Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, November 7, 2008

Masuk Islam

  Mohd Shubhi       Friday, November 7, 2008


Pada suatu petang saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan, Norizan namanya. Dia mahu berjumpa dengan saya sebentar, "ada hal penting", katanya.

Saya meminta dia menunggu saya di sebuah kedai minum di Subang. Sesampainya saya di kedai tersebut, saya melihat dia bersama seorang lagi kenalan yang saya kenali. Seorang wanita yang beragama kristian. Memang saya tahu yang Norizan agak rapat dengan Magdalena atau Mag seperti yang selalu kawannya panggil.

Setelah duduk dan pesan minuman, Norizan memulakan ceritanya. Dia sebenarnya mahu tahu bagaimana mahu ke Perkim untuk masuk Islam. "Mag nak masuk Islam" katanya. Dah lama dia menyatakan hasratnya untuk masuk Islam tapi tak tahu macam mana nak buat.

Sebelum ini Norizan pernah membawa Mag ke sebuah Masjid untuk bertanyakan hal itu, namun pihak masjid menyuruh mereka pergi menemui seorang makcik berhampiran yang merupakan seorang guru mengaji quran.

Mereka pergi pula menemui Makcik tersebut namun Makcik itu kata dia tak tahu nak uruskan hal begitu,"ini kena pergi Perkim, saya tahu ajar mengaji saja", tambahnya lagi.

Norizan teringatkan saya dan mengajak Mag berjumpa dengan saya. Saya rasa marah dan kesal dengan kejahilan orang-orang yang disebutkan tadi. Mengapalah mereka begitu jahil dan menyusahkan hal yang amat mudah seperti.

Saya terus menyuruh Mag menyatakan keislamannya di depan saya dan Norizan. Pada mulanya mereka agak ragu-ragu, tapi setalah saya terangkan bahawa untuk masuk Islam tu mudah saja, bukan seperti mahu jadi ahli persatuan, mereka baru mula faham.

"Tapi makcik hari tu cakap kena mandi dulu" tanya Norizan pada saya. "Tak payah, ucapkan syahadah dahulu dengan segera, saya tak sanggup menanggung dosa menangguhkan perkara besar ini" saya jawab.

Masuk Islam cuma perlu mengucapkan dua kalimah syahadah dengan berniat untuk masuk Islam, dan memahami apa yang di ucapkan itu. Tak perlu isi borang atau jumpa orang tertentu.

Hal seperti pendaftaran ke Perkim atau jabatan agama Islam itu hanya hal administrasi sahaja. Yang pentingnya kita hendaklah menyegerakan kiislaman apabila mendapat hidayah.

Sesiapa yang sengaja menangguhkan seseorang masuk Islam adalah seolah-olah dia redho dengan kekufuran, dan redho dengan kekufuran hukumnya adalah kafir.

Mag mengucapkan dua kalimah syahadah dengan fasih, namun saya dapat melihat pada riak wajahnya yang dia amat gementar, matanya nampak berair. Selesai sahaja ucapannya saya memanjatkan doa ke hadrat Allah dan bersyukur dengan peristiwa tersebut.

Saya tekankan pada Mag yang mulai saat itu sahlah dia sebagai seorang Islam. Perkara pokok yang amat penting baginya sekarang ialah menuntut ilmu pengetahuan untuk mengamalkan Islam. Saya meminta Mag sekembalinya kerumah nanti untuk terus mandi hadas besar dan tunaikan solat fardu.

Mag kata yang dia tinggal dengan kakaknya, dan kakaknya sudah lama Islam. Saya suruh dia minta kakaknya mengajar dia solat. Buat setakat yang mampu dahulu sambil mendalaminya.

Cuba bayangkan jika kita tangguh keislaman Mag dan tiba-tiba berlaku kematian ke atas Mag, alangkan ruginya Mag dengan kematian itu.

Saya memberi penerangan serba ringkas pada Mag siapa itu Tuhan dan siap itu Rasullah. Sebelum pulang saya mengadiahkan pada Mag sejumlah wang untuk dia gunakan terutamanya bagi membeli telekong dan keperluan lain.

Saya bersyukur kerana berjaya mengislamkan Mag. Saya harap semua saudara Islam yang lain agar segerakan mereka yang mahu masuk Islam. Jangan ditangguhkan walaupun sesaat.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masuk Islam

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Alhamdulilah, besar pahala dapat. tahniah. Macam mana orang jahil boleh mentadbir masjid. Sepatutnya cara masuk islam dengan mudah perlu diwarwarkan kepada orang ramai.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum En.Shubhi..
    Semoga sihat sejahtera selalu, erm.. saya setuju jika seseorang itu ingin masuk islam, maka kita perlu segerakannya.. namun proses pendaftaran tu penting juga, 4 tahun yng lalu saya pun ada membantu sahabat sekerja masuk islam, kami minta bantuan dari pejabat agama islam di daerah Nilai, alhamdulillah beliau didaftarkan & apa yng menarik mereka menyediakan program2 yng dapat membantu sahabat saya ni untk lebih memahami islam.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih atas komen Zaid.
    Memang tepat cakap Zaid tu. Proses pendaftaran tu amat penting. Terutama untuk orang yang baru masuk Islam mendalami ilmu-ilmu yang perlu sebagai pengganut Agama Islam.
    Yang saya maksudkan bukan jangan pergi daftar, tapi segerakanlah Islamkan orang itu dahulu tanpa menunggu pihak lain.
    Selepas itu segeralah berdaftar dengan pihak yang berkenaan.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !