Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, May 12, 2008

Usrah Bulanan - Pas Kawasan Puchong

  Mohd Shubhi       Monday, May 12, 2008
Sabtu lepas saya berpeluang ikuti usrah bulanan anjuran PAS Puchong, majlis ilmu tersebut di sampaikan oleh Ustaz Zulkifli dari Melaka. Agak ramai yang hadir termasuklah yang di pertua kawasan iaitu Ustaz Mohd Nasir. Ilmu yang disampaikan adalah ilmu Tasauwuf dan malam itu Ustaz menghuraikan nasihat yang bertajuk "Jangan Kekal Buat Maksiat". Banyaklah yang dapat dipelajari pada malam tersebut. Kulian bermula pada pukul 9 dan berakhir pada pukul 10.30 dengan sesi soal jawab.
Ada 3 soalan yang berkisar tentang tajuk yang telah dibahaskan oleh Ustaz. Namun soalan yang berikutnya tiba-tiba bertukar kepada masalah kepimpinan parti. Satu golongan yang tidak berpuas hati terhadap perlantikan Ahli Majlis terhadap satu golongan lagi. Mereka meminta pendapat Ustaz untuk menjawab soalan tersebut.
Kesian Ustaz datang dari jauh untuk menyampaikan Ilmu, tapi yang hadir lebih berminat untuk mengheret Ustaz masuk ke dalam masalah kepimpinan parti. Adakah mereka tiada saluran lain untuk bahaskan isu tersebut. Mengapa membangkitkannya dalam majlis ilmu..?Atau ada saluran tapi apabila di jemput mesyuarat mereka tak hadir. Malanglah mereka yang tak dapat membezakan antara majlis ilmu dan majlis mensyuarat pergerakan parti. Bila nak sedar agaknya...?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Usrah Bulanan - Pas Kawasan Puchong

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !