Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, May 5, 2008

Memertabatkan Bangsa Melayu

  Mohd Shubhi       Monday, May 5, 2008
Sekarang heboh dibicarakan orang betapa melayu perlu membuat sesuatu bagi memertabatkan semula ketuanan bangsa melayu di bumi bertuah tanah melayu, Malaysia ini. Sana-sini mula mendesak agar bahasa melayu di letakkan semula pada tempatnya sebagai bahasa utama di bumi Malaysia, bangsa Melayu harus melakukan sesuatu bagi mengekalkan ketuanannya di bumi Malaysia, kedaulatan raja-raja melayu harus dikembalikan semula dan berbagai-bagai lagi.
Secara peribadinya saya sendiri pening apa yang mahu diperjuangkan oleh kononnya pejuang bangsa ini. Adakah kita mahu kekal berkuasa di bumi Malaysia...?, adakah kita mahu identiti bangsa melayu yang di kekalkan atau adakah kita mahu bangsa melayu yang maju kehadapan bersaing dalam dunia globalisasi dan seterusnya menjadi bangsa yang dihormati dan digeruni atau ringkasnya satu kuasa besar dunia. Apa agenda kita...? apa matlamat kita...?
Kalau kita mempunyai satu matlamat yang terang dan pasti maka senanglah kita merangka perancangan dan polisinya bagi mencapai arah tuju kita.
Ada 2 permasalahan di sini:
1. Bangsa Melayu
2. Negara Malaysia
Mana satu yang kita mahu perjuangkan...? kemana mahu di bawa...? celaru...!
Nak mudah kita kena tambah satu lagi isu pokok, iaitu
3. Islam
Mari kita susun...Kita mahu Islam tegak di muka bumi, diterima sebagai satu cara hidup dan segala peraturannya diiktiraf sebagai yang terbaik oleh semua bangsa dan agama. Kita mulakan dengan menjadikan Malaysia sebagai contoh dan tapak permulaan. Kita bangsa melayu menjadi pelopor kepada agenda Islam ini. Kita buktikan dengan Islam identiti bangsa melayu kita kekal tak hilang. Kita sebarkan pada orang cina malaysia identiti mereka juga tak akan hilang jika mereka menerima Islam. Begitu juga bangsa lainnya. Orang Islam sama bersaudara, bangsa hanya sebagai identiti untuk kita saling kenal mengenali.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Memertabatkan Bangsa Melayu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !