Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 20, 2023

Ada 8 tempat yang kerajaannya sanggup bayar untuk anda dan keluarga pindah tinggal di sana

  Anonyme       Thursday, July 20, 2023


Bayangkan jika kerajaan negeri Kedah sanggup bayar untuk anda bawa keluarga semua pindah dan menetap di Kampung Bikan

Sanggup kah anda ambil tawaran menarik tersebut?

Program pindah dan dibayar telah dilakukan di negara kita oleh Tun Razak pada tahun 1957 dulu. Projek pertama, seramai 400 orang peneroka telah berpindah ke Air Lanas, Kelantan. Semuanya adalah dari kalangan bumiputera miskin terutamanya yang tak ada tanah sendiri.

Mereka di bayar untuk pindah ke sana untuk usahakan tanaman pokok getah atau kelapa sawit di atas tanah seluas antara 4 ke 6 hektar. Sementara nak dapat hasil, kerajaan bayar gaji untuk sara kehidupan mereka.

Projek itu merupakan satu kejayaan besar yang kerajaan pernah buat dalam melakukan perubahan terhadap ramai peneroka yang pada awalnya hidup susah satu ketika dahulu. Ramai peneroka yang jadi jutawan selepas itu apabila berjaya jual habis harta tanah mereka kepada pelabur hartanah yang nak bangunkan kawasan kepunyaan mereka.

Projek buka kawasan baru dihentikan pada tahun 1990. Masa tu dah ada 114,400 keluarga telah ditempatkan di atas tanah baru seluas 500,000 hektar. Felda dah mula kembangkan perniagaan sejak itu masuk habis macam-macam industri sehinggalah tertubuhnya FGV, jadi panjang cerita lepas tu.

Itu cerita dulu lah. Sekarang dah tak ada dengar lagi mana-mana tawaran yang kerajaan ada buat yang lebih kurang sama dengan projek FELDA dahulu.

Tapi negara lain ada buat tawaran yang lebih kurang sama untuk mereka yang sanggup pindah duduk di tempat yang mereka tawarkan. 

Saya berikan senarai 10 tempat yang tawarkan pembayaran atau pakej kewangan istimewa untuk anda yang sanggup pindah duduk di sana. 

1. Vermont, Amerika

Kerajaan tempatan di situ tawarkan bayaran sebanyak USD7,500 pada mereka yang sanggup bawa semua keluarga berpindah dan duduk di sana. Program ini ditawarkan untuk mereka yang kerja secara remote, tak perlu masuk pejabat dan boleh duduk di mana-mana.

2. Albinen, Switzerland

Sebut nama Switzerland, tentu terbayangkan penempatan yang sangat indah. Memang Swiss ni sebuah negara yang cantik. Ini mungkin dapat menarik minat anda untuk berhijrah jadi warga negara di sana. Tapi kena duduk di Bandar kecil Albinen ni.

Sebab apa mereka tawarkan sampai lebih dari EURO 70 ribu pada keluarga yang sanggup jadi penduduk tempat tu?

Untuk makluman, penempatan berbukit tu ada masalah kekurangan penduduk. Hanya ada seramai 240 orang saja yang masih tinggal di situ. Ramai orang yang berpindah keluar dari situ sampai bilangan yang masih tinggal jadi sangat kecil untuk membolehkan kegiatan ekonominya berkembang.

Masalah jika anda pergi pindah duduk situ adalah, jangan harap nak dapat kerja, tiada apa-apa peluang pekerjaan di sana. Melainkan anda nak hidup berdikari dan semua buat sendiri secara sederhana, baru boleh. Menarik kan?

3. Griegos, Sepanyol

Griegos in merupakan satu penempatan yang terletak di daerah Terue, Sepanyol. Mereka berhadapan dengan situasi yang sama, kekurangan penduduk. Jumlah pelajar pun tak ramai sampai penduduk takut sekolah pun akan ditutup satu hari nanti.

Kalau anda pindah duduk sana, kerajaan akan tanggung sewa 3 bulan percuma. Anda ditawarkan kerja samada jadi pekerja restoran atau kerja di hotel sana.

Yang penting, anda mesti bawa keluarga dan bawa anak-anak semua untuk tinggal di sana.

4. Sicily, Itali

Nama ni terkenal dan selalu jadi sebutan. Banyak disebut dalam filem-filem berkenaan Mafia di Amerika. Tempatnya juga cantik dan merupakan sebuah penempatan tua di dunia. Tapi masih berhadapan dengan masalah jumlah penduduk yang makin berkurangan.

Anda akan dibayar Euro 5000 kalau sanggup pindah ke sana. Tapi kena beli rumah dan seeloknya buat sedikit restoration untuk rumah di sana.

5. Presicce-Acquarica, Itali

Itu satu tempat di Selatan Itali. Juga berhadapan dengan masalah kekurangan penduduk. Kalau anda sanggup pindan dan jadi warga penduduk di situ, kerajaannya sanggup bayar Euro 30 ribu

6. Candela, Itali

Sekarang ada seramai 2,700 orang sahaja yang tinggal di pekan kecil itu. Makin berkurangan dan ini merisaukan kerajaan di sana. Kalau ada yang sanggup pindah duduk di sana, Datuk Bandarnya akan bayar Euro800 untuk yang bujang dan untuk keluarga, akan di bayar Euro 2,000.

7. Chile

Ini satu tawaran yang baik untuk usahawan yang ada idea baru nak mulakan perniagaan. Chile sanggup beri bantuan sampai bisnes anda berjaya. Dari modal, pejabat, pekerja dan semuanya di tawarkan asalkan anda pergi mulakan bisnes tu di sana.

8. Ireland

Ini satu lagi negara yang mahu menarik para usahawan untuk berpindah dan mulakan perniagaan baru mereka di sana. macam-macam pakej di tawarkan termasuklah bantuan kewangan dan keistimewaan cukai.

Selain dari usahawan, anda yang bukan usahawan juga boleh mohon pindah ke tempat terpencil yang disenaraikan kebanyakannya pulau-pulau yang terpencil. Pindah ke sana dan anda diberikan Euro 80,000

Pindah dan bayar di Malaysia

Saya tak pasti samada kerajaan Malaysia ada buat program yang sama di sini. 

Ada banyak penempatan yang makin lama makin nak mampus bila penduduknya lari keluar berhijrah ke tempat lain. Makin ramai orang tua yang dah pergi meninggalkan kita, keperluan anak-anak untuk balik kampung sudah tak ada lagi. Anak-anak pula dah bina keluarga dan beli rumah di tempat lain. maka matilah kampung atau pekan di sana.

Jika anda tawaran yang menarik untuk pindah dan dibayar ke mana-mana daerah atau pekan atau kampung yang terpencil di malaysia, saya dengan berbesar hati akan rebut peluang tu sepantas mungkin. 

Jom pindah keluar dari bandar ..

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ada 8 tempat yang kerajaannya sanggup bayar untuk anda dan keluarga pindah tinggal di sana

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !