Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, March 31, 2024

Pusat rawatan chiropractic yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, duit habis tapi tak ada kesan

  Mohd Shubhi       Sunday, March 31, 2024


Sambung artikel yang sebelum ini pasal rawatan tulang belakang yang pertama kali saya pergi di Sungai Buluh. Saya sebut nama pakar itu sebagai tabib saja. Ketika itu, dia sering keluar di radio promosikan pusat rawaran alternatifnya di Sungai Buluh.

Seperti rawatan alternatif lain, dia tawarkan solusi terhadap apa saja penyakit yang perubatan moden tak janjikan apa-apa cara untuk pemulihan. Masalah seperti kencing manis umpamanya, kalau anda jumpa doktor, dah sah dia akan beritahu akan kekal begitu sampai bila-bila. Anda perlu makan dadah, ubah gaya hidup sesuaikan diri dengan penyakit itu saja.

Begitu juga sakit seperti darah tinggi, lemah jantung, urat darah tersumbat, kena strok, lumpuh, kolestrol dan sebagainya memang tak ada rawatan pemulihan lagi, makan ubat sampai mati. Terima saja dan ubahsuai kehidupan dengan keadaan itu.

Ketika menilik diri saya, dia beritahu saya ada potensi keturunan kena serangan jantung. Dia lihat tanda itu pada jari hantu saya yang tidak lurus. Saya fikir mungkin betul sebab semua keturunan belah bapak mati kena serangan jantung. 

Dia juga lihat retina mata saya dan beritahu otak saya sangat aktif tak berhenti berfikir. Dia tanya samada saya ada kerisauan tertentu, saya jawan tidak. Yang buat saya paling seronok ada lah bila dia beritahu saya ada deria ke-6 yang jarang-jarang ada pada orang lain. Dia tanya samada saya nampak sesuatu yang orang lain tak nampak, saya jawab tidak.

Bila saya berdiri, memang nampak bahu saya senget sebelah. Itu motivasi utama yang buat saya setuju buat rawatan. Dan sudah tentu dibantu oleh ulasan diri tentang saya yang dia berikan itu buatkan hati rasa gembira dan bangga. Maka lesap lah duit saya dua tiga ribu di situ.

Kesan rawatan betulkan tulang

Ada kesan tak keadaan kesihatan selepas tabib rawat?

Itu yang sukar untuk saya nyatakan sebab memang tak pasti samada saya makin bagus atau samada sebelum dan selepas rawatan. Tabib tekankan perlunya ulang rawatan itu secara berkala untuk pastikan saya punya kedudukan tulang terus mantap. Tapi sudah tentu saya tak sambut saranan itu memandangkan ulang rawat bermakna ulang duit lesap. Bukan sedikit tuh!.

Rasanya semua urusan selenggara punya masalah yang sama dalam apa urusan sekalipun. Anda perlu buat aktiviti selengaraan ketika semuanya masih dalam keadaan elok. Jadi bila rajin buat secara berkala, maka masalah tak ada. Bila masalah tak ada, anda tertanya samada berbaloi atau tidak selenggara itu. 

Kalau tak buat jadi macam mana?

Aktiviti selenggara hanya akan kelihatan ketara hanya apabila ada masalah timbul. Memang sekali sekala masalah akan ada juga, mungkin atas faktor yang tak dapat dielak. Tapi oleh sebab anda tak pernah tertinggal urusan selenggara itu, maka anda akan sumpah orang yang buat selenggara sebab dia tidak berjaya tunaikan apa yang dijanji, iaitu masalah tak akan ada jika rajin selenggara.

Itu semua dilema khidmat pencegahan. Ia satu urusan yang masuk dalam kategori ghaib. Tak boleh nampak, tapi kena percaya.

Betulkan masalah sakit

Berbeza pula dengan khidmat betulkan masalah yang timbul. Ia lebih mudah untuk dibuat penilaian samada khidmat yang diberikan benar-benar berkesan atau tidak.

Bila saya berhadapan dengan masalah sakit tulang belakang bahagian bawah di bahagian pinggang, saya pergi dapatkan bantuan pakar tulang atau fisioterapi yang bersepah tumbuh seperti cendwan selepas hujan sekarang.

Nasib baik tak jadi masa saya mula-mula kenal habib di atas, kalau tidak lesap lagi duit beberapa ribu sebab tabib punya charges memang ganas. Mungkin sebab itu dia mampu beli banglo, kahwin 4 dan pakai passat.

Sekarang, pusat chiropractic memang banyak, tapi kos yang dikenakan masih dalam kategori mampu berbanding kos yang tabib belasah dulu. Sifu tulang yang paling awal saya pergi serahkan badan adalah di Sungai Petani, Master Ang namanya.

Pusat rawatan itu sentiasa ramai orang dari berbagai bangsa, tua dan muda lelaki dan wanita. Pembantu dia juga ramai terdiri dari kalangan anak-anak muda lelaki dan perempuan berbagai bangsa juga. Ada 2 sebab utama saya pergi set temujanji dengan Master Ang. 

Pertamanya sebab bahu sebelah kiri selalu tak selesa dan rasa sengal. Bila kepak naik atas masa stretching nak bersenam akan rasa sakit. Masalah kedua adalah pinggang. Rasa sengal pada bahagian antara peha dan pinggul sebelah kiri. Dah lama rasa macam tu, tak selesa dan kalau duduk lama-lama memandu makin terasa tak selesanya.

Master Ang perlu temujanji. Anda boleh call dia dan beritahu nak datang jam berapa untuk dia masukkan dalam jadual kemudian baru pergi. Bila sampai anda akan diberikan nombor dan berbaris dengan ramai lagi orang lain yang datang dengan berbagai masalah.

Masa mula saya pergi dia kenakan hanya RM70 sahaja. Tambah RM20 kalau nak ambik ubat herbanya yang dia syorkan. Itu orang panggil up-sell. Kalau anda pandai, tolak saja tawaran itu dan hanya ambil rawatan betulkan tulang.

Dengan kos tersebut dia akan betulkan awalnya pada tempat yang anda mengadu. Lepas itu dia lepaskan pada para pembantunya untuk kepak semua sendi anda dari tengkok, lengan, pinggang, dan akhirnya kaki. Dia buat keseluruhan badan tarik dan kepak. Selesai semua tu, boleh balik, jangan lupa bayar.

Saya pergi kali pertama, tak ada apa-apa perubahan sangat. Rasa macam tu juga. Saya fikir mungkin kena repeat banyak kali baru nak lega kot. Maka saya ulang lagi sampai 3 kali dan sama juga rawatannya, adalah ulangan sebijik seperti mana yang saya terima ketika kali pertama. 

Akhirnya saya stop begitu saja. Tak guna saya ulang pergi buat perkara sama dan balik tetap tiada perubahan dan kemudian pergi lagi dan masih tak ada perubahan sebabdia memang asyik ulang perkara sama saja.

Itu beza antara selenggara berbanding selesai masalah. Yang pertama adalah ghaib, tak nampak dan yang kedua anda boleh nilai sendiri sebab boleh nampak atau boleh rasa. Dan saya stop pergi ulang rawat dengan Master Ang sebab yakin tiada apa-apa perubahan langsung.

Rawatan tulang pro

Lepas itu saya dapatkan khidmat dari pengamal chiropractic yang bertauliah pula. Saya fikir mereka tentu tahu apa yang terbaik untuk selesaikan masalah saya.

Memang betul sangkaan saya. Masa pergi dia catit semua yang saya beritahu. Kemudian dia periksa dengan pegang dan tekan pada bahagian sakit. Lepas itu dia angguk kepala akui bahawa memang ada masalah kat situ.

Tapi masih belum habis, dia bagi satu surat untuk saya pergi ambil x-ray. Perlu dipastikan secara bergambar dengan melihat sendiri apa yang berlaku pada tulang belakang saya. Kos x-ray saja dan RM800, saya bayar saja. Kos konsultasi kali pertama RM150, saya bayar juga. Tak lah mahal sangat berbanding apa yang tabib belasah.

Siap x-ray, dia tunjukkan bagaimana setiap ruas tulang belakang saya itu di bahagian bawah sudah berubah kedudukannya. Perlu dibetulkan perlahan-lahan supaya dia kembali ke kedudukan asalnya. Maknanya saya perlu ulang pergi banyak kali sampai pulih dan kekal kena pergi untuk maintenance. Sekali pergi jumpa dan dia letupkan tulang saya kena bayar RM110. Kalau 10 kali dah kena RM1100, nampak macam sama ja tapi murah sikit.

Maka saya cuba juga teruskan dapat rawatan dan dibetulkan setiap kali pergi jumpa dengan doktor chiro itu. Dia ulang buat perkara sama saja yang saya rasa kalau saya ajar pada anak lelaki untuk lakukannya, dia boleh ganti apa yang doktor itu buat pada saya. Setelah beberapa kali pergi saya ubah ke pakat choropraktic lain pula di Shah Alam. Tadinya di PJ. Kawan beritahu kos di tempat baru tu murah sikit. Makasa ubah tempat pula.

Dan setelah beberapa kali saya pergi, mereka buat perkara sama saja, selitkan badan dan letupkan tulang pinggang saya. Dan akhirnya saya hentikan kesemuanya terus.

Mereka terangkan siap pakai model kerangka untuk tunjukkan apa yang berlaku pada segala tulang belakang saya itu. Dan mereka siap terangkan apa yang dilakukan dan tunjukkan bagaimana dia akan berubah setelah mendapatkan rawatan dari mereka. Saya percaya dan saya cuba dan saya henti dari percaya. Itu saja yang boleh saya katakan.

Semua usaha  yang saya buat di atas itu langsung tidak hilangkan rasa sengal pada sambungan antara paha dan pinggul dan tiada perubahan pada bahu kiri saya.

Plastik sokong tulang belakang

Semua itu berubah bila saya beli dan pakai benda plastik boleh ubah posisi untuk letakkan bahagian tulang belakang bawah saya yang bermasalah. Harganya murah dan perlu sekali bayar saja. Yang pentingnya cuba amalkan secara konsisten.

Takdir Allah, semua masalah saya hilang seperti di kutip buang. Tiada lagi masalah lenguh pinggang, tiada lagi masalah lenguh pinggul dan paha, tiada lagi masalah sakit bahu bila stretching. Ajaib sungguh alat tu.


Tapi itulah, dah banyak duit saya habiskan untuk mencuba dan akhirnya barang dalam RM10 ringgit itu saja yang selesaikan semua masalah. Yang penting amalkan secara konsisten dan insyallah semua kembali pulih ke asal. Nak beli kat shopee boleh klik pada link kat sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pusat rawatan chiropractic yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, duit habis tapi tak ada kesan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !