Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 10, 2008

Ajar Iqra

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 10, 2008
Semalam sekolah dibuka semula selepas bercuti selama 2 minggu. 2 orang anak saya juga tak terkecuali untuk menyambung semula kelas mereka di tadika. Kelas mengaji Iqra juga disambung kembali selepas bercuti selama 2 minggu. Kelas tadika bermula pada waktu 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Pada waktu malam pula saya akan menghantar mereka ke tempat yang sama untuk mengikuti kelas Iqra.
Semalam saya mengambil keputusan untuk tidak menghantar mereka lagi ke kelas Iqra, tapi saya belum lagi memberitahu isteri saya tentang keputusan saya itu walaupun saya ada memberikan bayangan untuk berhenti menghantar sebelum ini. Isteri saya menyiapkan mereka selepas solat magrib untuk ke kelas Iqra. Selesai mereka bersiap sayapun berkata pada isteri saya yang tak perlu pergi mengaji lagi bermula malam ini. Isteri saya agak terkejut, "habis siapa nak ajar mereka mengaji ?" isteri saya bertanya. Saya dengan selamba menjawab "kita ajar mereka sendiri". Lantas saya menyuruh kedua-dua anak saya masuk ke bilik sembahyang membawa kitab Iqra masing-masing. Saya pun mula membuka kitab Iqra mereka dan mula mengajar.
Saya berperang dengan ketidak sabaran saya untuk menngajar mereka agar lekas pandai membaca. Memang sukar untuk mengajar kanak-kanak, kita dipengaruhi oleh pemikiran kita yang dah tahu membaca ini dan menggangap level mereka seperti kita. Sepanjang mengajar saya sentiasa mengingatkan diri saya agar memahami bahawa mereka tidak tahu dan belum benar-benar mengenali huruf-huruf Al-Quran. Saya juga harus mencari jalan agar mereka berminat untuk diajar oleh saya. Untuk itu saya harus mengenali perwatakan mereka masing-masing, di mana kekuatan mereka dan kelemahan mereka. Cara apa yang mereka cepat memahami segala yang diajar. Tentu amat menarik sekali aktiviti mengajar anak-anak saya ini.
Saya akan gunakan kesempatan ini untuk mengenali anak-anak saya. Saya juga dapat melatih diri saya untuk sentiasa bersabar dalam mencapai matlamat. Moga usaha saya ini mendapat ganjaran di sisi Allah dan meningkat lagi keimanan saya. Amin
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ajar Iqra

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !