Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, February 24, 2009

Temui orang yang boleh membantu anda berubah maju.

  Mohd Shubhi       Tuesday, February 24, 2009
Untuk mereka yang rajin membaca buku-buku motivasi tentu ada pernah mendengar nama Napoleon Hill. Beliau merupakan bapa ilmu motivasi di mana boleh dikatakan ramai para motivator yang ada sekarang mengambil teknik yang telah direkanya lama dahulu.

Lama dahulu dia menjalankan perkhidmatan menganalisis individu yang bermasalah dan memberikan khidmat nasihat apa yang perlu dilaksanakan oeleh individu tersebut untuk membuat perubahan diri.

Pada satu hari pejabatnya didatangi oleh seorang yang kelihatan seperti penggemis, berambut dan penuh jambang yang kusut, sambil berdiri dan memasukkan tangan kedalam kocek jaketnya yang lusuh dan kotor dia mengeluarkan sebuah buku kecil.

En Hill bertanya apa yang boleh dibantunya. Orang itu berkata yang semalam dia hampir mahu menamatkan riwayat hidupnya dengan membunuh diri, dalam perjalanan untuk terjun membunuh diri itu entah macammana dia terjumpa sebuah buku kecil bertajuk “Self Confident” yang diambilnya dan membaca isi kandungan buku itu.

Selesai membaca buku kecil tersebut dia tidak jadi meneruskan niatnya dan berazam untuk mencari penulis buku tersebut yang dia percaya dapat membantunya untuk meneruskan hidupnya semula dan mencapai kejayaan. Sebab itulah dia ke situ untuk menemui Napoleon Hill yang merupakan penulis buku tersebut satu masa dahulu.

Melihat keadaan orang tersebut En. Hill yakin tidak ada apa yang dapat dia bantu untuk memulihkannya, dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak membantu orang tersebut, namun untuk tidak mengecewakannya dia meminta orang itu menceritakan dahulu bagaimana dia boleh jadi begitu.

Lalu dengan panjang lebar orang itu menceritakan riwayat hidupnya yang diringkas sebagai begini: “orang itu sebelum itu merupakan seorang yang berkeyakinan tinggi, berpelajaran dan kaya. Dia telah mengusahakan satu kilang yang besar untuk menceburkan diri dalam satu peniagaan, segala wang yang dia ada telah dikorbankan untuk membina perniagaan itu. Malangnya perang dunia pertama meletus dan segala harga barang melambung naik dan perniagaanya hancur berkecai. Akibat dari kecewa dia meninggalkan anak isterinya dan menjadi seperti penggemis dan tidak siuman sehinggalah dia menemui buku tersebut.

Sekarang dia telah menemui En. Hill dan dia bertanya pada En Hill bolehkah dia dapat melakukan sesuatu untuk memulihkannya. En. Hill melihat muka orang tersebut dengan sayu sambil berkata, “minta maaf ! saya tidak dapat membantu anda”. Orang itu tersentak dengan jawapan itu sambil menundukkan mukanya.

“Tapi saya kenal seorang yang saya pasti dapat menolong anda untuk berjaya” kata En. Hill, “ mahukah anda saya temukan dengan orang itu ?” tanyanya lagi. Dengan mata yang bersinar orang itu mengangukkan kepalanya, “tolonglah saya untuk bertemu dengan orang itu”.

Lalu En Hill membawa orang tersebut kedalam studionya dan menuju ke sebuah bilik. Dia menyuruh orang itu berdiri di satu sudut berdepan dengan satu dinding yang ditutup dengan tirai. Kemudianya dia membuka tirai tersebut, terdapat sebuah cermin yang besar dari lantai ke atas lalu En Hill berkata, lihat di depan anda, itulah orang yang dapat menolong anda untuk berjaya, kenalilah dia, fahamilah dia dan rapatkan diri anda dengan dia, hanya dia yang dapat membimbing anda membuat perubahan dan keluar dari masalah yang anda hadapi kini.

Orang itu terdiam, merenung dirinya sendiri di depan cermin sambil meraba jambangnya yang kusut tidak terurus. Lama di renungnya tidak berkelip matanya lalu dia berpaling dan meninggal En. Hill.

En Hill sendiri tidak pasti apa yang telah dia lakukan pada orang itu, apa yang telah terjadi pada orang tersebut hingga beberapa minggu selepas itu ketika dia berjalan kaki dia ditegur oleh seorang yang berpakaian kemas dan kacak. Rupanya itu adalah orang yang datang menemuinya tempoh hari, hampir tidak dapat dikenali oleh En Hill akibat perubahan yang amat ketara.

Orang itu mengucapkan terima kasih pada En Hill yang membuatkan dia berubah dan bersemangat semula membina kehidupan. Setelah hari itu dia terus memahami yang tiada orang lain yang dapat membantunya untuk berubah kecuali dia sendiri. Dia mula mengenali dirinya, kelemahannya, kebaikkannya dan mula merencana apa yang dia perlu lakukan.

Tersentak En Hill, sebaik saja pulang En. Hill sendiri berdiri di depan cermin dan mula melihat orang yang dapat membawa perubahan pada dirinya untuk berjaya, dan dia sendiri akhirnya menempa kejayaan demi kejayaan.

Nah ! berdirilah di depan cermin dan kenalilah orang yang boleh membuat perubahan pada diri anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Temui orang yang boleh membantu anda berubah maju.

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !