Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

16 April 2023

20 perkara yang perlu ada dalam senarai semak untuk pastikan anda hidup sihat

  Anonyme       16 April 2023


Anda tentu dah biasa menyediakan checklist bila mahu pastikan tidak tercicir perkara-perkara penting dalam apa-apa aktiviti.

Checklist banyak digunakan dalam urusan pembuatan bagi memastikan kualiti barang yang dihasilkan bagus.

Dengan adanya checklist, anda boleh rasa yakin semua perkara yang perlu dilakukan telah dipenuhi dalam menjayakan matlamat.

Bila cakap tentang matlamat, adakah anda meletakkan kehidupan yang sihat sebagai salah satu daripada matlamat penting hidup?

Melihatkan daripada gaya hidup kebanyakkan daripada rakyat Malaysia saya rasa ramai yang terlepas pandang dengan perkara ini. Bukan bermakna mereka tidak mahukan kehidupan yang sihat, tapi mereka cuma meletakkan perkara itu seperti igauan atau harapan semata-mata, tanpa ada usaha yang konkrit dan berpatutan.

Keadaannya sama seperti kebanyakan orang yang mahu menjadi usahawan tetapi akhirnya sampai pencen tak pernah ada kesungguhan untuk berhenti kerja dan berniaga.

Buat senarai semak

Saya yakin setakat ini semua perkara yang anda anggap penting hanya ada dalam kepala sahaja dan masih belum ditumpahkan lagi ke atas kertas bagi menjadikannya lebih serius.

Saya 100% pasti yang kesihatan sudah tentu menjadi salah satu daripada perkara penting dalam kehidupan yang anda mahukan.

Untuk menjalani kehidupan yang sihat sudah tentu ada perkara-perkara yang penting yang patut anda lakukan atau  tinggalkan.

Perkara-perkara itulah yang perlu anda berikan perhatian untuk dijadikan sebahagian daripada aktiviti kehidupan agar matlamat kehidupan yang sihat tercapai.

Untuk itu, saya telah sediakan satu senarai semakan yang diyakini berkesan untuk meletakkan diri anda berada di landasan yang betul dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat.

Terdapat 20 perkara yang perlu anda semak satu persatu. Selagi keseluruhan perkara tersebut masih belum dapat anda penuhi, bermakna anda masih lagi perlu berusaha tanpa putus asa.

Cuba buat semakan setiap perkara di bawah dan tandakan semua yang telah berjaya anda lakukan. Jom tengok 20 senarai perkara tersebut.

  1. Tidak merokok
  2. Tak minum arak
  3. Berat saya normal, tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus
  4. Tidak sesekali menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  5. Melindungi diri  dengan penapis cahaya ketika berada di panas matahari terik
  6. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan minum sedikit coklat setiap hari.
  7. Bersenam empat kali atau lebih dalam seminggu
  8. Gosok gigi dan flosh gigi dengan kerap
  9. Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan setiap kali naik kenderaan
  10. Saya suka makan banyak buah tomato yang berfungsi mencairkan darah agar dapat mencegah darah beku.
  11. Saya seringkali merasa berpuas hati dan gembira
  12. Saya sering melibatkan diri dalam melakukan aktiviti yang boleh menggembirakan
  13. Saya berpuas hati dengan kehidupan sekarang
  14. Saya bersedih tetapi hanya sesekali atau jarang-jarang
  15. Saya marah tetapi hanya sekali sekala dalam keadaan sedar bila perlu
  16. Saya merasa tertekan tetapi hanya sekali sekala
  17. Saya sentiasa rasa bersyukur dan boleh dipercayai
  18. Saya ada kawan-kawan dan juga keluarga yang boleh saya harapkan
  19. Saya seorang yang optimis
  20. Saya berpuas hati dan gembira dengan hubungan kemasyarakatan saya.

Semak semua senarai di atas dan lihat samada anda berjaya melengkapkannya dengan jawapan yang positif. 

Jika masih ada yang belum dipenuhi, jangan risau sangat sebaliknya jadikan ia sebagai satu perkara yang anda perlu amalkan. 

Jika banyak sangat yang anda gagal, cuba penuhkannya satu persatu-satu sehingga anda berjaya lakukan kesemuanya.

Jika anda ada lagi tambahan yang penting, boleh kongsikan pada ruang komen ya!

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 20 perkara yang perlu ada dalam senarai semak untuk pastikan anda hidup sihat

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !