ynag biasanya anda lakukan?

Adakah perlu tegus dan bertanya atau abaikan saja dan lari jauh dari ahli jemaah yang suka baca kuar dari awal solat sampai akhir ..

Atau mungkin cadangkan mereka yang baca uat itu untuk buat permohonan jadi imam .. ? 

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Orang baca nyaring kuat di sebelah ketika solat berjemaah - Apa perlu dilakukan?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !