Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, November 25, 2008

Pemasaran Merentas Sempadan - Iklan di Atas Telur Ayam

  Mohd Shubhi       Tuesday, November 25, 2008
Kadang-kala apabila kita terbaca, terdengar atau terlihat sesuatu idea yang mudah, kita mula terfikir "Kenapa aku tak terfikir macam ini ?"

Ramai orang yang memikirkan idea tetapi tak ramai antara mereka yang bekerja untuk merealisasikan idea tersebut. Ada juga orang yang langsung malas nak berfikir.

Pada zaman kereta baru dicipta, semua kereta berwarna hitam. Sehinggalah terdapat penemuan bahawa kereta berwarna juga cantik. Maka inilah apa yang kita lihat hari ini. Cuba bayangkan semua kereta di bandar Kuala Lumpur ini berwarna hitam ?

Ok. Berbalik pada tajuk kita. Pernahkah kita terfikir untuk mengiklankan produk kita diatas telur. Pada mulanya sewaktu rakan saya (Hasnizam Md. Zaki) menceritakan tentang teknik pengiklanan ini, saya gelak besar. Tetapi jika dikaji dengan teliti, memang pengiklanan jenis ini boleh menjadi berkesan dan dalam masa yang sama akan mengurangkan kos pembelian telur.

Terdapat satu syarikat bernama Egg Fussion yang merealisasikan idea ini. Mereka bukan saja meletakan iklan di telur tersebut malah diletakkan juga tarikh luput sesuatu telur itu.

Biasanya tarikh luput untuk telur akan ditulis di atas bekas telur yang dibeli, tetapi kita biasanya akan mengeluarkan telur itu dari bekas tersebut untuk diletakan dalam ruang peti sejuk. Maka kita tidak lagi tahu bila waktu luput telur itu. Kaedah pengiklanan seperti ini akan membantu kita kerana tarikh luput itu tertulis terus di atas telur.

Gambar menunjukan iklan (ERAGON) dan juga tarikh luput telur (EXP 04 27)

Iklan ini bakal bertahan untuk beberapa minggu dalam peti sejuk kita dan kita akan melihat iklan ini setiap kali kita membuka pintu peti sejuk ini.

Iklan ini juga akan diperhatikan dengan teliti oleh pelanggan yang ingin memecahkan telur ini kerana ditakuti telur itu sudah tamat tempohnya.

Gambar di bawah ini menunjukan telur-telur yang telah diletakan iklan oleh sebuah syarikat television untuk mempromosikan rancangan-rancangan television.


Telur-telur yang diletakan iklan rancangan television.

Terdapat banyak lagi kaedah pemasaran dan pengiklanan yang boleh kita sama-sama fikirkan untuk memajukan perniagaan kita.

Sekian, terima kasih


Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman
Kuala Lumpur
25 November 2008

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pemasaran Merentas Sempadan - Iklan di Atas Telur Ayam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !