Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, May 13, 2008

Pemasaran Konvensional

  Mohd Shubhi       Tuesday, May 13, 2008
Bulan ini iklan syarikat saya mula disiarkan di majalah SME. Sebuah majalah yang memfokuskan pada perkembangan industri kecil dan sederhana kecil dan juga keusahawanan di negara Malaysia. Sebelum ini saya ada menyiarkan iklan syarikat saya di akhbar sinar selama 3 bulan berturut-turut setiap hari. Dengan tersiarnya iklan di majalah SME dan akhbar sinar, lengkaplah sasaran saya untuk memasarkan perkhidmatan syarikat saya pada rumah, pejabat dan komersial.
Banyak yang saya pelajari hasil daripada aktiviti pengiklanan tersebut. Beberapa hari iklan tersiar di akhbar, saya dapati para pegawai jualan saya perlu diberikan penerangan tentang apa yang saya mahu mereka ketengahkan apabila adanya pertanyaan atau permintaan dari pada bakal pelanggan. Saya harus memahamkan mereka bahawa mereka yang membuat panggilan kepada syarikat hasil dari pengiklanan adalah mereka yang sudahpun mempunyai keinginan atau keperluan untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat saya. Oleh itu tugas para pegawai jualan adalah untuk menterjemahkan panggilan tersebut kepada satu peluang. Ini melibatkan keupayaan jurujual untuk menambat hati bakal pelanggan dan meyakinkan mereka bahawa mereka telah membuat keputusan yang bijak dengan menghubungi syarikat ini. Para pegawai jualan hendaklah menjelmakan satu kepercayaan bahawa kami di sini benar-benar ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemanggil dan keuntungan bukan lah keutamaan syarikat.
Melalui aktiviti pengumpulan respon harian hasil dari pengiklanan tersebut saya akhirnya berjaya merumuskannya dalam bentuk manual yang menyeluruh yang akan saya berikan penerangan dan latihan kepada semua para pegawai jualan saya. Saya mahu semua kakitangan syarikat bercakap bahasa yang sama, menuju arah yang sama dan mempunyai satu budaya yang sama iaitu budaya syarikat Knockout Fumigation Sdn Bhd.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pemasaran Konvensional

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !