Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, November 27, 2008

Jenama - '30 Jenama Paling Berharga di Malaysia 2008'

  Anonyme       Thursday, November 27, 2008
Kenapa pentingnya jenama pada perniagaan ? Jenama adalah sesuatu nama yang mengasingkan satu produk berbanding produk yang lain. Jenama wujud dalam semua jenis perniagaan termasuk perniagaan di kampung.

Contohnya di kampung saya di Anak Bukit, ada seorang makcik yang menjual nasi lemak yang unik dan sangat sedap, seluruh dunia saya cari tak jumpa nasi lemak Mak Teh ini. Ini adalah satu bentuk penjenamaan yang dibuat oleh Mak Teh dengan resepi yang istimewa dan unik yang tidak terdapat di tempat lain di Malaysia. 

Namun bagi perniagaan moden, kita perlu untuk mewujudkan dan merancang untuk membangunkan jenama. 

Apa fungsi jenama ?

  1. Membezakan produk kita berbanding produk orang lain dari segi kualiti, fungsi dan lain-lain
  2. Pelanggan sanggup membayar harga premium atau harga lebih tinggi berbanding harga biasa. Manusia sanggup membayar lebih untuk mendapatkan nilai yang lebih tinggi.
  3. Meningkatkan permintaan secara lebih 'stable' dan ini akan ......
  4. Mengurangkan kos pembuatan barangan. 
  5. Menjamin jangka hayat dan perkembangan sesebuah syarikat dengan lebih lama dan menguntungkan.
Inilah apa yang dikehendaki oleh semua pemilik atau CEO syarikat di dunia.

Selain dari merancang dan membangunkan jenama, sebagai seorang peniaga kita juga boleh menjenamakan barangan yang kita dapati mempunyai peluang masa depan yang cerah.

Contohnya seperti Dietrich Mateschlitz dari Austria yang melancong ke Thailand dan telah merasa satu minuman yang belum pernah dirasa sebelum ini. Minuman ini adalah Krating Daeng. Beliau mengubah nama minuman ini kepada jenama "Red Bull" dan harini mencatat jualan sebanyak USD 2.6 billion.

Satu lagi yang kita perlu ingat, pelanggan tidak membeli jenama sebenarnya. Pembeli akan membeli sesuatu dalam kategori yang baru. Dalam contoh diatas, Mateschlitz menjual minuman dengan kategori "energy drink" atau minuman bertenaga yang pada waktu itu belum lagi dikomersialkan. 

Sebagai seorang pemula atau pioneer, kita akan menjadi orang yang mengaut keuntungan paling tinggi dan dapat bertahan paling lama seperti Coca-cola yang sudah bertahan 122 tahun.

Berikut adalah senarai 30 Jenama Paling Berharga di Malaysia yang dikeluarkan oleh akhbar "Financial Daily" bertarikh 26 November 2008. (Di dalam kurungan adalah nilaian harga dlm RM untuk jenama tersebut)

  1. Maybank (RM 9,347 juta)
  2. Public Bank (RM 6,812 juta)
  3. CIMB (RM 6,257 juta)
  4. Genting (RM 4,469 juta)
  5. Parkson (RM 4,196 juta)
  6. Celcom (RM3,899 juta)
  7. Astro (RM 3,375 juta)
  8. Petronas (RM 3,014 juta)
  9. DiGi (RM 3,007 juta)
  10. Hong Leong Bank (RM 2,946 juta)
  11. Perodua (RM 2,798 juta)
  12. Giant (RM 2,227 juta)
  13. Malaysia Airlines (RM 1,829 juta)
  14. Sime Darby (RM 1,638 juta)
  15. TV3 (RM 1,036 juta)
  16. YTL (RM 781 juta)
  17. AmBank (RM 705 juta)
  18. RHB Bank (RM 607 juta)
  19. Jobstreet.com (RM 391 juta)
  20. The Star (RM 387 juta)
  21. AirAsia (RM 387 juta)
  22. Dutch Lady (RM 306 juta)
  23. Affin Bank (RM 237 juta)
  24. MAA (RM 219 juta)
  25. Padini (RM 204 juta)
  26. Kurnia (RM 197 juta)
  27. Sin Chew (RM 190 juta)
  28. Proton (RM 150 juta)
  29. Ogawa (RM 104 juta)
  30. Sunway (RM 101 juta)
Laporan berita ini boleh dibaca di sini 

Sekian untuk kali ini.

Shahabudeen Jalil
27 November 2008
Guangzhou, China.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jenama - '30 Jenama Paling Berharga di Malaysia 2008'

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !