Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, July 4, 2008

Bencana komunikasi tiada batasan

  Mohd Shubhi       Friday, July 4, 2008
Pada zaman permulaan islam dahulu, segala maklumat disebarkan melalui mulut ke mulut dan juga surat menyurat. Sebaran maklumat berlaku amat perlahan melalui cara tersebut. Ini membolehkan maklumat disaring atau ditapis terlebih dahulu sebelum sebaran selanjutnya berlaku. Segala maklumat yang berupa fitnah lebih mudah ditangkis sebelum ianya menjadi racun yang membinasakan.
Pada zaman kita ini yang teknologi maklumat menjadi menjadi amat canggih, segala sebaran maklumat disebarkan sepantas kilat. Sebaran yang benar atau berupakan fitnah menjadi sesuatu yang sukar untuk ditapis terlebih dahulu. Kita melihat mereka yang terkena racun sebaran fitnah berlaku berleluasa. Dunia menjadi kelam kabut dan bercelaru. Mana yang benar mana yang salah menjadi sukar untuk kenal pasti.
Kita amat saling berhubungan antara satu sama lain. Tiada batasan, setiap masa kita berada dalam keadaan bersedia untuk saling berhubungan antara satu dengan yang lain. Racun sebaran fitnah menyerang setiap kita bertubi-tubi. Tetapi dalam kita mengalami keadaan sedia berhubung tersebut, kita jarang bertemu muka, hubungan kita hanya berupa ayat, atau suara. Hubungan sosial kita terbatas. Kehangatan kita bertemu mesra menjadi kurang. Perhubungan emosi yang lengkap kita terbatas. Kita sentiasa berhubung namun kita tidak mesra. Kadang-kadang kita tak pernah bersua.
Akibat dari itu kita tidak dapat benar-benar saling menyelami antara satu sama lain. Apatah lagi merasakan kejujuran teman berhubung kita. Walau pun begitu, kita selalunya leka dengan situasi tersebut. Segala penyampaian yang kita terima kita jarang berhati-hati. Kita sesekali menelan saja sebaran maklumat itu dan sesekali menyebarkan semula. Kita lansung tidak mengkaji dari mana sumber maklumat, bagaimana orang yang mula mencetuskannya itu, adakah ia jujur, berilmu, berakhlak atau sebaliknya. Adakah sumber itu seorang yang adil, jarang melakukan dosa kecil apatah lagi dosa besar.
Fitnah terkena pada hampir semua golongan. Politik, agama, cendikiawan, ulamak, dan lain-lain lagi. Ulamak yang berfahaman berbeza saling berperang menjatuhkan satu sama lain. Golongan yang jahil juga mengambil bahagian yang menambahkan lagi daya musnah racun fitnah. Golongan yang berilmu juga aktif menyebarkan dakwah atau dakyah, menghentam golongan yang tidak sefahaman. Hingga adakalanya ulamak sasaran kritikannya, tidak pernah dia bertemu muka, apatah lagi cuba mengenali dan bermuzakarah, mencari titik persamaan atau perbezaan. Yang sering terjadi, mereka lantang berseteru dari jarak jauh dan melibatkan golongan awam ke dalam kancah pertelingkahan.
Saya pasti mereka jujur atas nama kebenaran. Tapi ada baiknya kita menyaring atau menapis segala maklumat dengan menggunakan metodologi Imam-imam hadis seperti Imam Al-Bukhari. Bukan semua yang kita terima untuk kita simpan sebelum kita menganalisa kesahihannya, walaupun maksudnya baik.
Marilah kita kembali kepada adab berhubungan dan penyampaian Islam. Jangan kita sebarkan maklumat terutamanya yang melibatkan pihak ketiga sebelum kita benar-benar pasti sumbernya. Adakah sumber itu ahli dalam perkara yang disebarkannya, adakah dia adil, dan lain-lain lagi....sila rujuk dan kaji bagaimana Imam Bukhari menyaring hadis.
Wallahu'alam.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bencana komunikasi tiada batasan

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. salam... apa khabar sekarang..

    ReplyDelete
  2. Benar, jika kita kembali mengikut metodologi generasi salaf..banyak perkara akan selesai.

    ReplyDelete
  3. Ya ! alangkah baiknya kita sebagai umat islam mengamalkan segala saranan yang telah termaktub didalam ajaran islam terutamanya adab berkomunikasi dan penyebaran maklumat serta ilmu.
    Jika kita mengambil etika periwayatan maklumat serta ilmu dengan menggunakan metodologi para ulamak terdahulu nescaya segala sejarah dunia yang ada sekarang di atas muka bumi ini akan terbatal melainkan sumber maklumat dari Al-Quran dan juga sunnah sahaja yang dapat diterima pakai kesahihannya.
    Benarlah sabda nabi yang lebih kurang bermaksud Aku tinggalkan pada kamu 2 perkara yang jika umatku mengikutinya nescaya selamat, iaitu A-Quran dan Sunnahku.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !