Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, June 23, 2008

Menuju kehancuran

  Mohd Shubhi       Monday, June 23, 2008
Saya berbual dengan seorang ahli jemaah di surau taman saya pada hari ahad lalu selepas solat isya. Dia bertanyakan rumah yang mana satu saya tinggal. Maklumlah saya orang baru di taman itu. Saya memberikan alamat rumah saya padanya. Dia bertanya kalau saya ada kenal sesiapa jiran yang tinggal berhampiran dengan rumah saya. Saya memberikan nama mereka satu persatu namun masih ada lagi yang saya tak berkesempatan bertemu. Agak susah untuk mengenali mereka kerana masing-masing sibuk. Saya mengharapkan untuk mengenali jiran-jiran saya melalui surau, namun malangnya mereka tak pernah ke surau !.
Rakan saya itu menerangkan bahawa ahli khairat kematian yang berdaftar di situ seramai lebih dari 70 orang, yang sering ke surau hanya seramai lebih kurang 10 orang sahaja. Saya tanya padanya yang lain macam mana ?, dia jawab yang lain tu Islam masing-masing. Tidak hairanlah masyarakat kita porak peranda sekarang. Gejala sosial memuncak, semangat kesatuan tidak wujud, masyarakat senang kena tipu, majoriti umat jahil dan macam-macam lagi.
Kita nampaknya hanya mengejar duit, duit dan duit. Pedulikan apa nak jadi pada jiran kita, pedulikan apa nak jadi pada surau kita, perdulikan apa nak jadi pada masyarakat kita, engkau dengan islam engkau aku dengan islam aku. Begitulah lebih kurang rumusannya. Jika begini berterusan jangan harap Islam akan subur di bumi Malaysia.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Menuju kehancuran

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !