Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, May 6, 2008

Tugas kita sebagai manusia

  Mohd Shubhi       Tuesday, May 6, 2008
Sebagai muslim saya wajib menunaikan hak-hak orang lain yang telah diamanahkan kepada saya di samping menunaikan hak-hak Allah yang tergalas di bahu saya. Saya harus melunaskan segala ibadah wajib khusus seperti solat dan puasa, ibadah yang lain seperti zikir, membaca Quran begitu juga sentiasa mempertingkatkan usaha dalam mendekatkan diri saya kepada Allah dengan sentiasa membersihkan hati.

Saya tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri dalam usaha menyuci hati dan mendekat diri kepada Allah kerana ditakdirkan saya mempunyai tugas-tugas lain yang harus dipenuhi seperti melaksanakan tugas sebagai seorang suami, seorang ayah seorang anak, ahli masyarakat, seorang majikan, seorang kawan, seorang adik, seorang abang, seorang rakan, dan lain-lain lagi. Masing-masing memerlukan penumpuan yang berkadar dengan sejauh mana hubungan dan tanggung jawab saya kepada pihak lain yang tersebut.

Diantara yang paling besar tugas saya buat masa ini adalah tugas saya dalam mendidik anak-anak dan isteri. Maka saya pastikan setiap hari ada masa yang di peruntukkan untuk mereka. Apabila pulang saja dari kerja saya pastikan saya melemparkan senyuman pada isteri saya seterusnya melayan kerenah semua anak-anak saya yang masih kecil. Tugas melayan dan mendidik anak-anak ini masyaallah ! sangatlah mencabar. Untuk memahami mereka saya mesti membuang segala anggapan yang terbentuk di dalam diri saya sebagai seorang dewasa. Pilihan saya dalam membuat rumusan mestilah amat luas sesuai dengan segala kemungkinan pilihan yang amat banyak sebagai seorang kanak-kanak. Ini bukan lah satu tugas yang mudah. Bayangkan sikap kanak-kanak yang mahu bercakap serentak, dan semuanya mahu mereka dilayan dalam masa yang sama. Menunggu giliran masing-masing bukanlah sesuatu yang difahami oleh mereka. Keupayaan saya yang terbatas tidak dapat mendengar 3 percakapan serentak tidak dapat diterima oleh mereka.
Dalam melalui semua proses itu saya harus bersabar untuk menjadi mereka (berfikir seperti mereka) dalam proses membentuk mereka menjadi saya (dewasa). Kanak-kanak tidak pernah tewas tapi sepanjang masa saya yang tewas dahulu, tak sabar, tak dapat mengawal emosi, otak letih bekerja menyesuaikan cara berfikir...dan akhirnya saya akan merajuk. Lemahnya saya...! tak apalah...cuba dan cuba lagi jangan putus asa. Moga-moga semua itu termasuk dalam amal kebajikan saya untuk bekalan di hari kemudian. Amin...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tugas kita sebagai manusia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !