Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, May 8, 2008

Aktiviti Harian

  Mohd Shubhi       Thursday, May 8, 2008
Setelah solat subuh saya terlelap sebentar sebelum bersiap ke pejabat. Biasanya saya akan keluar berjogging sebelum bersiap untuk ke pejabat, tapi hari isnin dan khamis adalah hari saya berpuasa sunat, cuma dua hari tersebut saja saya tak turun berjogging.


Sebelum ke pejabat saya akan pastikan makanan untuk sarapan semua orang dirumah di sediakan terlebih dahulu. Biasanya saya akan keluar membeli nasi lemak dan kueh mueh. Semua yang saya beli kemudiannya saya hidangkan di atas meja sebelum saya bertolak ke pejabat.


Hari ini saya singgah di kedai membuat sticker kenderaan untuk menempa sticker pengiklanan yang nak ditampalkan pada van yang baru dibeli oleh syarikat saya. Selesai berurusan disitu saya terus ke pejabat. Sampai di pejabat saya membuka lap top dan mula memeriksa e-mail. Selesai membaca e-mail saya menerima panggilan dari seorang rakan dari pulau pinang mengajak saya bersarapan bersama dengan ramai lagi rakan-rakannya. Saya terus bertolak ke tempat mereka bersarapan yang terletak tak jauh dari office saya. Walaupun saya berpuasa namun saya tak pernah melepaskan peluang jika di ajak berkumpul berbincang lebih lagi jika ada orang baru yang saya boleh berkenalan. Ini amat penting untuk saya meluaskan rantaian kenalan saya dan ianya amat berguna untuk seorang ahli perniagaan.


Tak lama berborak dengan mereka seorang lagi kawan menelefon mengajak saya bertemu seorang usahawan kedai buku di Carrefour Wangsa Maju. Saya meminta diri untuk ke sana. Memang saya merancang untuk menghantar kereta volvo S40 saya untuk diservis di Sri Gombak, sesuai sekalilah ajakan kawan saya itu. Saya bertolak ke Sri Gombak dan kawan saya datang mengambil saya di kedai service kereta tersebut. Kami menuju ke Wangsa Maju.

Kami masuk ke dalam ruang legar Carrefour dan terus mencari kedai buku Sarjana. Letaknya di hujung pintu keluar dari ruang membeli belah carrefour. Penuh disusun dengan buku-buku yang kebanyakannya berupa kitab-kitab agama. "Di samping kita mencari rezki kita juga berperanan untuk membawa ilmu-ilmu keagamaan dekat kepada orang ramai, ini juga satu dakwah" Kata Tajudin pemilik kedai buku tersebut. Kata saya dalam hati, tidak hairan dia berjaya kerana dia mempunyai falsafah perniagaan yang sempurna. Ini amat penting dalam seni keusahawanan. Di samping keuntungan sesuatu perniagaan itu mestilah mempunyai matlamat dan tujuan yang tersendiri. Ini dapat memastikan usahawan sentiasa berada di landasan yang betul dan dapat bertahan walau apa keadaan sekalipun.
Saya sempat membeli beberapa buah kitab dengan harga diskaun untuk santapan minda saya. Selesai di situ saya bertolak ke bengkel kereta untuk mengambil kereta saya. Dari bengkel saya balik semula ke pejabat. Hari dah hampir magrib saya pergi membeli sedikit makanan sebagai juadah saya berbuka. Saya solat magrib di masjid berhampiran pejabat kemudian terus menuju ke puchong untuk mengikuti kuliah tafsir di surau tempat tinggal saya yang di adakan setiap malam jumaat. Saya ikuti kuliah hingga insya kemudian terus balik ke rumah untuk bersama dengan keluarga.
Begitulah satu hari saya habiskan sementara menantikan hari esok untuk aktiviti seterusnya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Aktiviti Harian

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !