Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 16, 2008

Kesedaran Sivik

  Mohd Shubhi       Thursday, October 16, 2008

Semalam saya makan tengahhari dengan kawan saya yang bekerja di Sepang Internasional Circuit. Dia menanyakan saya tentang masalah lalat yang amat menggangu ketenteraman. Kehadiran lalat menyebabkan orang menganggap kawasan tersebut sebagai tidak bersih. Terutamanya para pelancong dari luar.

Saya memberitahunya yang lalat harus di cegah bukannya di bunuh. Kita haruslah menguruskan sistem pembuangan sampah kita dengan baik, menguruskan sistem ternakan dengan baik dan ini perlu dilakukan seluruh negara. Semua orang harus ada kesedaran sivik yang tinggi.

Kawan saya itu mengaku yang itu sesuatu yang amat sukar. Tetapi dia hairan bagaimana orang jepun dan orang barat dapat melakukannya. Dia menceritakan pada saya lawatannya ke litar lumba Fuji Speedway, Jepun baru-baru ini.

Di sana dia tidak menemui satu tong sampah pun, puas dia mencari di sekitar komplek tersebut. Setelah bertanya kepada seorang pengunjung jepun, dia melihat pengunjung tersebut mengeluarkan beg plastik dari beg galasnya. Rupa-rupanya mereka membawa tong sampah mereka sendiri.

Orang jepun kuat merokok, dan mereka membawa tempat habuk rokok mereka sendiri. Sampah yang mereka kumpulkan akan mereka buang sendiri di rumah mereka.

Begiti juga di Eropah. Kawan saya menceritakan pernah sekali dia menumpang kereta kawannya seorang mat saleh perancis. Ketika dalam berjalanan tersebut dia mencampakkan puting rokok ke luar kereta.

Tiba-tiba kawannya ke tepi jalan dan berhenti dengan tiba-tiba. Dia terus mengarahkan kawan saya itu pergi mengutip semula puntung rokoknya itu dan membuangnya dalam tong sampah sambil berkata. Saya tak suka orang buang sampah di depan rumah saya dan saya yakin orang lain juga begitu.

Kita di Malaysia berbagai usaha dijalankan untuk memberi kesedaran sivik pada rakyat, namun hampa. Di Barat tiadapun pelajaran Sivik tapi mereka hebat.

Melalui pemerhatian saya untuk tanam kesedaran sivik yang tinggi memerlukan jiwa yang sensitif, jiwa yang sensitif hanya ada pada orang yang berjiwa halus, jiwa yang halus ada pada orang yang mencintai seni.

Seni merupakan keindahan, keindahan ada pada segenap bumi ciptaan Allah. Kita melihat rimbunan tumbuhan yang menghijau, berbagai aneka jenis tumbuhan, berbagai warna, berbagai jenis bungaan.

Keindahan juga ada ada pada kejadian malam dan siang, pertukaran malam dan siang mempamekan seni yang cukup sempurna, mendamaikan insan yang berjiwa halus yang melihatnya.

Keindahan musnah apabila kita menghancurkan alam sekitar, apabila kita lalai dari menjaga kebersihan.

Cuba kita pergi sejenak di tepi pantai di waktu pagi, pejamkan mata. Kita dapat mendengar irama yang sungguh merdu. Deruan ombak memecah pantai. Sisiran dedaun ditiup angin mengalunkan irama yang gemersik, di tambah dengan kicauan burung yang riang mencari makan dari dahan ke dahan.

Semua itu adalah seni halus yang dicipta Maha Esa. Allah Tuhan yang Maha Sempurna, Maha Indah. Hanya jiwa yang kasar yang tidak menghargai semua keindahan itu.

Didiklah generasi bangsa kita sedari kecil tentang semua itu. Bawa mereka menikmati alam ciptaan Tuhan. Sudah tentu kita dapat melahirkan geberasi yang berjiwa seni, sensitif dan peka kepada keindahan. Tentu mereka tak sanggup melihat segala keindahan itu dimusnahkan. Lahirlah masyarakat yang berhemah tinggi.

Seni keindahan alam adalah percuma untuk sesiapa saja yang mahu menikmatinya. Jangan memberi alasan kesusahan menghalang kita menikmatinya.

Jadi bezanya kita dengan orang eropah ialah tahap minat kita pada seni, orang eropah amat meminati seni, mereka pupuk anak-anak mereka pada meminati seni, ini dapat melahirkan masyarakat yang berjiwa halus. Maka lahirlah masyarakat yang berhemah dan punyai kesedaran sivik yang tinggi.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kesedaran Sivik

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !