Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, June 13, 2008

Kat mana nak jimat lagi...?

  Mohd Shubhi       Friday, June 13, 2008
Semua barangan dan perkhidmatan naik harga. Kat mana saya boleh potong belanjaan saya lagi dan pastikan keadaan inflasi sekarang tidak mengganggu perancangan kewangan saya.
1. Makan Minum

-Selalunya saya suka minum pagi kedua di kedai mamak (selepas minum pagi di rumah) sambil membelek akhbar untuk mendapatkan maklumat terbaru. Begitu juga waktu petang saya akan cari mana-mana kedai minum untuk relax sebentar. Tabiat ini saya akan tinggalkan.

-Saya akan pastikan untuk makan malam di rumah bersama keluarga dan tidak makan di luar. Jadi nampaknya saya kena sentiasa balik awallah.

-KFC, Pizza Hut, Mc Donald, Nasi beriani, dan lain-lain lagi seumpamanya akan saya elakkan diri seumpama mengelakkan diri dari Konsert Jom Heboh...! saya juga terpaksa pastikan anak-anak saya tidak akan melihat iklan-iklan atau kedai-kedai tersebut atau mendengar perkataan-perkataan tersebut...(mencabar tu...)

-Belanja orang makan atau minum tiada lagi dalam kamus melainkan untuk kenduri atau tujuan perniagaan.

-Membeli biar kurang. Tak cukup lebih baik daripada berlebihan.
- Snek, atau apa saja biskut tak payah beli kalau mahal.

- Rokok memang tak payah beritahu lah... HENTIKAN...!

2. Kenderaan / Travel

-cuci kenderaan di kedai kereta akan dihapuskan sama sekali. Tiada tolak ansur dalam hal ini.

-Kena beli motosikal sebagai alternatif kepada penggunaan kereta. Tapi nak beli motosikal melibatkan kos yang tinggi juga. Mungkin kena beli basikal kot...!

- Kalau ada yang nak beli kereta Volvo S40 tu segera jual sebelum dia ubah fikiran.
- Long Distance Travel kalau kurang dari 4 orang hanya dengan kenderaan awam.
- Pergi surau jalan kaki saja. Juga pergi kedai beli kueh atau lain-lain, sila berjalan kaki saja.

3. Peralatan / Hiburan

- tiada hiburan berbayar yang dibenarkan. Apa saja lah, seperti beli VCD, masuk Zoo, taman burung dan lainnya.

- Jalan-jalan makan angin jangan harap lagilah...!

-set golf elok jual saja, kalu ada kena main, mahal tu. Tak ada, tak boleh main...jimat !.

- Kurangkan tengok TV, jimat letrik, kurang terpengaruh dengan iklan. Banyak baca buku, buku pun kalau boleh pinjam saja.

- Kalau anak-anak minta pergi taman, bawa saja ke taman dekat rumah. Tak payah pergi jauh-jauh.

4. Rumah / Penginapan

-Apa saja yang dah ada cukuplah, rumah tak perlu renovate, perabut tak perlu tukar, rosak baiki sendiri.
- Banyakkan duduk rumah, sentiasa ligat fikir bagaimana nak isi ruang waktu agar anak-anak seronok duduk kat rumah.

-Pendingin hawa cabutkan dari plug dan pasang notis.."untuk hiasan sahaja".

5. Kesihatan
- Tak payah beli segala suplementary yang ada dijual di pasaran. Cukup dengan beli buah-buahhan dan sayuran dan banyakkan bersenam.
- sakit sikit-sikit relax dulu untuk 3 hari, kalau makin teruk baru pergi klinik swasta, kalau nak pi klinik awal pergi saja klinik kerajaan.


7. Perhubungan / Pembelajaran
- Lebih banyak menerima panggilan daripada membuat panggilan phone.
- Jangan tengok iklan handphone, nanti terpengaruh nak beli yang baru.
- Jangan jumpa kekawan kalau tak ada keperluan. Kalau boleh suruh kawan datang ke rumah saja.
- Berhenti hantar anak-anak pergi kelas tambahan (tuisyen), atau pergi mengaji, ajar sendiri saja. Boleh jimat yuran dan logistik.
- Hari jadi, hari lahir, anak atau isteri atau lainnya, kalau boleh buat-buat lupa terus.

Itu saja yang terlintas, nanti kalau ada boleh tambah lagi senarainya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kat mana nak jimat lagi...?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !