Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 17, 2008

Visi, Misi & Nilai

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 17, 2008
Jika seseorang individu ingin berjaya dia mestilah mempunyai tujuan hidup, objektif hidup dan juga nilai pegangannya. Berdasar ketiga perkara tersebut keseluruhan tenaganya akan dikerahkan kearah mencapai visinya. Tiada erti putus asa dalam kamus hidupnya, sentiasa memberi tumpuan agar tidak tergelincir dari landasan. Bergerak maju dan maju sehingga tercapai cita-citanya. Insyaallah jadilah dia manusia yang berguna dan berjaya.
Begitulah juga jika kita mempunyai satu perniagaan. Amat penting untuk kita memulakan perniagaan kita dengan menetapkan Visi, Misi dan Nilai perniagaan tersebut. Bermula dari ketiga-tiga perkara itu kita akan merangka segala aktiviti perniagaan kita kearah mencapai matlamat akhir. Keuntungan merupakan perkara yang kedua, ia bukanlah matlamat utama. Contohnya seperti peniaga kain baju, jika matlamat utamanya ialah untuk melaksanakan fardu kifayah atau menyediakan pakaian untuk menutup aurat, perniagaannya akan melihatkan satu identiti yang ditakrif dan dizahirkan dengan baik. Perniagaannya mempunyai polisi yang terurus dan bersistem. Perniagaan sebegini insyallah akan berjaya.
Untuk itu saya telah merangkakan Visi, Misi dan Nilai syarikat saya seperti berikut.
Visi Syarikat (Kenapa syarikat saya diujudkan...?:
"Untuk menjadi sebuah syarikat pengurusan makhluk perosak yang terbaik"
Misi Syarikat (Apa syarikat buat...?):
"Kami menyediakan dan melaksanakan perkhidmatan pengurusan makhluk perosak yang menyeluruh, berinovasi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pengguna dengan menggunakan sistem kawalan bersepadu"
Nilai pegangan syarikat :
"Syarikat memberi tumpuan kepada Keselamatan, Pembaikan berterusan, Keperihatinan dan Kerjasama berkumpulan"

Moto Syarikat: " Melindungi diri anda, keluarga anda, masyarakat sekeliling anda dan harta benda anda"

Apa yan saya maksudkan untuk menjadi sebuah syarikat kawalan makhluk perosak yang terbaik adalah untuk menjadikan syarikat saya bertaraf dunia atau "World Class".
Persoalannya sekarang ialah bagaimana saya dapat merealisasikan matlamat tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan bertaraf dunia ?... saya masih mencari jawapannya hingga sekarang. Anda ada cadangan atau pandangan tentang bertaraf dunia ? komen anda dialu-alukan...!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Visi, Misi & Nilai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !